29 Dec 2015

manusia lagi ?

Dunia kau dikelilingi manusia.
Hidup kau bertemankan manusia.
Seharian kau bersama manusia.
Tapi,mungkinkah kau mampu menebak apa yang didada manusia? 

Pasti tidak,kan ? 

Kerana itu aku percaya. 
Semua manusia kalau pukul rata sama saja. 
Walhal tidak semua begitu.
Tapi sudah cukup buat aku meluat .
Aku penat mengenal manusia.
Yang kadangkala luaran kau nampak dia biasa biasa. 
Sedangkan hakikatnya dia pemusnah segala.
Mungkin tidak seteruk kau diserang zionis.
Yaa, tidak seteruk itu kau rasa penderitaan sakit saat peluru menyentuh setiap inci tubuh badan. 
Malah lebih sakit tatkala hati kau ditoreh dengan bilah tajam.
Seakan dibuang hati itu untuk manusia jadikan makanan harian. 

Aneh aku rasakan dengan manusia sebegini.
Kau memang bajingankan? 
Tidak penat dan lelahkah mengata? 
Lupa pula mungkin kau sudah banyak amal buat bekal akhirat sana. 
Teruskanlah dengan cerita kau. 
Mengandai tanpa kau pasti. 
Aku mahu duduk dan lihat saja.
Sekiranya usai cerita dan kau punya endingnya, 
bukukan saja cerita itu. 
simple bukan ? 

1030
29/12/2015 

28 Dec 2015

melampau

saat kaki telah lelah menapaki bumi, 
saat mentari sudah tidak menampakkan diri,
saat sang bulan tidak lagi menerangi kelam malam,
saat bumi sudah berhenti berputar,
saat nyawa tidak lagi bersama jasad, 
aku yakin manusia sudah tidak lagi peduli hal sesama manusia. 

maka apa yang aku harapkan moga kau punya rasa penat dan lelah untuk bercerita. moga kau sedar dunia bukan milik kau. dan moga kau sedar kau melampui batas hak hak manusia . 

2112
27/12/2015 


27 Dec 2015

fobia dengan manusia ?

Betul lah kata pepatah ; kerana nila setitik rosak susu sebelanga " .

Aku tak tahu kenapa fobia aku makin menjadi jadi . Since apa yang aku lalui dalam tempoh terbaru dua tiga minggu ni mungkin? 

-Fobia dengan manusia sekeliling. 

Aku jadi takut nak face manusia. Tak semua orang aku takut . Housemate aku okey je tapi masyarakat umum. Aku tak suka bila orang campur urusan peribadi aku . Aku takut . Takut if someone tu pergi canang habis satu dunia . Tu lagi boleh menambahkan tahap fobia aku *

Aku fobia bila orang paksa paksa perasaan aku . Sampai satu tahap aku fedup . Taknak dah kenal manusia lain . Cukuplah manusia yang dua tiga kerat ni pun menyemakkan emosi aku . Tak semua . Tapi kerana seorang hanya kerana seorang manusia aku jadi takut dengan semua manusia . What the life adawiah , if sebab seorang manusia je hidup kau jadi miserable ? 

Fuh tarik nafas dalam . Lepas plan plan . Be cool okeh ? 

Sedikit lega bila dapat rembeskan air mata biar mengalir laju laju sambil sesi luahan perasaan dengan ummi . Ummi siap pesan jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga . Masalahnya tu pepatah yang memang aku guna . Sebab sorang manusia , manusia lain pun kene tempiasnya . 

Aku tak puas hati dengan sorang , habis semua manusia satu jantina dengan orang tu aku bengang . Tak boleh orang ganggu emosi aku sikit mulalah melatah . Dengan sama jantina aku boleh nak handle . Dengan lain jantina aku amalkan sikap semua spesies laki sama . Maaf sangat dengan manusia manusia sekeliling yang penat layan emosi dan karenah aku . 

Emosi aku bergantung pada keadaan sekeliling . Tolong jangan bagi aku tekanan . Aku takut . 

Setiap benda dan perkara aku perlukan ummiabah,aku perlukan insan insan sekeliling untuk aku melangkah . Aku tak lemah depan semua orang tapi orang terdekat memang akan nampak kelemahan aku . Aku bukan sensitif . hati aku ni jenis takda perasaan sangat untuk interaksi dengan persekitaran . Aku susah nak terasa susah nak sentap . Tapi if aku cakap aku sentap dan terasa , aku betul betul maksudkannya . 

If jawapan pada setiap persoalan pada aku, tidak memang maksudnya tidak . dan ya sememangnya jawapan ya . 

takda makna ahh diam tanda setuju . diam tanda memberontak . diam tu just give people space untuk diorang fikir la . hum . end up duduk rumah just keluar pergi kelas and jadi someone yang antisocial is better . pada aku je lah valid benda ni . tak untuk orang lain . 

terima kasih sebab buat aku fobia and menambahkan lagi fobia aku . tolong jangan bagi lagi aku rasa sampai satu tahap menyesal kenal semua orang .  

0233
27/12/2015 

18 Dec 2015

الدعاء لله

  بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم إني أسألك علما نافعا
ورزق طيبا
وعملا مقبولا
والزوج صالحا
واللهم إني
أعوذبك من الهم والحزن
وأعوذبك من العجز والكسل
وأعوذبك من الجبن والبخل
وأعوذبك من غلبت الدين وقهر الرجال

صلي الله عليه وسلم 
الحمدلله رب العالمين

من أخوك 
 فضيلة الشيخ أستاذ محمد شكري إلياس السعيدي الحج رحمه الله عنه 
 

17 Dec 2015

menunggu

Menunggu itu satu kebahagiaan.
Menunggu itu satu keseronokkan.

Tapi 
kadang kadang 
Menunggu itu sama saja seperti satu penyeksaan. 
Penyeksaan terhadap jiwa. 
dan derita pada sanubari. 

Mungkin
kebahagiaan untuk menunggu itu membawa sebuah pulangan yang berharga. 

Mungkin 
keseronokkan menunggu itu memberi sejuta rasa betapa kau setia. 

Teruskan
teruskanlah menjadi setia
sebagaimana setianya mentari menyinari ufuk timur.
dan sehingga matahari terbit dari arah barat.

