11 Dec 2013

EPIC 2013

bismillahhirrahmanirrahim .

alhamdulillah syukur dengan nikmat iman dan islam yang Allah anugerahkan pada aku .

tanpa iman tanpa islam siapa aku ??

6 , 7 december 2013 * jumaat sabtu !

programe EPIC alhamdulillah dah terlaksana dengan jayanya . programe yang diarahkan oleh syairazi ! tahniah syai . berjaya membawa sesuatu yang baru .

ajk pelaksana bersama ahli panel dan pengarah .

alhamdulillah aku merupakan salah sorang ajk dalam melancarkan programe epic ni . aku bahagian persegaran . maaf semua banyak kesilapan teknikal yang berlaku . dua hari berprograme dan bekerja bersama mereka membuatkan hari-hari aku ceria . terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan aku sahabat yang baik semuanya ! 

perjalanan programe ini bermula jumaat selepas solat jumaat . tapi disebabkan aku ajk persegaran sudah pasti dan tentunya aku perlu sampai awal di tempat tersebut . aku dan kak kamilah tiba di mujama' naqabat pada pukul 11 pagi .

tugasan aku dan kak kamilah ialah melayan tetamu VIP , serve makanan untuk mereka . alhamdulillah aku sudah biasa dengan semua itu . nasib juga selalu ikut abah dan tokwan ke majlis VVIP . boleh aku aplikasikan time bekerja . malah dengan setiap programe yang aku anjurkan di malaysia sedikit sebanyak membantu aku . 

first day lagi syabab yang serve tu tertumpahkan kuah kari dek kerana aku wrapping terlampau banyak ! maaf azizul aku tak sengaja . hari pertama berjalan dengan agak smoth alhamdulillah . 

namun ! apa yang teruk berlaku ialah ; aku dan ahli persegaran yang lain membahagikan makanan yang sepatutnya untuk para ajk kepada para peserta . sumpah rasa bersalah sangat dengan salihah dan fatheh . insyaAllah sejarah takkan berulang lagi . 

selepas solat isyak aku , salihah , kak kamilah , eqin dan azma memulakan operasi menyiapkan makanan untuk breakfast pagi esok . merebus sanyurah , memotong sayur . bahagianya bila boleh melakukan sesuatu yang berguna untuk orang lain ! 

tepat 12 malam kami semua balik ke rumah salihah ditemani putera muiz sebagai muraqib . 

sabtu 7/12/2013 

pagi yang teramat kalut ! makanan siap lewat , namun alhamdulillah semua berjalan dengan sempurna walaupun kekalutan berlaku . hari yang bahagia . banyak kisah suka dan duka antara aku dan semua ahli ajk yang lain .

tempat persegaran :)

asma' pembantu bidang terjun aku . terima kasih asma' sanggup tolong kami semua . moga Allah balas semua kebaikan asma' . 

setelah programe berakhir 5 petang . kami pihak ajk bertungkus lumus menyiapkan semua kerja dan masing-masing pulang ke ruamh dengan keadaan yang penat tapi bahagia ! bersatu membangun untuk ummah . * insyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan kita semua . amin amin amin . 


alhamdulillah berakhirnya programe 2 hari kami ! 

terima kasih kepada semua ahli persegaran : 

azma , eqin , kak elah , amak , amin , suhaib , azizul dan yang lelain . 

terima kasih jugak buat ketua kami : fatheh dan salihah kerana memberikan kepercayaan kepada kami melaksanakan tanggungjawab ini . 







4 Dec 2013

ikhlaskan diri .

bismillah . alhamdulillah .

syukur dengan nikmat kurniaan ilahi untuk diri serba kekurangan ini .

ikhlas . . suatu perkataan yang sukar untuk kita ukur nilai keikhlasan seseorang itu .

dan , mampukah sebuah keikhlasan itu diukur hanya melalui pandangan mata luaran sahaja ?

jawapannya sudah pasti tidak !

mana mungkin kita ukur nilai keikhlasan seorang hamba ALLAH itu .

ikhlas dalam semua benda . setiap aspek .

bermula dengan ikhlas kah kita dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah kita untuk menimba ilmu ?

tidak terfikirkah tanpa sebuah keikhlasan , ilmu itu tidak akan kekal lama ? hanya sekadar kefahaman untuk peperiksaan .

allah . sukarnya hambaMU yang hina ini untuk mengikhlaskan diri dalam berjihad menuntu ilmuMU  .

kuatkan diri cekalkn hati . jom tajdid niat kita untuk apa ilmu yang kita cari . !

