29 May 2014

kelebihan kekurangan ROYAL JORDANIAN .

haish . . RJ ni kekurangan dia boleh aku kategorikan banyak lah kot :

- TICKET MAHAI SERVICE LOW !
- pramugari dia haram ta senyum pon time service pape .
- makanan ? berlapaq wei dalam RJ . 3 kali makan . sebab naik flight pukul 7.00 pagi so adalah breakfast kan ? breakfast dia , telur with sausage then roti . not bad la bagi aku sebab breakfast . then lunch ! aku ingat ada la nasi ke spaghetti paling kurang . apa yang sampai . . roti isinya sanyurah . hum ok . terima dengan hti terbuka . then bila sampai bangkok , transit kejap trunkan pnumpg , gerak ke klia bagi roti again ! seingat aku dulu , RJ punya service tadalah seteruk ni . makanan mewah kot . okey tu cerita 2 tahun lepas dimana aku ingat aku makan spaghetti with prawn
.
- toilet dia . urm tada orang bersihkan even dah terlampau lama digunakan . ROYAL JORDANIAN tada transit so faham je lah kalau penggunaan toilet tu melebihi 12 jam macam mana . sampai kat bangkok baru toilet dibersihkan .
- ruang seat dia agak sempit . i mean padat . if orang depan trunkan kerusi . . aku rasa macam nak terajang je . haha *maaf ta sopan .

kelebihan ROYAL JORDANIAN ?
- cepat sampai tada transit . transit bangkok sebab turunkan penumpang ja selama 45 minutes .
- PILOT ROYAL JORDANIAN daeebakk ! landing terbaik . ta terasa pon flight landing bagai . everything smooth je . alhamdulillah .

*nasib aku baik kali ni sebabnya budak lelaki thailand yang sebelah aku tu dia tukar duduk seat depan aku sebab tada orang . so seat sebelah aku tu kosong . then aku concer dua seat . oyeahhh . alhamdulillah rezeki . tidoq lenaaa . .

28 May 2014

flight delay ke ?

hum . punya la aku rushing dari rumah ummi p city mall jap . . pakcik memang speed perghh . . drift kot . lastly sampai airport , flight 0255 . humhum . rasa macam . . ahhh last ok lasttt naik ROYAL JORDANIAN . . ! lepas ni ummiabah bagi ke tak memang aku nak naik emirates , etihad , or other flight . not RJ .

even aku memang sayang dengan huruf R sekali pun . . ROYAL JORDANIAN ni boleh aku kategorikan macam . . hum . dah la seat ta slesa . service ta seberapa . *merungut .

sebak la mcm ni . nak spend time lagi ngn dorang semua . nak lagi nak lagi and lagi . bakal aku rindui . . irbid . haiyya . ok just waiting here . .

27 May 2014

sebelum fly ~

hari ni last day before bertolak ke amman ~ heuheuheu . harini brunch dekat enem ! alhamdulillah tercapai jugak cita-cita nak makan kat enem dulu before balik malaysia 4 bulan :)

aku takda lah kaki enem sangat , tapi best jugakla kalau malas masak nak lepak enem . lepas santai makan-makan kat enem dengan mok , kak ya and kecik . then aku dcde dengan kechikk nak pergi balad beli barang yang orang kirim . cari jubah ! mencabar minda dan jiwa bila kedai yang aku aim tu , stock dah habis . terpaksa aku and kecik cari kedai lain . hummm . its ok .

alhamdulillah last kedai yang aku masuk ada size baju yang aku nak and sesuai dengan jiwa aku . 25 JD selai ! not bad kain dia pon ok . sukasuka *

lepas beli jubah aku p balad basah kejap beli barang yang budak rumah kirim . last day jugak jenguk balad before fly . 4 bulan lagi jumpa balik insyaAllah . Aminn * sayu hati berat perasaan . eh sayang nak tinggal bumi irbid ! beli rempah maqlubah untuk family :) huhu family aku start ummi , abah , angah , achik , kakak baby semua suka makan nasi maqlubah . so angkut beli rempah maqlubah 1/2 kg . haha .