1112 
Irbid, Jordan.
17/12/2015 


14 Dec 2015

isu kahwin 😆

First at all aku nak bantai gelak duluuu HAHAHA . lama tak jenguk sini . lol . malam exam ni video call dengan my only one luvly luvly , then beliau bagi ayat ni : [ for sure beliau copypastacarbonara je ] 

*Saya tak pernah date dengan isteri saya sebelum kawin.
Saya tak pernah Skype atau videocall dengan isteri saya sebelum kawin.
Saya tak kenal sangat pun dia sebelum ni pasal dia pun bukan student saya.
Bila kawan baik dia notify saya yg dia tu macam ada feeling dekat saya, saya solat isthikarah.
Rupanya dia pun solat isthikarah.
Lepas solat, rasa macam yang kami dah tertulis untuk each other.
So terus kawin jelah.
Risky jugak. Silap haribulan, dapat pasangan psiko ke, leceh pulak.
Risky juga pasal tak kenal dan tak bercinta-cintun dulu.
Tapi, nabi pesan takkan rugi orang yang solat isthikarah.
So kitaorang kawin terus lepas solat.
Berkenalan lepas kawin.
Bercinta lepas kawin.
Memang best bercinta lepas kawin rupanya.
Bercinta sebelum kawin banyak limitation, itu ini takleh.
Bercinta lepas kawin, kalau mesra-mesra pun dapat pahala.
Gitulah.
Maaf atas love story yang bosan ini, haha.
Wassalam.
Jangan couple sebelum halal tau.

then terfikir mati tu pasti jodoh dengan manusia ni tak tahu lah macam mana lagi .

so dah cukup matang sangat ke nak kahwin ? sedia nak tinggalkan kehidupan bebas dengan member dan korbankan jiwa serta masa untuk suami and anak anak ? berat tanggungjawab nak kene galas . nak corak anak anak masa depan sama ada jadikan anak itu majusi atau nasrani terpulang atas kita yang corakkan . seramm ! ingat nikah kahwin tu senang ? 

housemate aku pernah bagitau ; bila jodoh datang tu maknanya kita dah bersedia . 

then me be like ; jodoh mana satu ? dengan manusia atau dengan pencipta manusia ? okey ni lagi scarry , kahwin dunia sedia . tapi kahwin akhirat aku pasti tersangat pasti manusia biasa macam aku ni belum sepenuhnya bersedia . hidup dunia ni tak lama . akhirat tu untuk selamanya .

so selama 21 tahun hidup ni dah berapa banyak bekal untuk tempat tinggal kekal  abadi ? 

okey dah . susah pulak banyak bebel ni . focus skype . 


30 Oct 2015

hum

maaf andai mencuri masa 
maaf andai aku terlampau 
menyusahkan manusia sekeliling 
namun apa daya aku memang tak punya tenaga 😔

aku tahan dari sakit yang memenatkan 
aku tahan dari merintih pada manusia 
aku seru namaMu yang Esa 
ringankan segala derita 

~ sakit sikit je 😔 nak ummiabah . boleh tak nak terbang balik sekarang ? 

dua kali pukul 12 heuheu 
0004
30/10/2015  

28 Oct 2015

mengeluh ?

Aku selalu kata bahawa Tuhan sentiasa ada pada setiap langkah kita . 

Tapi aku juga yang sentiasa mengeluh saat Tuhan hadirkan aku ujian . 

walhal aku sedar ujian itu penguat kasih sayang antara aku dan Dia . 

aku cuma manusia biasa . 
yang hanya mampu berendam air mata tatkala ujian itu tiba . 
perih tanggung derita .
berkali aku cuba 
katakan pada jiwa moga kuat sentiasa .
kerana Tuhan tidak pernah menduga 
andai hamba tidak mampu menanggung derita . 

sakit sikit menangis . 
sakit sikit mengeluh . 
cuba lihat dunia sana . 
ujian kau tak sehebat mereka . 
berpijak bumi nyata . 
sakit kau sekejap saja . 
sedang ada mereka , bertarung nyawa ! 

1656
28/10/2015
wednesday
irbid jordan 


27 Oct 2015

takdir ?

Baru semalam rasa menyampah bagai nak mati 
Kerana kau aku benci sepenuh hati 
Tapi harini Tuhan temukan kita di persimpangan 
Inikah karma atau takdir kehidupan ? 

Aku cuba plan plan 
Kurangkan rasa yang bunuh jiwa kejam
Namun kau pula yang cuba mainkan
Cerita kita kini kelam 

1936 
monday 
irbid jordan . 

26 Oct 2015

Pantunlah Sikit

Kalau sikit katakan sikit
jangan sesekali jadi banyak
kalau kepala ini sakit
letak kepala terus nyenyak.

tidur nyenyak mimpi indah
mimpi datang putera raja
perjuangan hidup tidak sudah
sudah grad menganggur saja

tanam anggur taman raja
anggur dikutip puteri sarah
habis sekolah pandai mengeja
salah eja kena marah

marah-marah orang Jepun
Pendekar rehat di pohon sena
hahaha aku tak pandai pun
saja nak berpantun di marina

25 Oct 2015

nasia

lahai manusia 
mungkin sebab tu kot dinamakan manusia *
nasia ? 

tah lah . 
malas nak peduli 
tiada apa perlu peduli 
buat apa peduli 
tambah rasa sangsi dalam diri je 
tambah dosa yang tak terhitung 
buatkan amal makin merudum 
eh ? 

sakit 
kecewa 
penat 
lelah 
menangis 
meraung 
terpekik 
terlolong
apa lagi aku nak merapu ni ? 

terima kasih air mata jadi teman setia .
ya , tanpa kau tak mungkin aku rasa sedikit lega . 

terima kasih Tuhan kerna tiupkan aku roh kekuatan . kau sedarkan aku bahawa aku punya tempat mengadu saat rasa sakitnya hati bila ditikam . 

buat kau manusia , terima kasih hadiahkan aku betapa bahagia punya rasa kecewa . 

payah bila iblis bertopengkan manusia ni susah bila setan pun pakai topeng manusia 
errr ? 
hati mana tak berkecamuk 
jiwa mana tak terbarai 
bila yang dibunuh segala rasa itu manusia sendiri 

atau 
kau cemburu 
bila mana aku tayang bahagia
sedangkan kau hanya memendam rasa ? 

hai manusia 
tak lelah menabur perasa ? 
pui . 
rasanya lagi pekat dari selautan laut mati . 
mungkin juga rasanya lebih manis dengan segelas darah dari spesies sejenis ? 

buat apa kau hanya bunuh segala rasa andai tak mampu bunuh sebenarnya jiwa ? 

sudahlah 
pergi mampus sana 

dan 
aku harap kau kenal erti penat 

masing masing sudah matang
masing masing sudah kenal siapa Tuhan 

andai esok masih punya coretan untuk kau jadikan bahan rujukannya itu ialah aku , tiada apa aku mampu menghalang . 

cuma satu saja aku mau ingatkan 
bumi ni bumi Tuhan
orbitnya berpaksi pada satu landasan 
moga kau kenal sebenarnya perit sebuah kehidupan 

masih belum terlewat untuk aku ucapkan terima kasih atas segala cerita yang kau  coretkan . 