2 Dec 2013

meniti hari tua *

dengan lafaz bismillahhorrahmanirrahim .. 

fuhh fuhh ... 

dah berhabuk bersawang bagai dah blog aku nih . aishh . nampak sangat kesibukan melanda . 

alhamdulillah syukur aku dengan nikmat islam , nikmat kehidupan yang Allah kurniakan . 

16 november 2013 ! genap umur aku 19 tahun . 

terima kasih ummi lahirkan anakmu yang comel lagi bulat ini . 

syukran abah besarkan anakmu yang cantik ini dengan sempurna dari segi pendidikan agama dan akhlaknya .

walau jauh dengan keluarga tercinta , lautan benua memisahkan kita . namun kehadiran sahabat yang comel di sekeliling aku membuatkan kehidupan aku disini bagai punyai satu keluarga .

prank yang menjadi dengan lakonan yang mantap dari korang buat aku teruja . ! 

yang aku bahagia , semua makanan termasuk kek ialah homemade ! thanks korang . nanti kita tunggu bufday eeedaaah pulak ye .

masakan chef-2 terkemuka irbid :)

lazat bak hang !! memang perghhh satay yang mantap . kek yang moist sesangat . nasi impit kuah satay yang mengancam . the bes part meehun goreng ouh ^-^ tak tertinggal air manggo yang juicy *

syukran to all mydear : 

asma'
amie 
yana 
eedahh :)

tak lupa jugak buat kakya :) 

14 Nov 2013

erti sebuah persahabatan .

bismillahirrahmanirrahim ..




bestkan andai hidup kita punyai seseorang yang mempunyai hobi dan pemikiran seperti kita ???

dan alangkah sengsaranya kita andai mempunyai seseorang yang hanya baiknya di hadapan kita namun dibelakang kita teramtlah berlainan sifatnya .

alkisahnya tittle entry aku kali ini mengisarkan tentang erti sebuah persahabatan . persahabatan yang hanya berlandaskan kebahagiaan dan fake smile only ! faham ke ??

aku bersyukur mempunyai kawan yang boleh aku terima mereka seadanya dan mereka nampaknya alhamdulillah boleh menerima aku .

terkadang manusia sukar untuk menerima orang baru dalam hidupnya . yeah itu aku ! susah untuk aku terima orang lain dalam hidup aku ..





31 Oct 2013

dia SAHABAT !


 KEDING !



satu nama yang sebati dalam hidup aku , yang menceriakan hari-hari aku , yang mampu buat aku ketawa tak ingat dunia .

sampainya hati kau.. tinggalkan aku  terkontang kanting kat bumi irbid ni sengsorang .

sehari before kau fly baru bagitau aku sepatah ?  sengaja kau mendera jiwa aku ??

tanpa kau kat sini , aku rasa dunia aku sepi .

adanya kau kat sini , aku rasa aku ada sebuah protecter !

keding andai ni keputusan kau , aku redha ! aku terima aku pasrah . mungkin itu yang terbaik untuk kau .

papepon keputusan kau ak sokong , kat manapun kau aku doakan kejayaan kau.

kau banyak tolong aku , aku pulak hanya cari aku bila aku susah , bila aku perlukan aku .

dulu aku tak tahu erti menghargai , sekarang ? aku nak menghargai sesuatu yang tiada di depan mata ?




 * 1/11/2013 jumaat

MALAYSIA - IRBID 

27 Oct 2013

sakit itu ujian ~

bismillahirrahamnirrahim .

dengan namaMu ya Allah aku mensyukuri segala nikmat yang telah engkau kurniakan .

alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus berada di muka bumi ini .