--------------------------------------------------------------------------

balik rumah sambung packing barang . setup semua benda . setel hutang . hum duit mengalir macam air . result ? ahhhhh . hum .

ni ja luggage yang aku bawa balik * 

kak ummu sakit hati tengok barang aku sikit ja . haha kak ummu maaf ler saya ni jiwa lelaki sikit . memang malas kot nak bawa beg banyak-banyak ! 

doakan permusafiran ini selamat . moga ketemu kembali bumi irbid bulan 9 nanti . gonna missing every momments here * i will miss you . 




berat hati nak tinggal irbid !


bye simsimah !

malam ni malam last aku kat irbid ~ 26/5/2014 ! berat hati nak tinggal irbid . bohong kalau aku kata tak sayang tempat yang banyak ajar aku erti kehidupan . susah senang semua kot >:< . uwaaa nangis sangat dah ni . aku manfaat kan hari 26 ni dengan lepak dengan kak kinah kat cuzins buat kali terakhir . k.kinah dah nak grad dah sem ni . good luck akk ! rabi wish the best for you * insyaAllah ada jodoh kita jumpa kat malaysia nanti . first time rabi dengar luahan akk . sungguh akak sangat qawiey . isnyaAllah Dia lebih tahu yang terbaik buat akak . thanks k.kinah banyak ajar rabi tentang nilai sebuah kehidupan . 

harini jugak hari penat aku . banyak kali try to withdraw money kat yarmouk mall tapi failed ! naik malu dah aku dengan guard kat situ . ^_^ . dengan muka frust balik rumah ajak bebudak ni kluar teman aku lepak , then pergi makan kat hadramaut . kenyang isi perut , rest jap then jalan dari hadramaut tu ke arab bank . takda lah jauh sangat 2kilometer je pun . hahaha * kat malaysia ? haram nak jalan kaki cek oii . sat lagi orang kata aku gila pulak . 

hoyyeee ! kat arab bank boleh aku keluarkan duit . huhu duit semua nak bayaq hutang sebelum balik t.t . sebak sungguh hidup . menangis jugaklah bahagian untuk shoppping this year tadak . takpe shopping malaysia more heaven then shopping sini . pergi carefoure pon beli barang dapur je . 

-------------------------------------------

balik carefoure dah nak maghrb . duduk rehat dalam rumah kejap lepas isyak keluar dengan kecikk pergi aqsa 1 bayar sewa dekat ilham and bagi borang dekat faris . dari aqsa 1 aku dengan kecikk jalan godek-godek balik simsimah ambil barang then panjat aqsa 2 bayar hutang solihin then aku balik rumah simpan barang ( nasib solihin jiran aku )  . nak fly dah 28/5 pagi nnt . insyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan . 

-------------------------------------------

lepas kemas barang packing sesiap .. aku ajak kecikk pergi withdraw money again dekat arab bank . jarak aqsa 2 and arab bank tadak la jauh sangat tapi aku dengan kecik jalan , 20 minit jugak la sambil layan perasaan . masing-masing sebak kot nak tinggalkan irbid ni . * nangis lagi ! sampai je sakan kuning kiteorang decide nak lepak lebnani kejap sambil call muraqib . hihi :) muraqib ni kalau mintak dengan sorang hamba Allah ni alhamdulillah tidak pernah menghampakan , tidak pernah mengecewakan ! terima kasih sangat jadi muraqib yang sangat baik . rasa nak bagi anugerah # wink.wink . aku order choclate milkshake 2 strawbry susu 1 . untuk muraqib kene la bagi jugak . sebab before ni tak pernah kot aku bagi pape dekat dia if dia muraqibkan aku . * maaf sangat ~ rasa kejam pulak :( . 

bila muraqib dah sampai aku and kecik jalan godek-godek ikut muraqib , sampai dekat dale3 jumpa syabab . maaf kami ada muraqib jangan pandang kami pelik . 

okey dah , panjang pulak nak type enty kali ni . happy ? alhamdulillah syukur dengan nikmat kurniaan ilahi . just waiting for tomorrow . nak shopping barang orang kirim and boleh bergerak ke amman ! hoyeahhh . moga Allah permudahkan segala urusan esok hari . aminnnn !  


23 May 2014

mati itu pasti

harini aku dikejutkan dengan berita pemergiaan nenek kakya pada awal pagi .

aku dapat mesej dari ummi kira-kira jam 10 pagi waktu jordan . ummi mohon maaf kerana ta bagitau awal . ya . . perginya seorang nenek yang aku sayang . aku menumpang kasih dan belaian dari dia . ya ALLAH . lemah . longlai . ta kuat . tersungkur rebah menyembah bumi .

tuhan kuatkan aku . berikan aku secebis kekuatan . minda aku hanya terbayang orang orang yang aku cintai . moga kau lindungi mereka , sayangi mereka , jagalah mereka ya ALLAH .

ma moga tenang di sana . doa anak cucu yang soleh dan solehah mengiringimu .

moga ma ditempatkan dalam kalangan orang orang mukmin yang bertaqwa . aminnn ya rabbalalamin . amin amin amim . .

