30 Jul 2014

membebel itu hobi

sedar tak sedar alhamdulillah harini dah hari raya ketiga ! cepat sangat masa berlalu . alahai . rasa taknak bilang pun berapa hari je lagi masih berbaki untuk aku ke sana . nak menangis boleh ?

nak juga sharing here , finally aku dapat job ~ tapi belum minta permission ummiabah untuk terima tawaran ni . actually peluang keemasan ni hanya datang sekali je kan ? tapi aku risau la . hum yelah aku ni kan bajet alim konon suci . segan kalau nak bekerja dengan lelaki . * sila muntah hijau biru kuning sekarang !

bukan aku tak biasa bekerja dengan lain jantina aku , tapi serious aku rasa weird sangat . janggal . kalau kawan aku tu lainlah . budak sekolah rendah aku dulu pun aku avoid seboleh mungkin . harini ada budak sekolah rendah aku invite ke rumah dia , say sorry bro aku takkan join punya . and about my wedding pon , aku bebetul minta maaf aku takkan invite kengkawan sekolah rendah . eheh ?? tu hak aku kan ? budak sekolah menengah pon aku tak invite ke ?tengok lah siapa yang aku rasa nak invite .

bohong kalau aku cakap tak pernah langsung buat kerja dengan kaum lain jenis . dekat irbid biasa je sebab bagi aku , diorang lebih hormatkan kaum hawa . err ~ maybe ada juga segelintir yang tak tahu nak hormat orang perempuan macam mana kan ? itu lantaklah .

hum sekarang ni punyalah pening fikir macam mana nak terima tawaran tu ye ? aku bukan apa , still tak yakin dengan diri sendiri . yelah , orang selalu je perlekehkan kebolehan aku sampai kengkadang satu tahap tu , aku akan berlakon seolah-olah aku ni budak nerd yang tak tahu apa-apa . aku buat-buat bodoh buat-buat dungu . aku rasa tu better . and aku ada seorang kawan yang selalu je dia rasa dia betul . selalu rasa dia bijak , tu bagilah peluang kat dia . aku tak hadap pun punya kawan macam tu .

orang selalu cakap aku ni katak bawah tempurung sebab tak bergaul . tapi ada orang tahu kenapa aku prefer aku sendiri ? bagi aku ada kawan ni so annoying tau tak . belakang kita lain , depan pulak lain . belakang kita apa yang tak kutuk ? mengata mengumpat mengeji semua ada ! depan ? puji melambung woi . paling aku tak boleh blah . ada kawan aku pergi cucuk-cucuk buatkan aku dengan kawan yang sorang lagi sampai harini tak bertegur sapa . haha . pleaselah ! tu bukan suami kau , belum tentu suami !

sometime aku tak faham kenapa dengan manusia yang bernama perempuan ni . nak sensitif tak tentu pasal . so lepas daripada tu aku stop peduli dekat other people . jaga life aku sendiri lebih baik .

btw aku wakil dari family nak ucapkan selamat hari raya aidilfiti , maaf zahir & batin ~


 
my only loving family ~ selalu punya azam nak jadi baik tapi tak baik-baik pun . punyalah banyak ummiabah hadiahkan aku dress baju kurung jubah tapi still jugak dengan jeans lusuh kesayangan  *

30072014
wednesday 

29 Jul 2014

happy eid mubarak

alhamdulillah harini hari kedua raya . .

harini mak mertua invte p rumah . . thema untuk harini grey+darkblue !

thema semalam jubah hitam . make obervious from other lah . 

sebulan ramadhan . apakah kita di hari syawal ini masih kekal dengan perilaku di bulan ramadhan ? atau sudah kembali dengan tabiat lama .

aku sendri ta sure aku ditahap mana . alahai . muhasabah diri sendiri lagi baik .

selamat hari raya maaf zahir batin .

22 Jul 2014

hdr vs vsocm

aku ni manusia yang paling cerewet , mungkin ? dari sebesar-besar perkara until sekecil-kecil perkara .