Allahhuuu . sepanjang tempoh seminggu ini , kami pelajar jordan dikejutkan dengan beita kehilangan demi kehilangan .

jumaat selepas aidiladha , ayah zulhilmi budak batch aku EXITO menghembuskan nafasnya yang terakhir .
allahuakbar , sungguh KAU menguji hambaMu saat imtihan awal baru bermula . zul moga kau tabah . aku tahu kau kuat ! sungguh aku tak rasa apa yang kau rasa , ya Allah panjangkan umur ummiabah aku . sungguh aku sayangkn mereka , aku mahu menjadi anak yang solehah dan berbakti buat ummiabah ya Allah !

beberapa hari selepas kematian ayah zul , kami semua dikhabarkan tentang berita kehilangan ayah pelajar tahun akhir university albyt mafraq . allah ! lemah rasanya .

kemudian berita kehilangan ibu pelajar irbid juga menyentap jiwa aku .

dan harini . lagi berita tentang kepergian ayah seorang senior tahun akhir uni aku , kak masilah if tak silap aku .. ya Allah moga kau tabah kak menempuhi ujian ini .

sesungguhnya aku tahu setiap yang hidup akan merasai mati tetapi sumpah aku tak mampu ya Allah aku tak sanggup untuk merasa kehilangan itu . maka KAU panjangkanlah umur ummiabah aku , makayah sahabat-sahabat aku .

dua hari tak contac ummiabah disebabakan masalah internet kat rumah malaysia ! allahu sungguh KAU menguji hambaMU yang lemah lagi hina ini .. masalah kesihatan aku juga semakin menjadi-jadi .

fainted ! vomate ! dizzy . its make me trully hurt . tension ..

tapi lupakah kau bahawa setiap kesakitan yang Allah uji itu sebenrnya sebagai penghapus dosa dosa kecil kau ??

#Allah sungguh aku tahu Engkau maha Penyayang . Engkau menghapuskan dosa dosa kecilku melalui nikmat kesakitan ini .

bersama kengkawan disisi aku mampu melalui ujian kehidupan kat bumi tarbiyah ni . sungguh aku lemah tanpa pertolongnMu ya Allah melalui mereka sebagai keluargaku disini .




19 Oct 2013

cerita tentang kami :)

bismillahhirrahmanirrahim .

alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghirup setiap udara yang Allah anugerahkan . masih mempunyai masa untuk mengadap lappy menaip entry kali ni.

entry untuk kali ni kisah hari raya aidiladha aku yang kedua kat bumi irbid , cerita tentang melapah dan openhouse .

walaupun hati aku meronta menangis tak dapat beraya dengan keluarga tercinta di malaysia sana namun kengkawan disisi merupakan keluargaku disini . mereka mengisi kekosongan ruang hati aku .

first eid adha 2013 irbid . rooftop plazahome 


actually pic ni tak lengkap ! gambar kami bertiga coz pic yang reramai takda dalam lappy . aghh bedal je lahh kan >:< 

ni pulak pic hari kami pergi melapah dowhh ! heaven dapat potong daging berserta dengan kenangan yang mantap yeah luka jari tangan . okeyh best memory .

3rd days eid adha . melapah daging korban 

ignore je pic aku yang senget benget tu . hahahaha . 

ni pulak kisah beraya di puskom melantak gulai tulang lembu . pipah heaven sangat dapat meratah tulang ni . best wehh da dua tahun ta dapt makan ni since beraya kat perantauan . arghh betapa aku rindu nak menghirup sup tulang kat perlis . perut cicah air asam utara . miss all of the momments . * crying 


ni rupa gulai tulang yang aku and pipah ratah :) 


moga ukhwah yang terbina ini kekal sehingga jannah . love . 

rabiatuladawiahbaharin 

15 Oct 2013

anual grand dinner :)

K.A.M.I AKHAWAT E.X.I.T.O *

bismillahhirrahmanirrahim .

alhamdulillah , bersyukur sangat . harini hari raya dah . tapi lantaklah aku nak masukkan entry pasai AGD jugak ! entry pasai raya nexttime lah bila aku rajin .

hahah . mlm tu syida comell sangat . amie and asma' also look so gojes :) . kakya dengan blackdress memang perghh . syida whiteprincess . aku ?? ofcos simple mimple je dowh . pipah dressing mcm biasa ja . ingat boleh la tengok pipah melaram . adehh >,<

actually agaklah aku terkilan sebabnya tak dapat bergambar dekat papan EXITO . tapi takpe dapat jugak posing atas stage . 

even granddinner kat irbid ni ta segah n segrand kat malaysia , tapi memang memory yang akan terpahat dalam ingatanlah . 2013 :)
nor ilhamie , siti asma' , nur syahidah , aku !

insyaAllah moga ukhwah yang terbina diredhai Allah . tak sempat nk bergambar dengan pipah and kakya . aduhai . oklah next entry about raya pulak . 