~ hahaha ; garuhati* kau ingat aku ni apa ? kau ingat aku hadap sangat nak ambil tahu cerita kau ? please lah cerita hidup mati kau pun aku tak pernah ambil tahu , so cerita hidup aku kau pulak nak warnakan ? sikit lagi tangan ni tak naik dekat muka je weiiii . dah kalau cerita tu takda input takde sahih takde mana hala tak payah nak mengundang amarah manusia . penat 😔 

ingatkan boleh rehat bila rasa tak mampu menapak tapi cerita kali ni betul impak dia maha hebat .

tutup sampai sini cerita aku malas ungkit lagi rasa kecewa . well aku memang bahagia : terima kasih Tuhan sentiasa ada saat susah senang sang manusia - 


1012 pm 
24/10/2015 
irbid jordan 



23 Oct 2015

sebaik-baik ciptaan

Anugerah Ilaji.., alhamdulillah, merasai juga aku memiliki kereta ini. Terima kasih Abah dan Ummi kerana layan kehendak anak manja ni. :)

22 Oct 2015

talk akhawat

Gathering last akhawat batch 2012/2013

Talk akhawat exito ;) 

darjat wanita boleh menjadi lebih tinggi dengan : 
-menjaga maruah diri 
-meningkatkan nilai keimanan 
-menjaga suami 

apa yang digariskan oleh ibnu taimiyah untuk wanita menggapai syurga ;
-taqwa
-menjaga rukun iman 
-bersaksi tiada Illah yang layak disembah melainkan Allah dan bersaksi Muhammad itu Rasulullah menunaikan haji bagi yang mampu .
-mengeploitasi syahadah 
-ikhlas dalam beribah serta tawakal kepada Allah
-gemar membaca Alquran serta berusaha untuk memahami isi kandungan Alquran itu *jadikan AlQuran itu teman hidup ~ matlamat hidup : jadikan AlQuran itu teman setia
-menghidupkan amal makruf nahi mungkar dalam keluarga
-berbuat ihsan sesama makhluk
-menyambung tali persaudaraan bagi yang memutuskannya serta memaafkan orang yang menzalimi kita.
-berinfaq ketika lapang atau ketika sempit
-menahan amarah
-adil dalam semua perkara
-menepati janji dan amanah 
-berbakti kepada orang tua  

ciri ciri wanita ahli syurga 😳

wanita solehah mutiara terindah didunia *

~benda paling deep harini ; eh pakai baju kurung , biasa tengok orang pakai baju kurung dengan tudung labuh • 

talk by shahirah amalina ^^

8:06 PM 
Bayt abu ain 
irbid jordan 
21/10/2015 


21 Oct 2015

sakit merindu

berabad berdekad 
berdekad berabad lamanya
kau tidak kutemu 
aku sudah sakit merindu

andai waktu bisa aku aturkan 
hari hari hanya kau dan aku 
namun  tinggal harapan 
kau adalah sebuah angan 

Tuhan ,  
takdirkan aku dan dia pada satu jalan 
walau hanya pada bayang
itu sudah cukup buat aku senang 

pernah jua aku cuba lupakan 
tak semudah kunyah kacang 
kau tetap dalam ingatan 
walau jauh dari penglihatan

aku tiupkan semangat dalam diri 
lupakan kau sampai mati  
namun mana sama kata akal dengan kata hati 
hakikatnya kau masih aku nanti 

harapan menggunung tinggi 
moga punya hari untuk aku melihat kau lagi ~ 

1234 a.m
21/10/2015
wednesday
irbid jordan . 

11 Oct 2015

liyana afiqah ~

dear sayang housemate , nurliyana afiqah mazlan . happy belated birthday . sweet 21 . 

semogaa terus tabah dan kuat untuk setiap ujianNya . 

you are not alone here . you still having us with you . insyaAllah forever :) 

carrefour irbid jordan .
10/10/2015 
saturday 

3 Oct 2015

perasaan

biar terdera jiwa dan perasaan , jangan sampai benar benar sayang ~ 

1229
03/10/2015
irbid jordan 

12 Sept 2015

kuat

maafkan aku sahabat .
saat air mata kau tumpah aku jauh .
sedang waktu ketawa aku meniti masa bersama .

maafkan aku sahabat .
tidak mampu untuk menenangkan jiwa kau yang lara .

maafkan aku sahabat .
sungguh aku hanya mampu utarakan untuk kau terus tabah dan kuat .

yakinlah pada setiap nafas dan hela kau , Tuhan sentiasa ada .

dan

bersama bayu lautan timur aku titipkan doa agar kau mampu lalui ujian Tuhan dengan lafaz syukur sentiasa .

#prayforabahyana .

take good care dear .

love you .

0637
12/09/2015

16 Aug 2015

Purdah ?

Bismillahhirahmanirrahim ~

Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni asal aku tengah scroll facebook , instagram je mesti akan ada status tentang wanita berpurdah . Seolah oleh perli aku yang always negative thinking dengan golongan yang berpurdah ni . Cause bagi aku , once kau berpurdah please behave all about your attitude . Tapi aku lupa yang berpurdah itu juga manusia yang punya segala kelemahan serta kekurangan .

If before ni aku anggap yang berpurdah tu tak boleh couple , tak boleh gelak macam perempuan yang tidak bertudung labuh dan berpurdah tapi harini tanggapan aku tu lain . Berubah maybe in 60 % ? Aku terbaca status seorang wanita yang berpurdah ,  kecewanya dia apabila wanita yang berpurdah itu gelak tawa hilainya tak ingat dunia dan dia menjadi perhatian serta menjadi bahan umpatan pada manusia manusia yang sememangnya tidak pernah puas untuk mencari kesalahan manusia lain . Sejujurnya aku terpukul dengan setiap kata katanya . And wanita tu menanggalkan purdah hanya kerana tidak sanggup untuk menahan segala kata cacian dari manusia lain . What ? Come on ! Hidup kita nak kejar redha Allah bukan redha manusia . Bila hidup kita percaya pada janji Allah yang akan menjaga hamba yang sentiasa bertaqwa padaNya , maka jadilah diri sendiri yang kita mahukan terbaik buat akhirat sana . Its simple rule of life right ?

Kerana yang berpurdah bertudung labuh itu juga manusia . Yang tidak akan terlepas dari semua kesalahan serta kesilapan hatta benda itu hanyalah sekecil kecil kesilapan . You know what , mereka yang bertudung labuh itu sudah tentu baiknya dia lebih sedikit berbanding kita yang bertudung kurang labuh ni . Paling tidak dia menjaga maruahnya serta kehormatannya dari pandangan lelaki lelaki yang kurang iman di luar sana .

" Alah yang bertudung labuh pun ada yang berzina " - Jangan salahkan tudung labuh itu , yang tidak pandai menjaga imej tudung labuh itu adalah manusia itu sendiri . So jangan cepat menjadi hakim di dunia ni .

Lepas ni kalau Allah takdirkan aku jumpa golongan bertudung labuh dan berpurdah yang tidak menjaga perilaku . Aku hanya mampu doakan moga moga Allah berikan dia hidayah untuk menjaga dirinya dan menjaga kesucian purdah itu sendiri .

Aku akui ada segelintir golongan hawa masa kini yang menjadikan purdah itu sebagai trend ! Maklumlah syabab yang berkopiah memang mengimpikan wanita berpurdah untuk dijadikan bidadari dunia . Jadi ramai pula akhawat yang berlumba lumba memakai purdah malah tabarruj pula . Pakai pakaian apa pun , biarlah Allah redha . Jangan pula jadikan purdah itu sebagai fitnah . Walhal kita sebagai wanita sememangnya tahu bahawa wanita itu hiasan dunia dan wanita itu fitnah dunia . Berapa ramai lelaki hebat yang akhirnya tersungkur rebah kerana wanita ? Jadilah wanita yang menjadi pendamai kepada lelaki bukan pemusnah pada nafsu lelaki .