P.I.C.T.U.R.E ! benda ni pon aku cerewet jugak ~ aku paling tak suka if gambar natural kita snap tu da cun tapi p tambah pula dengan macam-macam effect .

aku memang suka dengan hdr ni . gambar dia memang cun , tapi kalau da nak snap pic dengan effect  hdr setting la cmera tu dulu . kalau suka vsocm , edit dulu guna vsco tu . simple ! aku memang tak suka orang edit pic sampai tak nampak beza pipi dengan hidung . agak kasar mungkin bahasa ni . tapi tu hakikat . lainla kalau memang suka guna camera 360 . haha . apps 360 ni memang tada dalam fon aku . effect hdr tu pon tada . dalam camera je aku setting hdr effect adjust la expose tu mcm mna . tak pon edit pakai photoshop , photoscape and ape lagi eh ? ta tau ! aku punya ilmu memang cetek bab ni .

yang aku suka neutral picture !



ni memang neutral picture dari dua buah camera yang berlainan jenisnya . ~ tak jauh pon bezanya . yang penting apa jenis camera pon kita guna , pandai snap view yang cun ! tu je . pakai camera fon gambaq cun wei . cuma kelebihan dslr ni boleh zoom semaximum mungkin lah kan ^_^ . boleh beza mana aku snap dengan note II and mana aku snap dengn D7000 ? macam sama je . yang penting , pandai tackle view yang kita rasa kene dengan jiwa kita . tak usah peduli orang yang tak tahu nak menilai seni ni . hahaha !





empat keping gambar kat atas ni , semua orang ingat aku snap pakai dslr . actually aku pakai fon sony ericson lupa model apa then note II . tak payah nak bertekak gambar dslr lagi cun kalau kita ta pandai nak guna dslr tu . sekadar buat hiasan gantung kat leher ? hahaha ~ aku bukan nak kritik , tapi tu hakikat . aku pun pakai dslr time nak shoot scene cun ja . ingat suka bawak camera besar gedabak tu pergi tempat public ? serious gambar kat atas tu semua takda langsung aku edit . memang fresh aku transfer dari memory fon to lappy . edit insert nama blog je lah . hahaha *



this picture satu-satunya gambaq yang aku suka pakai effect hdr . bagi aku gambar ni punya value yang tersendiri . lgipun tak semua scene cantik snap without effect . sometime ada scene yang cantik if pakai effect hdr atau vsocm atau apa-apa saja effect yang kita rasa sesuai . kredit tu kecik snap pic ni use her fon , samsung apa entah . . lupa model tapi ada effect hdr untuk camera360 tu . aku punya gambar scene ni nampak pucat sebab ta pakai effect .

okey sekian bebelan aku . actually boleh terkeluar entri ni bila ada orang sibuk je kritik aku ta edit gambar then insta . haish manusia ! aku baru nak latih diri malas nak peduli dengan benda annoying ni . so kesimpulannya , dalam hidup kita ni kalau nak maju tak usah peduli dengan kritikan negatif manusia lain terhadap kita . melainkan teguran dan nasihat yang positif sahaja .


18 Jul 2014

masih amankah kita ?

dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang . yang maha pemurah . pemilik alam . selawat junjungan buat MUHAMMAD S.A.W .

aku menulis dari hati untuk ke hati . persoalan masih berbaki dalam diri . masihkah aman dunia ini ?

dimanakah nilai kemanusiaan ? mencari pada sesuatu yang ta pasti . keliru dengan ujian ilahi . meratapi sebuah mimpi ngeri .

gaza di serang . menjadi perhatian seluruh umat islam . namun apa daya ? hanya doa senjata ampuh kita .

17072014 . menjadi lagi tanda sejarah buat malaysia . pesawat mas ditembak peluru berpandu . meninggalkan persoalan negara manakah punya angkara . aku keliru dengan permainan dunia . moga semuanya aman saja .

ALLAH MUSTA'AN . dari DIA kita datang dan kepadaNYA kita kembali .