13 Oct 2013

demi mencari sesuap nasi .

bismillahhirrahmanirrahim .
alhamdulillah bersyukur pada hadrat ilahi dikurniakan kesempatan untuk menaip entry ni .
sekarang aku menunggu seseorang di jamiah yarmouk . penat ! hanya itu ungkapan yang terzahir di bibir .
harini nur islam corp mentausil makanan ke seluruh hijazi dan syimali sehingga area masjid abdullah tal tanpa mengenakan caj bayaran . 
bahagia dalam derita . eyh ? harini aku belajar erti syukur . harini aku belajar erti sabar . dan harini dunia mengajar aku tentang pahitnya sebuah kehidupan .
dalam aku , asma' dan syida melangkah longlai kepenatan mencari rumah ezzudin , aku bersyukur sekurangkurangnya usaha penat lelah kami
berbaloi .
kami bukan merantau dari rumah ke rumah untuk menjual makanan . kami hanya mentausil makanan ke rumah orang yang menempah . itu sudah cukup buat kami kepenatan .
semoga apa yang kami lakukan tidak menjadi amalan yang sia sia harini ,

8 Oct 2013

cerita kami , akhawat excellent !

ku  uturkan lafaz bismillahhirrahmanirrahim . dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang .

alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mencoretkan kisah suka bahagia kami akhawat irbid .

gambaq tu sebenaqnya throwback okeyh !

hahha . happy girl ! suprise bufday k.mila + ilhamie + yana . happy belated bufday korang . may ALLAH bless us alwes .

bersyukur aku dianugerahkan kengkawan yang comel kiut miut ni .

thanks korang sebab menceriakan hari aku kat irbid ni .

hope kita single until khirrij . insyaallah . then sambung master and phd . kerja . bina career memasing . if allah wills .

amin-3 ! .

next time nak kenekan sape lagi eyh ? moga panjang umur semua amin .

7 Oct 2013

tinggal kenangan !

sejarah mungkin berulang ???



bismillahhirrahmanirrahim ~

alhamdulillah still lagi bernafas di bumi Allah yang indah ini ! * pic kat ats tu ; biarkan gambar berbicara .

 moga ini yang terbaik buat aku . aku yakin dan pasti banyak hikmahnya kenapa berakhirnya sebuah persahabatan ni .done !

tak pernah terfikir akan wujud ' bekas kawan ' . harapnya ini memang jadi sejarah dan biarkan ia terkubur bersama semua kenangan yang pernah tercipta antara aku dan dia .


now , focus in my career . study first . no more waste my time !

5 Oct 2013

pelajar cemerlang ?

bismillahhirrahmanirrahim !

look at my tittle . what do you guess for this entry ??

hum jujur ok aku nak sangat cemerlang akedemik . tapi mampu ke andai akhlak entah kemana ? cemerlang akedemik harus seiring dengan kecemerlangan akhlak !

namun . .

andai hubungan dengan ALLAH S.W.T ta terjaga tak kemana kan ??

aishh . solat subuh lately lewat . pkul 6-630 pagi . hummm . alasannya penat . mcm mna nak berkat kehidupan as a student ?

keberkatan dalam hidup kita penting if nak berjaya .

selain mencari keredhaan ALLAH S.W.T dalam kehidupan kita , untuk berjaya haruslah berusaha semaximum mungkin . bukan sekadar melepaskan batuk di tangga .

lets me share * tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang . dunia juga akhirat !

- jaga hubungan dengan ALLAH .
- jaga hubungan dengan ummiabah , makayah , mummydaddy , papamama ! #semualah angkat ke tiri k .
- jaga hubungan sesama manusia .
- banyakkan zikrullah .
- ingat mati itu bebila dan dimana saja . *orang yang bijak ialah orang yang selalu ingat mati.
- solat awal waktu .
- solat hajat solat sunat amalkan setiap hari . * makanan rohani .
- always rapatkan diri dengan al-Quran .
- make time table ! * please ah being a someone fullit with diciplne .
- pandai uruskan masa .
- make a study group .
- ingat cecita and masa depan korang .