Terpulang pula sekiranya kita selesa berseluar , tak salah ( pada pandangan aku ) pakailah baju yang labuh . Tak guna juga kalau pakai jubah tapi kainnya melekat membentuk setiap inci tubuh . Mungkin ada yang bercanggah pendapat dengan aku dengan mengatakan wanita berseluar lebih seksi . Itu terpulang . Pandangan masing masing kan ? Mungkin aku jenis yang selesa berseluar maka aku akan pertahankan pendapat dan hujjah aku . Pakai seluar besar baju besar tudung labuh pakai purdah . Tak jadi masalah . Walaupun aku jenis yang berseluar dan baju tak seberapa nak labuh *

Harapnya selepas ni aku tidak cepat menghukum pada manusia sekeliling yang bertudung labuh dan berpurdah , malah insyaAllah aku akan support moga moga mereka terus istiqamah dengan purdah tu . Mereka bukan malaikat , mereka hanya manusia biasa yang memerlukan sokongan moral dari orang sekeliling untuk menjadikan mereka terus istiqamah memakai purdah . Ada orang pakai purdah untuk dia mentarbiyah dirinya menjadi wanita solehah . Ya paling tidak bila berpurdah dia akan menjaga perilaku dia sebagai wanita muslimah kan ? Buat yang tidak menjaga , aku sarankan perlahan lahan lah kau jaga nilai purdah tu .

Hidup kita untuk Allah .
Dari Allah kita datang .
Dan kepada Allah kita kembali .
Jadilah manusia yang dambakan kasih sayang Allah .
Jadilah hamba yang inginkan rahmat Allah .
Jadilah manusia yang dahagakan hidayah dari Allah .
Biarlah hidup menjadi cacian manusia .
Dari hidup mendapat murka sang Pencipta .

Pernah terfikir untuk berubah ? Itu hidayah yang sedang mengetuk pintu hati . Jangan tangguh walau sesaat . Berubah dan istiqamah itu perlahan lahan . Sentiasalah niat untuk buat amal kebajikan . :)

Alhamdulillah praise to Allah which always by my side even when im cry and in my happiness too .

1156
16 / 08 / 2015
Sunday
Irbid Jordan . 

11 Aug 2015

malu seorang wanita

Bismillahhirrahmanirrahim .

Entah kenapa aku rasa terpanggil untuk menulis tentang apa yang tertulis pada entry aku kali ni . topik yang aku kira agak sukar untuk aku bahaskan .

kuasa Tuhan kan , yang membolak balikkan hati hambaNya .

dua tiga hari lepas rasanya aku terbaca tentang bagaimana menjadi wanita solehah . terkedu . bukan terkedu kerana apa . kerana tertulisnya wanita yang pekak bisu dan buta itu ialah wanita yang :

- pekak : tidak mendengar kata kata maksiat kata kata dusta dan umpatan .
- bisu : tidak mengumpat dan berkata yang tidak tidak .
- buta : tidak memandang lelaki yang bukan muhrim .

*tersentap . terhenyak . terpaku . terpukul . semua ada . mix together boleh blend . hadam !

bahagianya hidup wanita yang Allah jaga akhlaqnya serta kemuliaannya untuk menjadi penghuni syurga Allah .

bukan tidak cuba untuk jadi solehah . tapi istiqamah untuk meninggalkan taman jahiliyah itu perlukan segala kudrat pengorbanan . bermula dari hati , jiwa dan akal yang kuat .

malu seorang wanita itu terletak pada sejauh mana seseorang wanita muslimah itu mampu untuk menjaga pandangannya serta menundukkan pandangan .
* aku berjalan sambil tunduk kepala bila nampak syabab melayu je ~ time kerja ikhtilat ke laut .

mungkin ada yang pertikaikan tentang apa yang aku cuba sampaikan . yelah , aku bukan perempuan bertudung labuh berniqab untuk menulis soal ni . aku cuma hanyalah seorang perempuan yang hidup akhir zaman berseluar jeans bertshirt dan teringin untuk menjadi wanita solehah .

cita cita dan keinginan dah ada . untuk laksanakannya ?

kata orang , berubah perlahan lahan step by step . takut nanti perubahan drastik tu tak kekal lama .

kata orang , berubah lah sepenuhnya sebelum Allah memanggil menghadapNya .

dan

kata aku , insyaAllah aku cuba perlahan lahan untuk kejar redha Tuhan .

0321
11 / 08 / 2015
26 Syawal 1436H
Irbid , Jordan .

5 Aug 2015

ego

argh
benci betul bila bicara soal ego
melangitnya ego aku
tinggi kalah gunung everest
ego ego ego
tapi tak sangka
setinggi tinggi ego aku
rupanya tinggi lagi ego kau
aku kalah pada kau rupanya
sungguh aku tak sangka
aku merendahkan ego aku kerana kau
peliknya rasa bila ego aku jatuh
jatuh pula pada kau
sedang kita saling bermusuh
aku benci kau
kau benci aku
tak mengapa aku kalah
tak mengapa aku menyerah
tak semestinya yang lemah itu menyerah
tak semestinya yang lemah itu kalah
kalah pada ego
aku malu
malu kerana kalah pada kau
namun aku cuba bisikkan pada hati
orang yang merendah diri bukan kalah
tapi dia cuba menjadi matang
untuk sebuah kehidupan
teruskanlah dengan ego kau
aku mahu pandang
aku mahu lihat
aku mahu tunggu
saat kau mengalah
saat kau kecundang
kecundang bersama ego kau yang tingginya kalah menara dubai .

2223
04 / 08 / 2015
19 syawal 1436H
Irbid Jordan

28 Jul 2015

rupanya

Dulu aku ingat senang .
Dulu aku ingat mudah .

senang dan mudah untuk lupakan manusia yang pernah hadir dalam hidup aku .

rupanya aku silap .
rupanya sangat susah .

silap bahawa melupakan itu bukan semudah kopek kulit ketam .

susah untuk lupakan bahawa kau pernah hadir dalam hidup .

walau tak lama .

walau sekejap .

walau seketika .

tapi tetap .

4 tahun itu punya waktu kau dan aku coretkan segala kenangan manis pahit bersama .

rasanya persis manis gula
dan
pahit persis kopi arab .

dan semoga kita sama sama bahagia ~

aku tidak mengapa . masih utuh dan bisa untuk menjadi setia .

sesetia sang mentari untuk menyinari hidup manusia .

1336
28 / 07 / 2015
12 Syawal 1436 H
Selasa
Irbid Jordan .

oh begitu

oh tak cukup solehah rupanya akhawat itu andai berseluar bertudung segi bidang 45 .

baru aku tahu itu yang diukur dan dinilai .

oh tak soleh rupanya syabab itu andai berjeans tidak pula berkopiah .

mentaliti mana yang kau ambil kira ?

tidak akan solehahkah akhawat itu andai tidak bertudung labuh dan berniqab ?

tidak akan solehkah syabab itu andai tidak berjubah dan berkopiah ?

andai pada niqab yang diukur
andai pada jubah yang diukur

siapa yang akan menjadi pembimbing antara kita manusia ?

yang bertudung labuh berniqab hanya memandang sinis pada yang berseluar tudung singkat .

yang berjubah berkopiah hanya memandang sinis pada yang berjeans tidak berkopiah .

tak . aku tak kata semuanya begitu . tapi majoritinya begitu .

tuntutan dakwah itu penting .