12 Jul 2014

qunut nazilah



kita semua sama hamba tuhan . 
dibawah lembaran bayu dunia . 
berpijak pada bumi milik sang pencipta . 
namun nasib kita dan mereka tidak sama . 
kita masih lalai hanyut dengan cinta dunia . 
tapi mereka syahid demi menegakkan syiar agama !

ganjaran mereka yang syahid tentunya syurga . 
bagaimanakah dengan pengakhiran hidup kita ?


ya Allah selamatkanh penduduk palestine . berikanlah kemenangan ke atas umatMU ya Allah . satukanlah hati kami umat-umat islam ya Allah . selamatkan gaza . selamatkanlah seluruh umat islam di dunia ini ya Allah . 


selalulah kita mengaminkan doa qunut nazilah , basahi lidah dengan kalam kalam Allah di bulan mulia ni . hargailah nikmat yang Allah anugerahkan . syukurilah setiap harta milik tuhan ! islam pasti bangkit ! islam pasti menang ! amin ya Rab pemilik alam langit dan bumi . 



rabiatuladawiahbaharin
1747
12072014



11 Jul 2014

BOIKOT ?

dah lama aku dengar isu boikot ni . dah lali ! boikot bermusim kan umat islam ni ? yaa mungkin ada yang sepenuhnya memboikot barangan dan product yang di keluarkan oleh musuh-musuh islam . tapi berapa peratus ? hanya 1% daripada 100% yang memboikot sepenuhnya . 98% peratus lagi ? hanya boikot sesetengah product dan boikot bermusim . boikot bermusim ni bila mana gaza diserang , maka kempen boikot dilancarkan . kemudian apabila keaadaan di gaza kembali pulih , ramai yang serbu ke mcd , dan sekutunya . tak usah cakap ! manusia ni pantang ada makanan percuma , kat situlah sanggup beratur panjang . sedar atau tidak itulah merupakan antara satu cara kita menyokong musuh-musuh islam . mengiyakan apa yang mereka lakukan terhadap saudara seagama dengan kita di gaza sana .

harini dunia leka dengan fifa world cup . kita bersuka ria bersorak riang meraikan kemenangan team favourite masing-masing . kononnya sedih bila pemain kesayangan tercinta cedera dan dikeluarkan dari fifa kali ini . meratapi kekalahan brazil yang diserang bertubi-tubi oleh pihak lawan . sedarkah kita saat itu juga musuh-musuh islam melancarkan serangan bertubi-tubi kepada umat islam di gaza ? tahukah kita umat islam di gaza sedang berperang bertempur dengan musuh-musuh islam hanya bersenjatakan batu bata dan bukannya M16 tergalas di bahu mahupun paling tidak bretta untuk menembak pihak musuh untuk membela diri . betapa hebatnya umat islam di gaza . mereka syahid ! pasti syurga buat mereka . alhamdulillah . sedangkan kita ? masih mampu bersenang lenang dan berbahagia . malah membantu tentera-tentara kafir dari segi bantuan ketenteraan . melalui apa ? membeli barangan dan product mereka . Allah ! sadisnya jadi manusia yang sanggup membunuh darah daging sendiri . . tanpa kita sedar , melalui pembelian barangan mereka , mereka mempunyai sumber untuk menghasilkan senjata menyerang umat islam . setiap peraliran wang kita akan dipersoalkan di akhirat kelak .

di bulan ramadhan yang penuh mulia ni . ayuhlah kita sama-sama mendoakan keselamatan umat islam di seluruh dunia . berdoalah kerana doa senjata mukmin ~ isilah masa dengan membaca doa qunut nazilah .