^ ni j . insyaALLAH . not too hard . ingat ah . seimbangkan dunia dan akhirat . note for myself*

28 Sept 2013

puding roti kukus versi irbid !

alhamdulillah !

tercapai jugak cita cita nak makan puding roti . gara gara syida kecik yang comel tu bagitau dia mengidam aku pon apetah lagi memang dah giler la kan dengan dessert ni .

tapi sayang ah memang tak cukup bahan . biasalah hidup kat perantauan ni memang kene redha la buat pape ta cukup bahan .

* sorry okey tak sempat nak snap pic puding roti aku sebab kami semua memang kelaparan . letak je terus semua serbu !

ni resepi bagi student macam aku yang sememangnya ta rajin nak g mall semata mata beli bahan nak buat puding roti . bedal je apa yang ada kat dapuq tu .

# roti 5 ban (pakai roti arab)

- 2 biji telur ayam
- 1 tin susu cair
- 1 sudu kecik asen vanilla
blend semua bahan tu .

- roti tu korang boleh potong kecikkan .
- letak dalam bekas roti tu then campurkan bahan yang di belnd tadi .

- guna cara kukus selama 30minutes !

^boleh cuba kat rumah ye benda yang paling simple ni . haha . adioooss .

23 Sept 2013

langkahku di bumi irbid .

harini genap seminggu aku di bumi kinanah ini . jiwa merintih rindukan insan tercinta dibumi malaysia sana . ahhh ! sabarlah wahai hati . beberapa bulan saja lagi .

kelas masih lagi tidak teratur .

ceritanya semalam aku tersilap masuk ke kelas . kesilapan berpunca dari aku yang tersilap menyalin jadual . tidak mengapa ! ia memberikan seribu juta erti pengajran buat aku agar lebih cakna *

kelas account semalam hanya aku , pipah and fifi pelajar melayu . agak mengantuk bila lecture membebel dalam bahasa arab . aku tersengguk sudah !

subject maharat hayatiyah sudah selamat aku drop . mengurangkan subject untuk menjaga muaddal . moga najah buat aku nanti .

semalam juga aku drop subject adabiyat . masa tidak mengizinkan aku untuk bersama berjuang dengan kengkawan yang lain dalam subject yang tidak dikira kredit hoursnya itu !* banyak hikmahnya . bersangka baik dengan ketentuan Allah .

dengan langkah bismillah ! maha suci Allah . aku membuat keputusan untuk mengambil subject tahun 3 . nukud bunuk . redha saja bagaimana kelas nanti . harapan aku agar semuanya baik belaka . amin-3 .

madkhal ila tasyri3 * wahhhh subject kunci  . subject ni wajib ambil . no excuse . doc aku doc ziyad kelas pkul 2-330 petang kejap lagi = 6-730 petang waktu malaysia .insyaAllah kheir walaupun tada budak melayu yang aku kenal ambil dengan doc ziyad ni .



20 Sept 2013

kahwin awal . apakah kelebihan dan kekurangannya ??

mybeloved uncle ein and aunty azie ! 

oppss ! hahahha . saja gempak menggempak . actually pic aunty azie and uncle ein aku time wedding diorang . almost 2 years dah tapi belum dapat baby lagi . belum rezeki diorang lagi kot . gammbatte aunty and uncle . moga ada rezeki nanti . insyaAllah amin-3 ! 

aku dapat idea tittle pasal kawin awal ni sebenarnya disebabkan oleh .. hahah ayat ! okeyh bahasa pasar jelah senang . -.- . ada sorang akak ni . second year tapi dah 20 tahun . third year nanti dia nak kawin . insyaAllah nextyearlahkan .. hum then disebabkan suami dia tu belajar lain university dengan dia so dia terpaksa transfer ke university yang sama dengan bakal suami dia tu bila dah kawin nanti . ohh so annoying right ?? bagi aku lah .tapi papepon aku doakn kebahagiaan akak tu ! da jodoh dia .

okeyh back too aku punya tittle .. kelebihan dan kekurangan kahwin awal : 

KELEBIHAN KAWIN AWAL :

1. avoid maksiat ! 

- sudah tentu sudah pasti kawin awal dapat elakkan kita dari maksiat right ?? yelah takda rindu merindu .        mesej yang tak penting bagai . 

2. ikhtilat terjaga :) 

- hah ada kaitan ke kawin awal dengan ikhtilat ni ?? ofcos lah ada ! bila dah kawin . suami kita tu segala-galanya . syurga kita redha suami dah , bukan lagi ibubapa . suami tak bagi kawan dengan lelaki .. if still kawan dah jatuh hukum nusyus . 

