29 Aug 2014

gemuk

eheh . buat apa waktu ni ?

lepas perut kenyang makan , ambil handfone hadap twitter hadap instagram bagai . macam takda life .  otak ligat fikir idea nak buat apa ya untuk isi masa lapang kembangkan minda ?

kosong . idea lose . tak tahu nak buat apa . just imbas balik apa yang aku buat hari ni ~ pagi tadi bangkit awai p rumah tokcu . lepas p rumah tokcu p toyota kangaq sat . balik dok rumah santai then lena . bangkit petang solat asaq and solat zuhur . rasa lapaq p dapoq goreng teluq makan nasi dan kicap . kenyang . p dapoq nak buat ayaq milo si syahril idzwan nak roti bakaq . buat sat kat dia . then si syahril idzwan and syahril ikhwan ajak aku p ronda keliling bendang . tamat aktiviti petang hari .

malam tokmi tokwan ajak dinner . hai ni lemah semangat eden ni . baru nak diet . huish . aku nampak dah betapa diet aku akan hancur .. ish selama ni diet ka ? haha . ni baru nak start diet tapi dah tau mesti makann syok punya !

sampai rumah tokmi kat kubang gajah masuk je rumah pergh bau sambal menusuk hidung lah . aircond punya pasai la ni habis satu rumah berbau . herher . jenguk meja makan , mak aih . menggoda sungguh masakan tokmi ni . haiseh . tambah sekilo la berat aku malam ni . makan makan makan . seafood banyak , tambah sampai tiga pinggan nasi . hahaa .

dulu awal awal balik berat aku lose 10kg . now tengah menaik . takpelah nanti aku p sana kotla kuruih pulak kan ? berangan la sangat . ye lah kene kuruih la sat g suami lari naya . menangis ayaq mata darah sekali pun tak guna dah aih .

semua orang tequq kata aku makin bambam . haiyya . takpa lah aku tak kesah pon aih . yang penting sihat . boleh makan . kesihatan di tahap yang baik takpa ja . aku memang nampak bulat tapi zumba and squat aku tak tinggai . gemuk gemuk je lah yang penting peha , punggung , perut kena jaga . herher .

bagi aku takda masalah pun orang gemuk ni . teddybear gitu . syok buat peluk . kuruih tak best nak peluk . gemuk gemuk jugak . jaga makan . nasi jangan banyak sangat . aku makan nasi sampai tiga pinggan pun totall carbs aku still 300gram . banyakkan protein . aku tak makan sangat ayam . aku lebih suka makanan laut . ikan betterthan ayam .

zumba benda yang paling syok buat . tak perlu lama . buat sejam pun dah cukup buat kita berpeluh bakaq kalori . squat pon buat baguih untuk perut . aku tak sanggup lemak banyak berkumpul kat perut . kene lose weight banyak lagi . semua orang sekeliling dah complain about my weight . muka aku pun yang dah makin gelap ni jadi perhatian habis satu family . herher ni gara gara banyak hari dok berjemuq kat pantai . insaf dah malas nak p pantai sangt dah aih . kecuali nak p dating . haha .

23 Aug 2014

kekuasaanMU

angin bayu menyapa lembut pipi gebu .
termenung sendirian di pasir itu .
deruan ombak irama nan syahdu .
seakan mengerti rasaku .

laut langin membiru .
awan memutih bergerak laju .
hebatnya kekuasaanMU .
buatkan ku terkelu .

lambaian dedaun menghijau .
mengusik minda kacau .
hayati kebesaranMU .
memberi rasa sayu .

rabiatuladawiahbaharin
1718
23082014
pantai yang berombak

17 Aug 2014

jiwa yang tenang

cuba tengok hati kita macam mana . okey tak ? ada rasa dendam , benci , menyampah , meluat , tak puas hati , dengki dengan orang lain tak ?

kalau ada boleh cecepat reset hati agar kembali normal . hati manusia ni something yang rumit . susah sangat nak jaga . istighfar dan zikir tu penenang hati dan jiwa .

-dah lama tak bersweet macam ni . awak imtihan saya bacakan doa dan iringi awak dengan bacakan yasin dan surah surah lain . agar awak tenang tanpa gelisah dipermudahkan segala urusan time jawab exam . saya harap awak berjaya dalam citacita serta kerjaya dunia awak dan dapat ganjaran di akhirat nanti .

bila keluar status macam tu ada yang akan cakap bajet suwit la semua tu . korang tahu ke dekat siapa dia tujukan ? mungkin adik dia atau abang atau kakak atau saudara mara dia yang lain dan tak lupa jugak dekat kawan dia mungkin !