21 May 2014

Scorpions-Always Somewhere LYRICS





jiwa tengah kacau . teringat kat ummi . ummi suka sangat lagu kumpulan scorpion ni . jiwang jugak ummi rupanya ye . hahaha * ummmii rindu seluruh jiwa ! rindu semua orang . ok nak focus study pon tada mood .

7days left ~ 22 , 23, 24 , 25 , 26 , 27 , 28 fly . insyaAllah :)

kenangan semalam .

kenangan itu sesuatu yang sukar untuk dilepaskan .

kenangan itu bukan mudah untuk luput dari ingatan .

kenangan itu mungkin sesuatu yang menyakitkan .


dan sebuah kenangan itu sampai bila takkan dilupakan .

*cerita semalam hanyalah tinggal kenangan . akan dicoretkan lagi sebuah kenangan pada esok harinya . sampai kapankah ia akan berulang ?

20 May 2014

manusia .

manusia sering lalai . lalai dengan nikmat tuhan .
manusia sering lupa . lupa akan tuhan .
manusia sering leka . leka dengan syurga dunia .
manusia sering hanyut . hanyut dalam kemaksiatan .
manusia selalu buat maksiat . kerana rasa maksiat
itu nikmat .
manusia selalu rasa diri hebat . kerana tiadanya rasa syukur pada yang MAHA HEBAT .
manusia sentiasa ingin hidup bebas . kerana merasakan dunia segalanya .
manusia sentiasa inginkan nikmat tuhan . tapi manusia sering kali lupa untuk mensyukuri setiap nikmat yang diberikan .
# jangan kau rasa bangga dengan nikmat tuhan andai kau tidak kenal apa itu erti sebuah kesyukuran .

nafsu perempuan !

alhamdulillah . harini hari paling banyak makan . ! dari celik mata pagi tadi makan magi kari sotong .

then makan cucuq ikan bilis .

lepastu kononnya nak pergi jumpa pakar mata sebab yana sakit mata tapi doctor pulak tada .

bila doctor tada kami dcde pergi lepak cuci mata kat carefoure . hahaha . *manusia yang tak sedar diri esok final exam . okey boleh menangis sekarang !

kat carefoure memang niat di hati nak cuci mata je tapi maaflah . bila dah namanya perempuan . . mesti ada yang sangkut punya .

benda yang menarik perhatian aku , beg lee cooper ! haha antara favourite brand aku . kasut and sandel lee cooper memang kesayangan aku lah . aku
grab yang kaler black and grey . senang nak matching dengan semua jenis warna baju nanti .

dari satu kedai ke satu kedai kiteorg melangkah . semua kedai boleh dikatakan kami jelajah . biasalah carefoure irbid kan baru je beroperasi tapi ta semua kedai buka lagi .

final destination . . carefoure . . tempat memang wajib masuk . beli barang rumah . . yana beli donut . hehe .

such  a good day sebab dapat grab beg yang simple tapi cantik pada pandangan mata aku . pandangan other people ? apa aku kesah .

balik rumah lepak kejap sambil makan donut yang yana beli tadi sambil tunggu maghrib . edah masak kari ayam ooo + nasi kuning . *muahhh sayang ko kecikkkk . #actually aku yang masak harini tapi
tukar jadual sebab aku exam esok .

aku kalau bab kari memang laju sangat . kari udang . kari ikan . kari daging . kari ayam . kari telur . memang aku hantu kari . tomyam and sup pun aku hantu jugak !

btw jom kita syukuri dengan nikmat hidup yang tuhan anugerahkan ni . alhamdulillah harini hidup aku memang colourfull sebab dikelilingi kawan kawan yang owsem and sporting . thanks god .

17 May 2014

syukurilah apa yang ada

bismillah ~ syukur dengan nikmat ilahi dengan nafas yang diberikan untuk hari ini .

semalam gathering dengan budak kelantan yang ada kat irbid ni . hoho . agaklah first tu annoying sangat sebab terpaksa dengar talk yang panjang berjela . lapaq oii ~

haha bila dah sampai dekat puskom aku edah and amak memang malas nak masuk . orang ramai . jadi tumpuan mata-mata manusia memang segan . plus perut berkeroncong bergendang ketapi bagai ah . aku and edah buat keputusan untuk ke kedai beli something yang boleh buat alas perut . memang lapar sangat !

dari puskom ke kedai runcit paradise yang dekat aqsa 2 . tada roti yang aku suka then jalan pulak ke simsimah . haha tempat penemuan cinta hati oh simsimah tu  * lalalala .

