28 Sept 2013

puding roti kukus versi irbid !

alhamdulillah !

tercapai jugak cita cita nak makan puding roti . gara gara syida kecik yang comel tu bagitau dia mengidam aku pon apetah lagi memang dah giler la kan dengan dessert ni .

tapi sayang ah memang tak cukup bahan . biasalah hidup kat perantauan ni memang kene redha la buat pape ta cukup bahan .

* sorry okey tak sempat nak snap pic puding roti aku sebab kami semua memang kelaparan . letak je terus semua serbu !

ni resepi bagi student macam aku yang sememangnya ta rajin nak g mall semata mata beli bahan nak buat puding roti . bedal je apa yang ada kat dapuq tu .

# roti 5 ban (pakai roti arab)

- 2 biji telur ayam
- 1 tin susu cair
- 1 sudu kecik asen vanilla
blend semua bahan tu .

- roti tu korang boleh potong kecikkan .
- letak dalam bekas roti tu then campurkan bahan yang di belnd tadi .

- guna cara kukus selama 30minutes !

^boleh cuba kat rumah ye benda yang paling simple ni . haha . adioooss .

23 Sept 2013

langkahku di bumi irbid .

harini genap seminggu aku di bumi kinanah ini . jiwa merintih rindukan insan tercinta dibumi malaysia sana . ahhh ! sabarlah wahai hati . beberapa bulan saja lagi .

kelas masih lagi tidak teratur .

ceritanya semalam aku tersilap masuk ke kelas . kesilapan berpunca dari aku yang tersilap menyalin jadual . tidak mengapa ! ia memberikan seribu juta erti pengajran buat aku agar lebih cakna *

kelas account semalam hanya aku , pipah and fifi pelajar melayu . agak mengantuk bila lecture membebel dalam bahasa arab . aku tersengguk sudah !

subject maharat hayatiyah sudah selamat aku drop . mengurangkan subject untuk menjaga muaddal . moga najah buat aku nanti .

semalam juga aku drop subject adabiyat . masa tidak mengizinkan aku untuk bersama berjuang dengan kengkawan yang lain dalam subject yang tidak dikira kredit hoursnya itu !* banyak hikmahnya . bersangka baik dengan ketentuan Allah .

dengan langkah bismillah ! maha suci Allah . aku membuat keputusan untuk mengambil subject tahun 3 . nukud bunuk . redha saja bagaimana kelas nanti . harapan aku agar semuanya baik belaka . amin-3 .

madkhal ila tasyri3 * wahhhh subject kunci  . subject ni wajib ambil . no excuse . doc aku doc ziyad kelas pkul 2-330 petang kejap lagi = 6-730 petang waktu malaysia .insyaAllah kheir walaupun tada budak melayu yang aku kenal ambil dengan doc ziyad ni .



20 Sept 2013

kahwin awal . apakah kelebihan dan kekurangannya ??

mybeloved uncle ein and aunty azie ! 

oppss ! hahahha . saja gempak menggempak . actually pic aunty azie and uncle ein aku time wedding diorang . almost 2 years dah tapi belum dapat baby lagi . belum rezeki diorang lagi kot . gammbatte aunty and uncle . moga ada rezeki nanti . insyaAllah amin-3 ! 

aku dapat idea tittle pasal kawin awal ni sebenarnya disebabkan oleh .. hahah ayat ! okeyh bahasa pasar jelah senang . -.- . ada sorang akak ni . second year tapi dah 20 tahun . third year nanti dia nak kawin . insyaAllah nextyearlahkan .. hum then disebabkan suami dia tu belajar lain university dengan dia so dia terpaksa transfer ke university yang sama dengan bakal suami dia tu bila dah kawin nanti . ohh so annoying right ?? bagi aku lah .tapi papepon aku doakn kebahagiaan akak tu ! da jodoh dia .

okeyh back too aku punya tittle .. kelebihan dan kekurangan kahwin awal : 

KELEBIHAN KAWIN AWAL :

1. avoid maksiat ! 

- sudah tentu sudah pasti kawin awal dapat elakkan kita dari maksiat right ?? yelah takda rindu merindu .        mesej yang tak penting bagai . 

2. ikhtilat terjaga :) 

- hah ada kaitan ke kawin awal dengan ikhtilat ni ?? ofcos lah ada ! bila dah kawin . suami kita tu segala-galanya . syurga kita redha suami dah , bukan lagi ibubapa . suami tak bagi kawan dengan lelaki .. if still kawan dah jatuh hukum nusyus . 