* berdakwah kepada manusia bukan hanya berdakwah dan bergerak dalam jemaah sendiri sahaja . tapi perlu untuk berdakwah mengajak semua umat manusia itu mendekati dan mengenali Allah itu sendiri .

bukan susah untuk berdakwah . tidak payah untuk sebarkan dakwah .

bukan kau perlu jadi soleh solehah dulu .

tapi sama sama membimbing untuk jadi soleh dan solehah . kejar redha dan syurga Allah itu sama sama .

untuk mewujudkan bi'ah yang baik .

mulalah berubah untuk menjadi baik ~

1254
28 / 07 / 2015
12 syawal 1436H
Selasa
Irbid Jordan .

27 Jul 2015

Biar

Biar , Biar ia sebati 
bersama jiwa kau yang mati .
Biar , Biar ia meresap 
ke dalam hati 
hati kau yang sepi ~ 

0014
27 / 07 / 2015 
11 Syawal 1436H
Irbid Jordan . 

23 Jul 2015

aku kamu dan puisi

aku , kamu ,
serta puisi puisi basi 
yang tidak lagi semekar mawar merah
berkembang pada pohonnya . 
yang sering kali gugur menyembah bumi
tatkala sudah layu tanpa dipetik sang manusia . 
kelopak kelopak suram
tidak lagi menunjukkan tanda
bahawa kau punya jiwa ~ 
seakan mati akal sepi tanpa suara
bunyi sorakan hati yang bergema 
dibiarkan berlalu
seiring dengan juraian jernihnya air mata . 

0011
23 / 07 / 2015
7 Syawal 1436
Irbid Jordan .

20 Jul 2015

Bagaimana ?

Bagaimana untuk aku setia mencintai manusia sedangkan untuk mencintai Tuhan yang menciptakan aku juga aku tidak mampu untuk setia ?

Bagaimana untuk aku terus membendung setiap rasa yang hadir di jiwa sedangkan setiap rasa itu fitrah manusia ?

Bagaimana pula untuk aku meletakkan harapan pada sang manusia sedangkan aku langsung tidak mengharap pada Tuhan yang Esa ?

Bagaimana mungkin untuk aku terus melangkah meraih kasih manusia sedangkan aku tidak berusaha untuk meraih kasih dari NYA ?

Bagaimana harus aku lakukan tatkala hati berdetik memuja manusia melebihi hati yang berzikir memuji pencipta ?

1343
Isnin
4 syawal 1436
20 / 07 / 2015
Irbid Jordan

14 Jul 2015

ramadhan

menjejak malam mulia
mencari lailatul qadr
pada bulan puasa
ramadhan bukan selamanya
Allah anugerahkan sebulan sahaja
beruntung bagi mereka yang tinggi keimanannya
terus bermujahadah mengutip pahala
menggapai redha ~

sayu hati ramadhan bakal pergi
tangis sendu
mungkin kah bertemu lagi
dengan ramadhan pada tahun tahun nanti ?

* ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna . agar dapat ku lalui dengan sempurna .

moga ketemu ramadhan dan lailatul qadr tahun depan . taknak raya . nak stick dalam bulan tarbiyah ni je boleh ?

0000
14 / 07 / 2015
tuesday
Irbid Jordan

10 Jul 2015

tasbih

juntaian tasbih di tangan aku genggam
juraian air mata aku rembeskan perlahan
syahdunya hati tatkala azan berkumandang
sungguh jiwa ini rindukan tanah haram .

sudah cukup dibiarkan hati ini gersang
tanpa langsung sinar rahmat Tuhan
moga kali ini lebih terisi
dengan lafaz lafaz memuji Tuhan .

1306
10 / 07 /2015
Jumaat
Irbid Jordan .

satu saat

sampai satu saat
kau sedar batas aurat

sampai satu tahap
kau sedar tiada yang hak

sampai satu saat
kau rasa ingin jadi malaikat

jangan nafikan rasa hati yang ketat
jiwa kau perlukan ubat

sebab akan sampai waktunya untuk kau bertaubat
sesali waktu waktu yang terbuang kerana maksiat

rasa manisnya iman tatkala kau rasa Allah itu dekat
rasa bahagianya iman bila kau yakin Allah itu penerima taubat

andai kau yakin Allah itu maha melihat
usah kau ragu dan lambat lambat
moga kau kuat jauhi tipu muslihat
moga kau kuat untuk jadi manusia terhebat

2027
09 / 07 / 2015
Khamis
Irbid , Jordan .

5 Jul 2015

selesa

terjaga aku dari lena .
bunyi huru hara .
aku risau seketika .
cuba menjenguk luar jendela .
oh rupanya arab tengah menggila .

sedikit hairan aku rasa .
andai dulu kawasan ini aman saja .
kenapa hari ini terganggu pula ?
tidak pasti sejak kapan ia bagai medan perang syria .
timbul juga rasa simpati .
walau jiwa seakan empty .
tapi aku juga manusia .
punya rasa .

terganggu lena hanya kerana bising mercun biasa .
bagaimana agaknya nasib penduduk palestine dan syria sana ?

sedang aku masih mampu menarik hirom memejamkan mata .

badan selesa beralaskan tilam empuk walau katil saiz sederhana .

sedang mereka di luar sana yang aku mengeluh saat mereka buat huru hara , entah bagaimana hari hari mereka . malam malam yang dilalui rumah yang beratapkan langit dan berlantaikan tanah debu semata .

menarik nafas dalam .
hembusan kasar aku keluarkan .
biarkanlah mereka .
aku masih dalam zon selesa .
terasa juga berdosa .
tidak mampu buat apa apa .
kerana aku juga rakyat marhaen biasa .
yang tidak punya apa apa .
pangkat mahupun harta .
adat pada dunia .
punya si kaya yang gila kuasa .
tamak haloba .
punya juga si miskin hina .
meminta minta .

0108
05 / 07 / 2015
Ahad
Irbid Jordan

senyuman

boleh aku terus pejamkan mata ?
untuk menyambung mimpi indah bersama .
bahagianya terasa seluruh jiwa .
dapat melihat kau walau tidak nyata .

senyum kau bagai panah tajam .
tusukan panah tepat menikam .
boleh hilang separuh kewarasan .
saat kau tayang sebaris senyuman .

tolong simpankan aku senyuman .
untuk aku bekukan potret kenangan .
hari hari pandang .
hati boleh jadi walang .

0053
05 / 07 / 2015
Ahad
Irbid Jordan .

genggam

Tuhan
saat hati ini tidak kuat
Kau peganglah biar erat

Tuhan
saat hati ini lemah
Kau genggamlah penuh hemah

Tuhan
saat hati ini rapuh
Kau tatanglah sungguh sungguh

moga aku mengerti bahawa hidup ini hanya untuk MU ya Ilahi .

