20 Sept 2013

kahwin awal . apakah kelebihan dan kekurangannya ??

mybeloved uncle ein and aunty azie ! 

oppss ! hahahha . saja gempak menggempak . actually pic aunty azie and uncle ein aku time wedding diorang . almost 2 years dah tapi belum dapat baby lagi . belum rezeki diorang lagi kot . gammbatte aunty and uncle . moga ada rezeki nanti . insyaAllah amin-3 ! 

aku dapat idea tittle pasal kawin awal ni sebenarnya disebabkan oleh .. hahah ayat ! okeyh bahasa pasar jelah senang . -.- . ada sorang akak ni . second year tapi dah 20 tahun . third year nanti dia nak kawin . insyaAllah nextyearlahkan .. hum then disebabkan suami dia tu belajar lain university dengan dia so dia terpaksa transfer ke university yang sama dengan bakal suami dia tu bila dah kawin nanti . ohh so annoying right ?? bagi aku lah .tapi papepon aku doakn kebahagiaan akak tu ! da jodoh dia .

okeyh back too aku punya tittle .. kelebihan dan kekurangan kahwin awal : 

KELEBIHAN KAWIN AWAL :

1. avoid maksiat ! 

- sudah tentu sudah pasti kawin awal dapat elakkan kita dari maksiat right ?? yelah takda rindu merindu .        mesej yang tak penting bagai . 

2. ikhtilat terjaga :) 

- hah ada kaitan ke kawin awal dengan ikhtilat ni ?? ofcos lah ada ! bila dah kawin . suami kita tu segala-galanya . syurga kita redha suami dah , bukan lagi ibubapa . suami tak bagi kawan dengan lelaki .. if still kawan dah jatuh hukum nusyus . 

3. lebih matang .

- bila dah kawin istilah melepak pun secara automatiknya terbang melayang entah kemana . dah takkan buat kerja yang sia-sia . tak keluar malam . tak lepak dengan kawan sampai subuh kat kedai mamak . sendirinya akan jadi orang yang lebih matang baik dari segi pemikiran dan perlakuan . 

4. jiwa tenang .

- mempunyai seorang teman yang sanggup mengharungi liku-liku kehidupan bersama kita . alangkah bahagianya ! jiwa tenang tatkala ada yang memasak untuk makan tengah hari . 

5 . rezeki melimpah ruah !

- ingat ye . nak kawin ni membina masjid . rezeki tu milik Allah . dah tertulis rezeki setiap orang. 

KEKURANGAN : 

1. rasa diri masih single .

- yang ni parah ! memang parah lah kalau dah kawin tapi bajed single sebab muda . ohh no ! 

2.terkongkong .

- yang ni paling tak suka . nak keluar dengan kawan susah . nak pergi sana sini susah . semua kene bagitau suami apa jua aktiviti yang dibuat . 

3. keruntuhan rumah tangga .

- bila dah kawin awal di usia yang muda . masih banyak yang perlu kita pelajari . kene ada sikap toleransi . andai si suami berkeras si isteri turut memarakkan lagi api kemarahan si suami , mungkin terjadinya penceraian dek kerana perselisihan faham . 

*okeyh yang ni je sempat aku senaraikan . maybe next time insyaAllah entri yang lebih bermanfaat dari ni . 
 apa yang tertulis di blog aku ni tada kaitan antara hidup dan mati . wassalam .

No comments: