30 Jun 2016

entahla labu ~

aku tak pasti nak nangis atau nak gelak kat diri sendiri . 

tapi rasanya its better like this : HAHAHHAHAHHAHAA ... maybe ? 

paling tak , takkan ada orang tahu yang aku punya tahap kesengsaraan tu dah critical . icu , ccu . hmmm ? paling cun kalau depan orang lain aku boleh tayang aku punya bahagia , kan ? betullah , bila sedih baru cari Tuhan . bila tengah bahagia lupa siapa yang berikan rasa bahagia tu . lumrah betul manusia macam ni . bila sedih baru 24 jam berzikir kalau boleh non stop sebab nak kuatkan jiwa ngan hati . solat hajat segala solat sunat semua nak buat , AlQuran pun tak tinggal . typical betul kan ? 

tapi memang tu fitrah manusia . Allah uji memang untuk kita dekat dengan Dia . even aku pendosa tak layak nak cakap benda ni , tapi always ummiabah bagi aku kata kata positif , jangan pernah buruk sangka dengan Allah . Dia bagi ikut sangkaan hamba Dia . so always positif even kau tahu benda tu susah . always positif even kau tahu harapan kau tipis . 

kalau boleh nak jadi bebudak , tak fikir masalah and takda masalah dunia pun . tapi proses kehidupan manusia ni , sampai mati . oh mungkin juga rasa ni aku bawa sampai akhir hayat ? 

sakit . nak mengadu kat manusia , takkan ada yang tahu macam mana rasa sakit tu . even aku sendiri pun tak boleh nak describekan macam mana rasa sakit tu , apatah lagi nak bagitau orang lain kan ? 

takpelah , sakit tanggung sendiri . bukan salah orang lain pun tapi salah diri sendiri . yang kalah dengan benteng pertahanan diri . kononnya kuat . kononnya jiwa sado . tapi ? itu semua dusta . HAHAHAH ~ 

orang lain malam akhir ramadhan ni , cari ketenangan kebahagiaan buat amal untuk bekal akhirat . yang comfirmnya hidup kat sana selamanya tapi aku fikir masalah dunia pulak . adoii , hmmm ...

hmmm terdengar sayup je suara syeikh makmum baca quran . boleh salurkan ketenangan . semoga sentiasa kuat , sakit itu normal untuk manusia .

19 Jun 2016

move on ?

matahari 
yang bisa saja tersenyum 
memberikan cahaya dari kegelapan 

cuma mungkin 
walaupun sang bulan 
katanya menerangi kelam malam 

namun mana mungkin secerah mentari menyinarkan cahaya pada seluruh alam ? 

katanya panahan mentari itu bisa merosakkan sel sel kulit. tapi paling tidak ia tidak mampu merosakkan sel sel hati , kan ? 

berkali aku ingatkan , biar terdera pada seluruh jiwa dan raga asalkan kau tak punyaa rasa sayang pada manusia . tapi lumrah manusia , yang selalu leka , alpa dan akhirnya mampu bunuh segala rasa . tak mengapa , 
biar sakit asalkan kau mampu bangkit . katanya aku harus move on lupakan kisah yang telah berlalu , kata aku biarkan takdir Tuhan yang memberi penentu . moga bila tiba saat Tuhan sedarkan aku bahawa aku tidak punya harapan lagi , aku mampu lalui hari hari tanpa kau disisi ~ 

aku harus yakin pada takdir yang Esa , Dia mengetahui segala yang ditadbirnya .  

28 May 2016

mati

andai mati itu mudah dan tidak payah 
ramai yang memilih untuk mati 
saat terasa diri tidak mampu 
bertahan pada setiap ujian dan dugaan 

tapi mati itu lagi payah 
dari meneruskan kehidupan 
dan berserah hanya pada takdir Tuhan 
Dia telah berikan janji 
bahawa setiap kesulitan punya penyelesaian 
dan berdoa lah pada Dia
hanya kerana Dia yang memegang doa itu . 

last papper with tanmiah . rip ~ 🌹

pertahanan

pertahanan diri harus kuat 
pertahanan jua pada jiwa dan hati 
agar suatu saat nanti 
andai jatuh mampu bangkit 
andai ditinggalkan mampu berdikari 

dan seharusnya 

sentiasa ingatkan diri 
biar terdera pada jiwa dan hati 
agar tidak menangisi 
pada saat ditinggal pergi 

1129 

i miss the 29 girl * 
 

20 May 2016

lbp or vertigo ?