0036
05 / 07 / 2015
Ahad
Irbid Jordan .

tulus

aku coret puisi puisi
aksara bertaburan
di pena aku terdiam
jari jemari cuba berperanan

pemikiran sedang aku cuba
bawa menusuk kalbu jiwa
yang aku sendiri
terkadang tidak mengerti

tulusnya hati
bukan jaminan lagi
andai teguh setia
pada bukan yang Esa .

2137
04 / 07 / 2015
Sabtu
Irbid Jordan . 

1 Jul 2015

pemusnah

betul lah kata sang manusia .
setia akan di uji waktu ?

itulah hakikat andai kau pegang untuk setia .
setia mana pun andai takdir bukan berpihak pada kau dan dia , genggam kemas terlerai jua .
konon kau nak genggam erat lama .
kata janji lafaz setia .
tapi siapa yang mula ?
kau atau aku pemusnah segala cita ?
terima kasih atas segala harapan yang pernah kau bina .
yang akhirnya kau musnahkan segala rasa .

1727
1 / 07 / 2015
rabu
irbid jordan

Trip ke Mesir

Bismillahhirrahmanirrahim :)

Lama rasanya aku tak up date cerita tentang aku ! ya perjalanan sebuah liku liku kehidupan seorang hamba Tuhan yang mengembara mencari redha dan jejak untuk lebih kenal Tuhan . Mengenali dunia mengambil ibrah pada isinya . Alhamdulillah aku diberikan peluang untuk menjejak bumi Mesir . Bumi di mana lahirnya para pejuang Islam ! Bumi Mesir yang kini tenat dengan pemerintah yang tamak haloba pada dunia .


09 02 2015 [ MONDAY ]

Sehari selepas aku hantar ilhamie dan syidah untuk mengerjakan umrah , keputusan nekad aku buat . bangun pagi terus aku settlekan bayaran untuk second sem dan ke balad beli ticket Amman - Cairo . semudah abc 123 aku kira . packing barang untuk flight 6 petang :)

Bismillah hari last tasjil madah aku berperang dapatkan subjek iqtisad nuqud . Alhamdulillah dapat . sesusai tasjil madah aku bergegas bersiap . alah bukan jauh pun jordan - egypt ja . 1 jam fly dah sampai .

Sesampai di queen alia international airport , baru aku sedar yang iqamah aku tamat tempoh . 4 bulan aku menumpang bumi Jordan tanpa permit yang sah . kebetulan time tu hangat kes muaz . pihak jordan menetapkan denda 250 JD . Aku senyum pasrah . Redha mungkin ada hak hak manusia yang belum aku tunaikan * berbekalkan hanya 100 JD dalam dompet aku terus menghubungi kak mila untuk pinjam duit . waktu sangat suntuk kerana aku sampai di airport beberapa minit sebelum flight berlepas . Arab ~ memang selalu gila , terkadang aku tertanya tanya manakah sifat dan nilai murni yang dibanggakan ? entah , aku penat dengan arab . perangai tak kalah persis munafiq . duit aku patut masih berbaki dirembatnya buat bekal beli rokok lagi mungkin atau andai disimpan untuk anak bini aku halalkan saja . itu rezeki dari Tuhan bukan sepenuhnya hak aku .

settle je urusan bayar denda visa tamat tempoh terus aku checkin . elok je aku buat drama tak berbayar dekat QAIA . lari lari anak berbaki sepuluh minit sebelum gate tutup sepenuhnya . langkah kaki aku atur laju hati cuba menangkan minda yang berkecamuk dengan lafaz lafaz zikir memuji Ilahi . aku tahu Allah maha penyayang . Dia menguji kehebatan kemampuan serta daya ketahanan hambaNYA mengikut kemampuan . 

satu jam perjalanan dari QAIA - CAIRO . sampai cairo maghrib . nak kata rupa masuk kampung maybe juga aku ni bila tengok airport international sangat sibuk jauh beza dengan queen alia yang selalu tenang . try call member baik aku yang belajar kat cairo , si tinggi lampai mekku saliha rahima . aku kenal dia ni since form 1 mmp . alhamdulillah sampai sekaramg still berhubung walau tak selalu 24/7 contac . well masing masing dah tua faham kesibukkan masing masing punya tahap tu macam mana . 

ditakdirkan kereta yang diorang sewa tu rosak tepi jalan . terpaksa tunggu kereta lain pulak . aku kira dalam dua jam jugak tercongok tanpa hala tuju kat airport tu . nak makan duit egypt satu genih takda . duit jordan pun haram kene kebas semua kat aiport jordan . maka perut aku membuat pelbagai bunyi dan irama yang tak seberapa nak senada . 

11 pm . diorang sampai dan sekali lagi kami terpaksa tunggu kereta . well said perjalanan ni ibrah dia kita kutip sepenuhnya . Allah bebetol menguji aku untuk langkah dan kembara mengenal Tuhan kali ni . bila dah dapat kereta semua terus masuk then singgah kedai cari nasi . kelaparan di tahap maximum. sampai hostel mekku terus makan dan tidur . kebetulan haritu memang aku tak sihat . seminggu aku stay on bed je kat rumah mekku tak buat pape sebab sakit sangat plus ribut pasir , keluar pergi pesta buku bila hari last dah .

so sebab aku pergi time tu kebetulan tak sihat tak banyak tempat pun aku jejak . nekad juga sebelum grad atau lepas grad ingat nak lagi bertandang ke bumi Mesir >:<


12 Februari 2015 .

aku and kak shatirah keluar pergi pesta buku , almaklumlah tu last day :) nanti kang aku menangis meraung pulak tak dapat jejakkan kaki kat pesta buku antarabangsa tu * hahahaha




lastly pusing semua tempat aku beli novel dengan kitab ^_^ . novelnya dah khatam , kitab buka pun belum :)

malam pula , aku qada keluar date dengan mekku sebabnya siang hari pergi pesta buku dengan kak shatirah je . lepak cairo festival sampai tengah malam . aish rasa macam bawa budaya buruk pula ke egypt .




hari hari sejarah sepanjang lepak Egypt kononnya mencari ibrah di bumi Tuhan yang maha luas ni :-

13 Februari 2015



Masjid Hussein


Masjid Al-Azhar 

kononnya nak masuk dalam masjid , tapi penjaga tu tak bagi sebab dah lewat malam :( takpelah kat luar pun jadi je ~ 

14 February 2015 

next day pergi giza . Allah je tahu perasaan bila ingat balik segala kenangan kat giza tu . terlebih bayar duit ticket , dia taknak refund pulak tu . rasa macam taknak halalkan je . tapi bila ingat balik Allah uji time travel ni banyak pahala so aku sabar je lah lagipun dah memang masak sangat dengan perangai durjana dajal arab ni bila main dengan duit semua nak songlap . plus ummi ada pesan tempat firaun tak payah pergi pun takpe , tapi keras jugak nak pergi kan , so aku belajar juga dari situ even sekecil kecil perkara yang kita tak perasan tapi bila seorag ibu melarang , janganlah buat .*

banyak ujian nak sampai ke giza ni . jumpa arab yang ajak masuk ikut pintu belakang lah bagai . entah but for sure memang long journey sangat . sepatutnya sampai awal tapi dah sampai lewat petang . satu jam berbaki sebelum gate tutup . memang tak spend time lama pun kat giza ni tempat firaun buat apa lama - lama . orang lain sewa kereta pergi giza , aku sebab kononnya nak travel jimat main naik tremco dengan train je . 