3. lebih matang .

- bila dah kawin istilah melepak pun secara automatiknya terbang melayang entah kemana . dah takkan buat kerja yang sia-sia . tak keluar malam . tak lepak dengan kawan sampai subuh kat kedai mamak . sendirinya akan jadi orang yang lebih matang baik dari segi pemikiran dan perlakuan . 

4. jiwa tenang .

- mempunyai seorang teman yang sanggup mengharungi liku-liku kehidupan bersama kita . alangkah bahagianya ! jiwa tenang tatkala ada yang memasak untuk makan tengah hari . 

5 . rezeki melimpah ruah !

- ingat ye . nak kawin ni membina masjid . rezeki tu milik Allah . dah tertulis rezeki setiap orang. 

KEKURANGAN : 

1. rasa diri masih single .

- yang ni parah ! memang parah lah kalau dah kawin tapi bajed single sebab muda . ohh no ! 

2.terkongkong .

- yang ni paling tak suka . nak keluar dengan kawan susah . nak pergi sana sini susah . semua kene bagitau suami apa jua aktiviti yang dibuat . 

3. keruntuhan rumah tangga .

- bila dah kawin awal di usia yang muda . masih banyak yang perlu kita pelajari . kene ada sikap toleransi . andai si suami berkeras si isteri turut memarakkan lagi api kemarahan si suami , mungkin terjadinya penceraian dek kerana perselisihan faham . 

*okeyh yang ni je sempat aku senaraikan . maybe next time insyaAllah entri yang lebih bermanfaat dari ni . 
 apa yang tertulis di blog aku ni tada kaitan antara hidup dan mati . wassalam .

19 Sept 2013

perang minda vs perang jiwa ???

allahuakbar . rasa mahu tersungkur di syari3 jamiah . kepenatan . tidak ku pasti kenapa ! mungkin masih berbaki kerinduan merajai hati .

mafihi muhadorah . rubbama usbu3ul qodim yujad muhadhorah . * yeayyyyy ! mlompatlompat sih . bukan aku je . semua student bahagia kelas
takda . lagipun jiwa aku belum stabil . perlukan masa untuk tenangkan perasaan . *homesick .

first year tada pulak aku macam ni . alhamdulillah cekal dan tabah je . second year ni kenapa dengan aku ?? sensitif sangat . asyik ingat rumah je .

sis pulak buat hal . nak log in pun tak dapat . aishhh . takkan nak go on dengan madah yang semput tu je ? allahu allah ! bantu hambaMU yang hina ini untuk dapatkan yang terbaik . perancangan ALLAH lebih hebat kan ?? think postive . smile ;)

berperang dengan sis boleh bikin migraine . tapi itu yang harus di lalui . bukan aku sorang . semua pelajar yarmouk ! SEMUA okeyh . so jangan kerek sangat . jangan nak demand madah sangatlah . next sem try again . ada rezeki yang ALLAH dah tentukan untuk setiap orang .

apa yang penting ??? JAGA MUADDAL ! naikkan muaddal kau yang jatuh teruk tu awin .

*moga setiap langkah aku di bumi yang penuh barakah ni ummiabah redha . redha ALLAH ialah redha ibubapa ! takenote . mghrb already . solat jom.

17 Sept 2013

long life journey !

bismillahirrahmanirrahim ~

ku seru namaMu ya Allah ,, berikanlah aku kekuatan untuk terus melangkah ^

15 09 2013

3.30 petang aku bertolak dari rumah ke nilai . flight 1609 1020 pagi . hati menangis jiwa meronta ! berat hati untuk aku tinggalkan ummiabah .. masih belum puas bermanja sepenuhnya .

aku kuatkan hati . demi mencari sebutir permata di bumi yang penuh keberkatan . irbid .. !

sampai di ipd raub , pahang tepat jam 11 malam . aku ummiabah adik and uncle yieyie singgah di rumah aunty untuk makan malam . kami teruskan perjalanan setelah kekenyangan . aku ketiduran dek kerana perut yang kekenyangan .

16 09 2013

2.00 pagi ! kami tiba di nilai rumah kakngah . menumpang rehat menghilangkan lelah .. penat ! aku tidur bersama ummiabah . menghargai waktu yang ada .. masa berjalan sangat pantas .