5 Jul 2014

maqlubah


maqlubah dajaj * 

ni menu berbuka semalam 04072014 . aku dapat berita toksu zul sakit pon semalam . ya Allah semoga KAU berikan kesihatan yang baik untuk toksu zul . AMIN ~ 

aku sebagai seorang cucu pon tak sempat lagi nak balik perlis lawat tok su yang kene serangan jantung and sekarang berada di wad icu hospital tuanku fauziah kangar . rancangnya lusa maybe aku balik . bergantung kepada situasi family aku yang kat kelantan pula . ummiabah sibuk , siapa yang nak hantar aku p stesen bas . humm * 

okey tak mau touching-touching dah nanti air mata mengalir laju lagi . saja nak share resepi maqlubah dajaj ( maqlubah ayam ) yang paling senang and simple . aku bawa balik sekilo kot rempah maqlubah ni . favourite food kat irbid . actually maqlubah ni best makan dengan daging kambing . tapi aku guna ayam je . dah ada ayam je as daging yang dalam peti ais . 

RESEPI MAQLUBAH : 

- nasi beras basmati ( aku guna beras thailand je . jadi jugak ) 
* rempah maqlubah ! 
- ayam / daging / kambing .
- kentang .
- bunga kubis .
- terung . 
- tomato * 
- timun batang * 
- daun pudina *
- garam 

# rebuskan ayam / daging / kambing dengan rempah maqlubah tu sehingga daging empuk .
# perasakan dengan garam .
# goreng kentang / bunga kubis / terung sekejap . 
# susunkan semua ayam / daging / kambing , kentang , bunga kubis dan terung di dasar periuk.
# masukkan beras dan air rebusan tadi . then letak la kat periuk elektrik tu :P .

untuk tomato , timun batang dan daun pudina tu buat sebagai salatah . potong kecil-kecil . * nak tambahkan cili padi dan bawang merah pon takpe :) 

enjoy your meal . aku lebih suka masak sendiri dari beli makanan kedai ^_^ 

menteri besar perlis melwat toksu zul . 

alhamdulillah syukur sangat nampak toksu dah makin sihat . semoga cepat sembuh toksu zul . kami cucu-cucu dan anak-anak toksu zul sentiasa doakan kesihatan toksu zul . terima kasih YAB Menteri Besar Perlis , kerana sudi melawat toksu kami .

love from kelantan :) we love you . tunggu cucu yang ni balik ye >:< 

kari udang mamak

kari udang mamak & udang goreng bendi :) 

alhamdulillah di saat masih ramai insan lain yang tidak ada makanan untuk berbuka , aku dan keluarga tercinta masih lagi boleh menyantap makanan yang lazat . ingatlah setiap apa yang Allah anugerahkan rezekiNya buat kita , tak salah kita berkongsi dengan insan lain yang tidak bernasib baik melalui bersedekah . pahala bersedekah di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ni banyak ganjaran pahalanya disisi Allah s.w.t . 

RESEPI KARI UDANG MAMAK :

- udang .
- kentang .
- tomato .
- bawang merah * mayang 
- bawang putih * mayang 
- kulit kayu manis . 
- bunga lawang .
- bunga cengkih .
- daun kari . 
- serbuk kari ikan .
- serbuk lada .
- garam .

1. campurkan serbuk kari ikan dan serbuk lada bersama sedikit air . 
2. panaskan periuk kemudian masukkan campuran serbuk kari ikan dan serbuk lada tadi .
3. masukkan bawang putih dan bawang merah yng telah dimayang tadi bersama kulit kayu manis , bunga           lawang dan bunga cengkih . 
4. masukkan kentang . tambahkan air . tunggu sehingga kentang empuk .
5. masukkan udang .
6. bila udang separuh masak , masukkan daun kari dan perasakan dengan garam .
7. tutup api dapur dan masukkan tomato . 

ikan cencaru sumbat goreng .

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT : 

- ikan cencaru . * lumurkan dengan garam dan kunyit .
- lada kering * kisar .
- air asam jawa .
- bawang merah * kisar 
- bawang putih * kisar 

# sumbatkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar , kemudian sumbat pula lada kering yang    
   telah dikisar bersama air asam jawa :)

nak jugak letak resepi iakn cencaru sumbatkan ? hahaha * 

2 Jul 2014

ikan pari asam pedas

alhamdulillah hari ni makan ikan pari asam pedas . ayam masak kunyit . udang goreng salut telur dan dihiasi dengan sayur sawi kukus .

syukurlah dengan nikmat tuhan .