Piramid :) 

* piramid giza ni merupakan salah satu daripada TUJUH KEAJAIBAN DUNIA :) wowot . tapi tak pasti tahun ni sama lagi ke tak . well said piramid ni sebenarnya dibina sebagai makam firaun . sejauh mana kebenaran aku sendiri tak pasti tapi if ikut sejarahnya macam tu la . 

so lepas je berpenatan di giza terus pergi sungai nil . kononnya sungai cinta lah sangat kan . hahaha weee jumpa pakwe kat sana ^_^ 


sungai nil .

* sungai nil , merupakan sungai yang terletak di selatan khatulistiwa kemudian mengalir ke arah utara dan menyeberangi Afrika serta bermuara di laut Mediterranean iaitu dekat Iskandariah atau lebih dikenali dengan nama Alexendria . 

15 Februari 2015 

lepas tu decide nak pergi alexendria . sebab memang adawiah baharin sangat suka tengok laut kan :) 


Mediterranean Sea .

Hebatkan ciptaan Allah yang Maha kuasa :) 

Allah berfirman: 


مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَا يَبْغِيَانِ

Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. (Al Qur'an, Ar-Rahman (55):19-20) . Laut mediterranen ni air laut dia masin sedikit berbanding lautan atlantik . *

Laut ni pula memang satu satunya laut yang tidak bercampur antara lautan atlantik dengan lautan mediterranean . 

                                                 
next , kita masuk library Alex pula . orang kata rugi kalau sampai Alex tak masuk . so the place yang aku kagumi jugaklah bila teringat balik sejarah tentang library ni . 

* sejarah mengatakan perpustakaan Iskandariah ni pernah dibakar oleh Julius Caeser yang mana pada zaman itu beliau membakar sebahagian kota tersebut . menyebabkan sebahagian daripada ilmu pengetahun juga turut sama lesap . kemudian perpustakaan itu dibangunkan semula sekitar tahun 2002 dengan lebih moden . ( ingat - ingat lupa , boleh google sendiri sejarah tentang perpustakaan ni ) 



berangan juga nak ada library sendiri . if tak mampu buat mini library pun dah cukup syukur sangat :) 

next destination ialah Istana Raja Farouq dan Taman Montaza : 

*kedudukan kawasan ni sangat strategik menghadap laut . waktu malam memang sangat cantik pemandangan apatah lagi waktu siang harinya . 

* disebalik kesenian istana tersebut terdapat besi seumpama tembok yang tajam pada setiap menara kononnya lambang kekejaman serta kezaliman semasa pemerintahan raja farouq itu sendiri . 







dah lewat malam so kita balik ke cairo yeah :) tak ada duit banyak nak stay kat hotel Alex yang rata ratanya mahal bagi aku . AHAKS ~ nak tumpang rumah member segan . susah jadi orang yang tahap malu tak bertempat macam aku ni ^_^ 

16 Februari 2015 

keesokkannya kita stay cairo je sebabnya kesihatan pun tak mengizinkan sangat . plus ada date dengan kak syah . segan juga kak syah belanja makan . sepatutnya aku belanja diorang . tapi kebetulan time pergi egypt tu kad bank aku problem tak boleh withdraw money * nangis ! 








sup dia paling sedap ! yang tak sedapnya ialah aruz billaban . manis tahap diabetis. no wonderlah negara arab ranking tertinggi penduduk dia ada penyakit diabetis tu * untungkan travel ke Mesir , duit murah . makan 4 orang baru 316.96 LE :) if dekat jordan ni hurm seafood dahlah tak fresh , mahal ! 

lepas lepak makan pergi main snooker :) hahaha ~ 

sambil tu dalam kepala rangka nak pergi mana . bosan juga sebenarnya travel sorang ni . ada housemate best jugak nak lepak . 

aku google tempat bersejarah dekat cairo , senang nak pergi dekat and save bajet . Alhamdulillah jumpa kubu salahuddin al ayubi . so cari musyrif sorang dapatlah member pakcik yang ada kat cairo tu . 

18 Februari 2015




* Salahuddin Al Ayubi ni sejarah dia ialah  perang salib . nak hurai panjang aku takut silap fakta maka google lah cara terbaik ye ^_^ 

~ dah kenapa banyak sangat gambar aku ? hahaaha dah blog ni aku punya suka hatilah :P 

kat egypt ni makanan dia sangat heaven so kerja aku asyik makan je . mana berat tak naik mendadaknya ! 



pagi petang malam semua makan kat luar kat kedai . ikut selera tekak rasa nak makan apa . lepas balik dari egypt terus tekak aku tak boleh terima makanan arab , hebat sangat penangan egypt ni . 

last tempat aku pergi Mansoura ! jumpa buah hati pengarang jantung kat sana . sampai mans masakkan bihun tomyam yang tak ada lauk ekat buah hati ni aduhai . takpelah balik masak kat malaysia . 




tak lama pun dapat spend time bersama sebabnya Yarmouk dah start kelas seminggu , aku tunda ticket flight pun sebab Jordan tengah ribut salji . so dapatlah berlama sikit dekat Egypt kalu tak tunda ticket memnag tak dapat jumpa queen ni . huhu .

23 Februari 2015

berpijak bumi nyata winter break dah seminggu habis so fly to Jordan . penuh pengharapan agar ada lagi rezeki untuk ke sini . mungkin bila Mekku and Amim grad , insyaAllah . 


p/s : ada tempat tempat yang private tak termasuk dalam journal ni :P 

kawan

kawan
kadang kadang macam lawan
kadang kadang kalah setan
kadang kadang rasa nak tendang
kadang kadang lawak dia menenangkan . 

kawan
terkadang aku heran
tertanya tanya juga pada sang awan
kau teman atau lawan
bicara seakan kawan
tapi perilaku persis setan .

0004
01 / 07 / 2015
Rabu
Irbid Jordan

selamat tinggal

selamat tinggal sayang
akhirnya kau pergi
tinggallah aku seorang
masih disini lagi
cuba berjuang separuh mati .

tahniah sayang
kau kembali dengan tenang
menggenggam sebuah kejayaan
aku senyum hadiah buat kau cemerlang .

pulanglah sayang
tunngu aku dengan tenang
akan aku cuba habiskan
sisa baki pengajian
hadiah untuk ummiabah tersayang
dan juga kau yang aku sayang

selamat tinggal sayang
aku mohon jangan kau curang
sudah penat rasanya
menanggung rasa
saat dibuang .