6.00 pagi ummi kejutkan aku solat subuh . liat untuk aku bangkit pagi itu .. cekallah wahai hati . bulan 5 2014 nanti insyaallah ketemu ummiabah and family tercinta lagi . lets smile :)

7.30 pagi * bertolak dari nilai ke klia . hati aku sekali lagi menangis . namun ku tabahkan jua , kerana ini merupakan sebuah perjuangan yang aku harus teruskan . amanah ummiabah aku galas . impian abah melihat aku berada di yarmouk ... moga khirrij nanti ada rezeki untuk ummiabah dan adik-2 menjejakkan kaki ke irbid . insyaAllah :) b strong girl .

8.00 pagi di klia . arghhh ! waktu itu cemburui aku . tak sempat bergambar bersama ummiabah . alhamdulillah sempat aku mensnap gambar ummiabah buat tatapan . anak manja ! itu ungkapan dari semua orang . aku senyum bahagia :)

ummiabah ! myheart .

insyaAllah jumpa bulan 5 nextyear ye ummiabah !! Amin-3 

sepanjang dalam flight aku hanya tahu tidur ! itu langkah terbaik supaya aku tak menangis . sampai di muscot , omman 1.00 tengah hari . 3 jam berbaki untuk ke amman , jordan ! 

4.30 petang waktu jordan aku sampai di amman , jordan . melangkah penuh ketabahan . 6.30 petang aku keluar dari balai ketibaan keyri kak.mila and kak.safuhah da bersedia menunggu . 

8.15 malam aku kak.mila kak.safuhah and keyri singgah ke meccamall untuk makan-2 . sekurang-kurangnya hati aku terhibur dengan gelagat mereka . 

the parts and the best momments 16 09 2013 ni bila kiteorang sesat untuk ke jubaihah . then terpaksa balik irbid melalui zarka' . pengalaman yang menyeronokkan . 

12.00 malam aku sampai rumah kakmila . ketiduran setelah kepenatan . long life journey ! 

14 Sept 2013

kuatlah wahai hati !

~ bismillahirrahmanirrahim ^

dengan namaMu yang maha pengasih lagi maha penyayang , berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang dengan penuh ketabahan .

 ya Allah terima kasih kerana menganugerahkan aku keluarga yang bahagia dan sahabat yang istimewa *

my love ! myheart :)

sayu hati aku nak tinggalkan bumi malaysia . sumpahhhh ! 3 bulan kat rumah rasa macam 3 hari ja . ta sempat nak manja dengan ummiabah . masa ! cemburu sangat dengan aku , atau aku yang tak reti hargai masa ??? 

ummiabah ^.^ thanks a lot bahagiakan anakmu yang tercinta ini . anakmu yang manja yang banyak celoteh ini # maaf andai result second sem haritu merosot , membuatkan ummiabah kecewa ! tapi anakmu ini berjanji second year sejarah takkan berulang .!

* hug me , ummiabah :( 


chubby . gebu 

yang ! andai masa boleh aku undur .. ANDAI ... crying * ta sempt nak coretkan kenangan pada 2013 ni :( .

^abahummi.adik.kakak.achik.angah.syamim.tengku !

7 Sept 2013

malaysia * egypt * jordan ???

ada apa pada negara yang berbeza latar belakang , sejarahnya itu ? tanah arab dengan tanah melayu ??

bezanya pada keberkatan bumi anbiya' itu sendiri ! bumi tarbiyah . banyak melatih jiwa aku . banyak melatih kekuatan aku ^

hari ini .. mesir bergolak lagi . sedangkan penduduk malaysia mampu meraih kemerdekaan dengan berpesta nyanyian @.@ inikah negara islam ??

aku malu ! aku kecewa . anak muda bangsa aku rosak akhlaknya ! mindanya dijajah tapi negaranya 'merdeka' ?? bagaimanakah itu pada hakikatnya bumi tanah tumpahnya darahku ini ?

hari ini ,, rakyat semakin tersepit ~ pemimpin semakin berjoget ! minyak naik lagi . sudah tentu harga barangan juga akan naik . * termenung seketika . bagaimanakah 10 tahun lagi ??

kenapa manusia tidak menilai negara timur tengah itu dari sudut nilaian akhirat ?? syahid itu sudah pasti ganjarannya syurga disisi Allah .

* moga pengakhiran kita dalam husnol khatimah !