lepas beli air and roti aku dengan edah terkedek-kedek berjalan balik ke puskom . sampai puskom makanan belum lagi terhidang . ahh muka memang kecewa tahap dewa . penat . banyak benda lagi nak kene study . * panahan study last minute !

setengah jam menunggu . akhirnya masa yang aku memang tunggu tiba jugak . aku ke dapur untuk membantu apa yang patut . *tunjuk rajin ja sebenarnya . hoho .

bila dah sampai makanan memang aku serbu lah tak ingat dunia . ayam bakar beb ! ada pencicah pulak tu . tapi sayang , makan dengan mee goreng . muak sangat . seharian perut tak terisi makanan berat , dari breakfast sampai makan malam pun still makan benda berkanji . orang yang gastrick tahap critical macam aku ni memang naya lah . sampai sekarang effectnya ni !

moral from aku punya story satu ja :

- SYUKURILAH APA YANG ADA .
- jangan pernah merungut dengan rezeki tuhan .

sekurang-kurangnya aku still dapat makan . kenyang pulak tu . ada lagi insan yang lebih bernasib malang . tak makan berhari-hari . kelaparan . langsung tiada bekalan makanan . pelarian syria palestin tu macam mana ? dah makan ke mereka hari ini ? seluruh umat manusia kat dunia ni . tak semua dapat makan dengan sempurna . ada yang mati kelaparan . Allah ... betapa manusia takkan pernah kenal erti kesyukuran . malah alpa dengan nikmatMu ya tuhan  .

 bergambar kenangan bersama ahli bkan KMKJ . 

tahniah dan takziah atas perlantikan sesi 2014/2015 . semoga YDPAH kita mampu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya . Ameen ! tahniah juga buat kak malin dan kak safuhah atas jawatan sebagai biro ekonomi dan perwakilan mantiqah . moga KMKJ makin mantap dari pelbagai aspek . 

15 May 2014

princessbulkhead

rindu . rindu team bulkhead yang owsem . rindu segala kenangan dengan team bulkhead . the best team .

ukhwah itu indah jika disulam keikhlasan . am i right ?

bittauffeq imtihan nihaie ni . hope ilmu yang kita dapat manfaatkan sebaiknya . biar ada beza orang belajar ilmu agama dengan orang yang jahil tentang agama .

12 May 2014

helwi day 2014


bismillah ! assalamualaikum w.b.t . haha lama ta menaip entry . so that kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku kerja under helwi permai bagi sesi 2014/2015 .

the best teamwork ever aku cakap ! serious okey * maybe sebab team ni tak campur dengan syabab membuatkan aku selesa untuk bekerja . alhamdulillah team ni diketuai oleh seorang yang penyayang lagi baik hati . hihihi iaitu kak wan ajeerah binti wan mustafa atau lebih dikenali sebagai kak ikan buntal . hewhewhew ~

aku sayang team ni . rasa macam sekejap je kerja dengan mereka ni . dari ROAD TO HELWI DAY until HELWI DAY yang berlangsung pada 10 MAY 2014 SABTU yang bertempat di IQTISAD JADID YARMOUK UNIVERSITY IRBID JORDAN ! 

Director untuk program HELWI DAY ni kak sayyidah thaqiyyah binti sazali . orangnya lemah lembut sopan . suaranya memang pergh padu okeyh . nasyid pon best ! tarannum tak payah cakaplah . hafizah lah katakan . *

kak amnah yang deco luar dewan sangatlah menarik idea kreativitinya memang mantap . sangat cantik . :) secantik tuannya . the best thing time video gimik memang sangatlah menariknya ! 

aku bahagian teknikal program , banyak sangat benda yang aku belajaq ! dari sekecil kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara . mengajar aku untuk lebih matang dalam menangani setiap permasalahan yang timbul . alhamdulillah syukur dan selesa aku kerja dengan team ni . thanks a lot kepada ajk teknikal . korang memang mantap . tak lupa juga jutaan terima kasih buat semua team pelaksana helwi day ! tanpa usaha sumbangan tenaga kerja dari semua pihak tidak mungkin kita mampu menjayakan program ini . dan tanda izin dari Allah S.W.T serta redhaNya tidak mungkin program ini dapat berlangsung dengan sempurna .

ok sampai sini saja . final exam start 18 MAY 2014 ni so that nak kene study dah ! hoho :) 

RABIATUL ADAWIAH BAHARIN 
1308
PLAZAHOME SIMSIMAH .