3. lebih matang .

- bila dah kawin istilah melepak pun secara automatiknya terbang melayang entah kemana . dah takkan buat kerja yang sia-sia . tak keluar malam . tak lepak dengan kawan sampai subuh kat kedai mamak . sendirinya akan jadi orang yang lebih matang baik dari segi pemikiran dan perlakuan . 

4. jiwa tenang .

- mempunyai seorang teman yang sanggup mengharungi liku-liku kehidupan bersama kita . alangkah bahagianya ! jiwa tenang tatkala ada yang memasak untuk makan tengah hari . 

5 . rezeki melimpah ruah !

- ingat ye . nak kawin ni membina masjid . rezeki tu milik Allah . dah tertulis rezeki setiap orang. 

KEKURANGAN : 

1. rasa diri masih single .

- yang ni parah ! memang parah lah kalau dah kawin tapi bajed single sebab muda . ohh no ! 

2.terkongkong .

- yang ni paling tak suka . nak keluar dengan kawan susah . nak pergi sana sini susah . semua kene bagitau suami apa jua aktiviti yang dibuat . 

3. keruntuhan rumah tangga .

- bila dah kawin awal di usia yang muda . masih banyak yang perlu kita pelajari . kene ada sikap toleransi . andai si suami berkeras si isteri turut memarakkan lagi api kemarahan si suami , mungkin terjadinya penceraian dek kerana perselisihan faham . 

*okeyh yang ni je sempat aku senaraikan . maybe next time insyaAllah entri yang lebih bermanfaat dari ni . 
 apa yang tertulis di blog aku ni tada kaitan antara hidup dan mati . wassalam .

19 Sept 2013

perang minda vs perang jiwa ???

allahuakbar . rasa mahu tersungkur di syari3 jamiah . kepenatan . tidak ku pasti kenapa ! mungkin masih berbaki kerinduan merajai hati .

mafihi muhadorah . rubbama usbu3ul qodim yujad muhadhorah . * yeayyyyy ! mlompatlompat sih . bukan aku je . semua student bahagia kelas
takda . lagipun jiwa aku belum stabil . perlukan masa untuk tenangkan perasaan . *homesick .

first year tada pulak aku macam ni . alhamdulillah cekal dan tabah je . second year ni kenapa dengan aku ?? sensitif sangat . asyik ingat rumah je .

sis pulak buat hal . nak log in pun tak dapat . aishhh . takkan nak go on dengan madah yang semput tu je ? allahu allah ! bantu hambaMU yang hina ini untuk dapatkan yang terbaik . perancangan ALLAH lebih hebat kan ?? think postive . smile ;)

berperang dengan sis boleh bikin migraine . tapi itu yang harus di lalui . bukan aku sorang . semua pelajar yarmouk ! SEMUA okeyh . so jangan kerek sangat . jangan nak demand madah sangatlah . next sem try again . ada rezeki yang ALLAH dah tentukan untuk setiap orang .

apa yang penting ??? JAGA MUADDAL ! naikkan muaddal kau yang jatuh teruk tu awin .

*moga setiap langkah aku di bumi yang penuh barakah ni ummiabah redha . redha ALLAH ialah redha ibubapa ! takenote . mghrb already . solat jom.

17 Sept 2013

long life journey !

bismillahirrahmanirrahim ~

ku seru namaMu ya Allah ,, berikanlah aku kekuatan untuk terus melangkah ^

15 09 2013

3.30 petang aku bertolak dari rumah ke nilai . flight 1609 1020 pagi . hati menangis jiwa meronta ! berat hati untuk aku tinggalkan ummiabah .. masih belum puas bermanja sepenuhnya .

aku kuatkan hati . demi mencari sebutir permata di bumi yang penuh keberkatan . irbid .. !

sampai di ipd raub , pahang tepat jam 11 malam . aku ummiabah adik and uncle yieyie singgah di rumah aunty untuk makan malam . kami teruskan perjalanan setelah kekenyangan . aku ketiduran dek kerana perut yang kekenyangan .

16 09 2013

2.00 pagi ! kami tiba di nilai rumah kakngah . menumpang rehat menghilangkan lelah .. penat ! aku tidur bersama ummiabah . menghargai waktu yang ada .. masa berjalan sangat pantas .