2318
30 / 06 / 2015
Selasa
Irbid Jordan 

sendirian

sendirian
ditemani angin malam
bersama kopi secawan
kelatnya terasa aman
walau manisnya tak menenangkan

jendela kubiarkan 
terbuka luas tanpa halangan 
angin menderu kesejukan 
resah keseorangan 

deruan angin malam 
seakan mengasyikkan 
jiwa berterbangan 
bersama bayu malam 

ingin ku ucap selamat malam 
buat dia yang ku sayang 
tapi terasa segan 
biarlah dulu 
dia belum tentu aku genggam 

2313
30 / 06 / 2015
Selasa 
Irbid Jordan 

senja

memang suka langit senja
kaki langit berwarna jingga
hati senang tak usah kata
bahagianya jiwa
ketemu jejaka pujangga

terbang enggang bersama pipit
terasa diri bagaikan bangau
entah kenapa terasa angau
dengan senyuman mu punya lesung pipit

bertahi lalat di tepi pipi
senyuman manis kalah permaisuri
oh wahai pujaan hati
terima kasih serikan hari hari

2023
30 / 06 / 2015
irbid jordan .

30 Jun 2015

tapi

manusia
punya sifat yang pelupa
sangat ketara .

contohnya bagaimana ?
sering kali lupa Tuhan saat dikurniakan kesenangan .

tidak malukah pada Tuhan yang menghadiahkan kau kesempurnaan dalam kehidupan seperti yang didambakan ?

ingatlah Tuhan saat kau sihat , saat kau sakit .
saat kau kaya pada juga saat kau miskin .

jangan pula bila kau miskin dunia terus jua miskin akhirat sana .

kau bakal rugi bukan berjuta abad lama tapi untuk selama lamanya .

0453
30 / 06 / 2015
irbid jordan

29 Jun 2015

suci

di hamparan ini aku bersujud
memuja MU wahai mulk
thabatkanlah hati hamba
dalam mengejar taqwa
menggapai redha
biarlah air mata suci
bakal menjadi saksi
di mahsyar nanti
1703
29 / 06 / 2015
monday
irbid jordan

ombak

hati monolog
mula terkenangkan 
ah cepatnya menjamah rasa
aku fikir mungkin perlukan berabad lagi
untuk memulakan semua langkah ini
masih keliru
hati dipersimpangan
andai ini takdirku
moga hati tenang
setenang lautan yang tidak berombak
air yang tidak berkocak
tanpa ikan berenang
isinya kosong
harapnya jiwa tak sekosong
tak setenang langit tanpa awan
moga hati terisi
dengan lafaz zikir
buat Ilahi
moga jiwa pasrah
mengharap redha Ilahi
0241
29 / 06 / 2015
irbid jordan

25 Jun 2015

kau dan aku

kau dan aku
kita sama saja
ciptaan Allah maha kuasa
beza kita cuma satu
pada amalan itu .

kau dan aku
kita tak ada beda
yang beda hanyalah taqwa itu .

kau dan aku
kita serupa
bakal pergi jua
menghadap pencipta .

kau dan aku
kita punya banyak jiwa
biarlah jiwa kita
tidak mati dari mengingati yang Esa .

kau dan aku
tujuan kita satu
biarlah hidup kita
mengharap maghfirahNYA .

kau dan aku
cukuplah hidup kita
hanya dengan mencintai sang Ilahi
cinta yang pasti kekal abadi
bertemu di syurgaNYA nanti .

0637
25 / 06 / 2015
mekah mukarramah .

17 Jun 2015

sepi

aku ciptakan kau puisi
puisi terindah
cerita bahasa hati
harapnya kau mengerti
sambutlah huluran tangan ini
tidak mampu sendiri lagi
harungi hari hari sepi
moga sepi itu terisi
dengan hadirnya kau disisi
agar aku tak sendiri lagi
hiasilah sepi ini
dengan kalimah suci
moga setiap sepi itu
sepi yang memuji Ilahi .

jadikanlah sepi mu sepi yang terindah - ummi ~

0020
17 / 06 / 2015
irbid jordan

khayalan

bintang bintang di angkasa
sepertinya hikayat marong mawahangsa
malam gelap gelita
rupanya sedang sakit derita .

puisi lagu cuba didendangkan
tak seindah pada khayalan
sakit merindu bukan kepalang
pergilah ia biarkan aku seorang .

0004
17 / 06 / 2015
irbid jordan

9 Jun 2015

usah

usah kau tangisi cinta manusia
kelak merana hati terluka .

usah dikejar cinta manusia
bila kau rebah sakitnya tak terkata .

ingatlah pada Tuhan yang esa
pada setiap nafas yang kau hela
Allah sentiasa ada
untuk menjadi pencinta yang setia .

carilah cinta Ilahi
disitu hidup abadi .

1437
09 / 06 / 2015
irbid jordan

7 Jun 2015

cukup

dalam hidup ini bukan aku tak perlukan teman
cuma takut pada kepura puraan .

dalam hidup ini bukan aku tak punya teman
tapi penat untuk membendung perasaan .

dalam hidup ini bukan aku tak ingin berteman
khuatir jika tersalah memilih bakal imam .

dalam hidup ini bukan aku tidak ingin berkasih sayang
sudah penat perasaan sakitnya saat kau curang .

dalam hidup ini bukan aku tidak ingin bermewah mewahan
apa guna harta dunia andai ke sana tak punya amalan .

dalam hidup ini cukuplah rasanya bahagia dengan apa anugerah tuhan .
punya sebuah kehidupan .
masih mampu tersenyum mengorak langkah ke hadapan .
sentiasa dalam rahmat kasih sayang tuhan .
kejarlah redha tuhan untuk sebuah kehidupan yang aman lagi tenteram .

1756
07 / 06 / 2015
irbid jordan

terima kasih

terima kasih daun keladi
kau tinggalkan aku begini
untuk alasan yang kau beri
kau fikir aku peduli ?

tunggulah suatu saat nanti
saat kau ditinggal sepi
baru kau sedari
hidup ini bukan mimpi

terima kasih berkali kali
untuk segala rasa yang kau beri
moga suatu saat nanti
bila dia pergi
mengangkat kaki
bosan dengan dirimu lagi
aku ketawa sendiri

1629
07 / 06 / 2015
irbid jordan

syukur

Alhamdulillah
hidup aku bahagia
dikelilingi keluarga tercinta
ditemani sahabat setia
berikrar bersama
saat badai melanda
atau
jatuh kecewa

Alhamdulillah
hidup aku sempurna
dianugerahkan ilahi kasih abadi
tersemai budi mengikat hati
moga tuhan panjangkan jodoh ini
hingga syurga yang abadi
biarlah hidup untuk ilahi
kerana manusia semuanya bakal mati

1551
07 / 06 / 2015
irbid jordan

24 May 2015

memori

memori semalam .
terlayar di ingatan .
memandang langit yang terbentang .
awan bergerak perlahan .
seakan mengerti rasa hati aku .
bagaimana mungkin lagi .
untuk aku khabarkan pada diri .
cinta manusia itu tidak seharusnya memiliki .
cinta manusia itu hanya sakit bagai nak mati .
lupakah pada siapa bakal kau kembali ?
tak perlu sakiti diri lagi .
usah dikejar cinta manusia .
tidak pasti bahagia atau derita .
cintailah tuhan yang Esa .
moga kau sedari hanya Dia yang selalu disisi .

1206
24 / 05 / 2015
irbid jordan .