manusia tuhan kurniakan bersama jasad yang cukup sempurna bersama sekeping hati berserta akal yang sihat lagi waras . hati . jangan mudah prasangka buruk dengan orang lain . lama lama jiwa yang merana diri sendiri yang rugi . so lets move on . no more nak dengki nak sakit hati dengan sesuatu yang tak berbaloi . semua benda cuba fikirkan postve dia tu . bersangka baik is the best thing in our life !

nak lagi dapat hati yang bersih dan jiwa yang tenang ? baca alquran ! damai dapat dirasai dengan mengingati tuhan . trust me .

aku penat . lelah . cukup lemah untuk menolak segala tohmahan dan lontaran kejian hinaan dari manusia lain . ya aku tak sempurna malah takkan pernah sempurna . punya banyak kelemahan banyak kekurangan . tegurlah bila aku lalai . tegurlah bila aku hanyut .

dan aku sudah biasa untuk menangis serta ketawa sendiri . aku tak perlukan insan lain untuk sama sama ketwa dengan aku , sama sama menangis dengan aku . aku punya family yang sayangkan aku . aku punya tuhan yang selalu ada untuk aku .

setiap hari aku bangkit dari tidur . tiada apa yang aku harapkan melainkan redha tuhan sepanjang aku hidup . melainkan kasih sayang serta rahmat tuhan buat semua manusia yang aku sayangi yang aku kasihi . buat semua umat manusia yang tuhan ciptakan . aku selalu mengharapkan aku mampu jadi yang terbaik . walaupun aku tak baik . tapi aku cuba setiap hati untuk sentiasa baiki diri agar menjadi baik .

nilailah aku pada luaran . nilailah pada pandangan mata kamu . kerana apa yang lebih aku harapkan ialah pandangan tuhan terhadap aku .

9 Aug 2014

family gathering

[ 08082014 ]

punyalah lama planning nak buat family gathering ni dengan family belah abah ~ fuh fuh alhamdulillah finally semalam terlaksana jua hajat .

family gathering ni bukan semua pun adik-adik abah dapat datang . biasalah masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing . yang ada adik abah no 4 , iaitu ayahchik aku . then sepupu abah yang aku panggil dia ' moklong ' . actually abah aku anak tunggal if ikut satu mak satu ayah . tapi bila meibatkan lain mak lain ayah ni , family belah abah aku jadi besar sangat .. adik beradik satu mak lima orang termasuk abah tapi ayah lain then satu ayah lain mak , ramai lagi ! okey berhenti membebel .

sebab lama tak jenguk diary comel aku ni so aku nak share la kebahagiaan aku semalam kan . asyik dok luahkan ketidak puasan hati dan kekecewaan je . tak adil pula rasanya :P


sesi BBQ . *chicken :) 


*fish . ada jugak request nak kaki ayam . abang hakim punya fav !


versi thailand punya rempah ! marbeles habis :)


ayahchik , irfan , ilham , ilmi ! 


abah punyalah semangat borak , ummi dengan gadgetnya ~ 


ini budak menangis tak bagi orang potong kek .


birthday ilham actually tapi dia yang melebih . 

heh ni je ke ? hoho . gambar whole family tak proper rasanya nak upload here . biasalah dalam reramai tu mesti ada sorang dua yang terselit pakaian tak cukup syariat . jom shutdown lappy then bawak budak-budak ronda pantai ~ :) kesian pulak dari semalam lagi nak p pantai . kalau orang tua boleh juga bagitau aku demam and minta faham , ni budak-budak . jumpa aku pun setahun sekali je . 

5 Aug 2014

rasa itu anugerah tuhan

manusia dan perasaan .

manusia dan kehidupan .

manusia dan kematian .

adakala kita akan rasa bahagia , adaketika kita rasa kecewa .

menyangkakan kebahagiaan kekal selamanya .

tapi kita lupa . alpa dengan nikmat dunia .

pinjaman sementara semata .

terkadang dalam tawa ada gerimis yang mengundang .

dalam bahagia ada derita yang bertandang .

dalam suka ada cerita tidak menyenangkan .

rasa kecewa itu pengubatnya hanya mengadu pada tuhan .

bukan pada manusia hanya akan membebankan .

ketawa dalam duka .

senyum dalam sendu .

apa mungkin terus begitu ?

rindu bertamu sukar diusir agar berlalu .

takut meletakkan harapan pada sesuatu yang belum tentu milikku .

tuhan ku pohonkan agar ada jalan terbaik untukku .

mengiring bahagia kejayaan tercipta buatku .

sekiranya dia mampu mengajarku taat perintahMU

bimbinglah hati ini .

agar tidak tergelincir dari landasan syariatMU tuhan .

kerana rasa itu anugerah tuhan .

amin ya RAbbul izzah .



salah satu bunga favourite aku . yang lain ? nanti kalau aku rajin aku update.

rabiatuladawiahbaharin
0154
0508
malaysia