6.00 pagi ummi kejutkan aku solat subuh . liat untuk aku bangkit pagi itu .. cekallah wahai hati . bulan 5 2014 nanti insyaallah ketemu ummiabah and family tercinta lagi . lets smile :)

7.30 pagi * bertolak dari nilai ke klia . hati aku sekali lagi menangis . namun ku tabahkan jua , kerana ini merupakan sebuah perjuangan yang aku harus teruskan . amanah ummiabah aku galas . impian abah melihat aku berada di yarmouk ... moga khirrij nanti ada rezeki untuk ummiabah dan adik-2 menjejakkan kaki ke irbid . insyaAllah :) b strong girl .

8.00 pagi di klia . arghhh ! waktu itu cemburui aku . tak sempat bergambar bersama ummiabah . alhamdulillah sempat aku mensnap gambar ummiabah buat tatapan . anak manja ! itu ungkapan dari semua orang . aku senyum bahagia :)

ummiabah ! myheart .

insyaAllah jumpa bulan 5 nextyear ye ummiabah !! Amin-3 

sepanjang dalam flight aku hanya tahu tidur ! itu langkah terbaik supaya aku tak menangis . sampai di muscot , omman 1.00 tengah hari . 3 jam berbaki untuk ke amman , jordan ! 

4.30 petang waktu jordan aku sampai di amman , jordan . melangkah penuh ketabahan . 6.30 petang aku keluar dari balai ketibaan keyri kak.mila and kak.safuhah da bersedia menunggu . 

8.15 malam aku kak.mila kak.safuhah and keyri singgah ke meccamall untuk makan-2 . sekurang-kurangnya hati aku terhibur dengan gelagat mereka . 

the parts and the best momments 16 09 2013 ni bila kiteorang sesat untuk ke jubaihah . then terpaksa balik irbid melalui zarka' . pengalaman yang menyeronokkan . 

12.00 malam aku sampai rumah kakmila . ketiduran setelah kepenatan . long life journey ! 

14 Sept 2013

kuatlah wahai hati !

~ bismillahirrahmanirrahim ^

dengan namaMu yang maha pengasih lagi maha penyayang , berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh ketabahan .

 ya Allah terima kasih kerana menganugerahkan aku keluarga yang bahagia dan sahabat yang istimewa *

my love ! myheart :)

sayu hati aku nak tinggalkan bumi malaysia . sumpahhhh ! 3 bulan kat rumah rasa macam 3 hari ja . ta sempat nak manja dengan ummiabah . masa ! cemburu sangat dengan aku , atau aku yang tak reti hargai masa ??? 

ummiabah ^.^ thanks a lot bahagiakan anakmu yang tercinta ini . anakmu yang manja yang banyak celoteh ini # maaf andai result second sem haritu merosot , membuatkan ummiabah kecewa ! tapi anakmu ini berjanji second year sejarah takkan berulang .!

* hug me , ummiabah :( 


chubby . gebu 

yang ! andai masa boleh aku undur .. ANDAI ... crying * ta sempt nak coretkan kenangan pada 2013 ni :( .

^abahummi.adik.kakak.achik.angah.syamim.tengku !

7 Sept 2013

malaysia * egypt * jordan ???

ada apa pada negara yang berbeza latar belakang , sejarahnya itu ? tanah arab dengan tanah melayu ??

bezanya pada keberkatan bumi anbiya' itu sendiri ! bumi tarbiyah . banyak melatih jiwa aku . banyak melatih kekuatan aku ^

hari ini .. mesir bergolak lagi . sedangkan penduduk malaysia mampu meraih kemerdekaan dengan berpesta nyanyian @.@ inikah negara islam ??

aku malu ! aku kecewa . anak muda bangsa aku rosak akhlaknya ! mindanya dijajah tapi negaranya 'merdeka' ?? bagaimanakah itu pada hakikatnya bumi tanah tumpahnya darahku ini ?

hari ini ,, rakyat semakin tersepit ~ pemimpin semakin berjoget ! minyak naik lagi . sudah tentu harga barangan juga akan naik . * termenung seketika . bagaimanakah 10 tahun lagi ??

kenapa manusia tidak menilai negara timur tengah itu dari sudut nilaian akhirat ?? syahid itu sudah pasti ganjarannya syurga disisi Allah .

* moga pengakhiran kita dalam husnol khatimah !