Nose bleeding , low blood presure , vertigo ? 

dah lama tak darah hidung dengan darah yang banyak . hum nampaknya im totallyy lost my blood tonight . nak pengsan pun ada . tapi sampai bila nak lembik ? mohon lah kuat sikit . sometime menyampah dengan diri sendiri sebab tak kuat langsung . 

kaki cramps ~ 

again mengeluh . 

tadi aku suspect low blood presure tapi takda lah nak stress ke mende . stress exam sebab susah kot ? tak pasti . 

bila rasa inbalance je darah dalam kepala terus suspect vertigo ! suka sangat buat andaian sendiri . sebab aku paling malas nak p hospital dekat irbid ni . sakit hati . bayar ubat memahal , ubat entah pape . takkan aku nak makan . then jawapan dia awak okay , takda pape . tekanan darah okay . aku ni explain about vertigo doctor pulak tak faham . last last sakit teruk macam mana pun stay on bed at home je lah . jimat duit . jimat masa . jimat tenaga . tak susahkan muraqib . 

aku pulak blurr , takkan la doctor tak tau vertigo  tu apa . or ada nama lain yang aku tak tahu ? muahaha krikrik betul . kang senang kalau ambil medical dulu . *oh please hakikatnya aku nak baca buku raqabah pun seru semangat study kan main susah .  

ceritanya malam ni kehilngan darah separuh gelas . esok kalau sakit kepala pening ni mula la meroyan nak balik . winter pun nose bleeding summer lagi la teruk . tadi pun jeny tegur muka nampak penat . semalam kak farah tegur muka penat . aku ni memang jenis muka tak da darah sangat ke macam mana ? selalu je orang tegur muka pucat . dah nama pun tak cukup darah kan ? 😂

dua tiga harini banyak je benda tetiba lost . nak berjalan tak strong tulang . pandangan tetiba lost . itu normal bagi aku . yang tak normal bila nak bangun time tidur , pening ! takkan teruk sangat vertigo aku ? ada kaitan ke dengan nose bleeding eh bila vertigo ? google tak membantu sangat . plus minus aku memang kena someone explain dari A until Z . 

kaitan ke dengan aku amal vitamin epo ni ? epo orang gastric kena dapatkan guide doctor tapi aku abaikan yang penting jaga breakfast . aku tak strong kalau tak take breakfast je . 

pakai spec pun mata rasa tak kuat . oh no . i need some sleep maybe ? 

kalau ummiabah ada comfirm dah tidur bawah ketiak ummiabah sesakit macam ni . belum esok , malam ni pun dah meroyan homesick . 


19 Apr 2016

Gastrik dan kisahnya ~

0356 
19/04/2016 

Awal pagi lagi aku dah tersedar dari mimpi yang tak seberapa nak indah . herher sebab tak tau mimpi apa . gara gara gastrik menyerang , aku dah rasa nafas mula tak stabil tapi maintain cool lagi lah nak sahur kan . hahaha ~ lepas sahur memang fikir nak p hospital tapi urghh 4 pagi kat sini nak p hospital naik apa ? unta pun takda . aku gagah jugak diri telan ubat gastrik . tilik muka sendiri kat cermin pun rasa takut pucat sangat yakni kalau toreh pun darah tak keluar . 

aku punya tahap gastrik ni memang dah habis stage dah . kiranya memang the last stage . kalau ada 11 stage maka gastrik aku tu yang ke sebelas . aku sendiri pun tak boleh nak handle . 

sakit dia tu separuh nyawa rasa macam tercungap cungap tak cukup oksigen . dulu first time kena memang aku mengucap je . that time kena kat malaysia . nak susahkan ummiabah kejut tiga pagi segan . end up tahan sendiri sakit even berpeluh peluh dalam bilik yang sejuk * bila dah banyak kali kena tu baru tahu kena p hospital sebab gastrik dah kritikal . time tu nak nangis pun ada . no wonder la ummi sangat jaga pemakanan anak anak kesayangannya . 

bila gastrik banyak benda yang orang normal boleh makan kau tak boleh makan . 

aku memang hantu sangat kalau makanan tu pedas sampai meleleh air hidung * hahhaha geli lol . lepas tu bila dah start rasa gastrik mula la menyesal makan . 

something yang bergoreng dan berminyak . mak aih kalau makan daging goreng minyak dengan bawang tu memang dua pinggan penuh nasi la aku makan . tapi hakikatnya orang yang gastrik kritikal ni tak boleh makan benda yang oilyyy . err ^^ sometime makan telur goreng pun dah ura ura pedih ulu hati . so annnoyying . 

bila gastrik dah kritikal sangat sampai tak boleh bangun aku memang akan duduk posisi sujud atas katil . sakittt tak tahan sangat kengkadang aku boleh tertidur je dengan macam tu . 

ubat dah takda fucntion pada aku . dulu zaman kecik kecik gastrik makan ubat kapur tu . euuu rasa dia sangatlah macam kapur . ada aku mengelat makan ubat sampai main kejar kejar dengan abah . huahua . tak tahu nak cakap macam mana betapa ubat tu sangatlah tidak sedap . tetambah kalau ubat dari gov punya . tapi mostly ubat gastrik aku kbmc punya lek lagi lah nak telan . kiranya dia punya mint tu rasa nyaman je bila masuk tekak dan melalui perut . muahahhaa ~ 

bila dah besar sikit dan belajar jauh dari ummiabah , aku stop makan ubat kapur tu . dah rasa besar kan . boleh handle diri sendiri kekononnya . tapi hakikat bukan gastrik makin kurang . dah dok tahap last dah . sampai saat bila dah pengsan tu memang aku kurang segala benda dalam badan . kurang kandungan gula , kurang kandungan darah , kurang energy dan rasanya IQ pun kurang . kalau IQ tinggi tak tinggal ubat gastrik tu . 

maka aku pun beralih pada ubat gastrik tablet . aku makan bila rasa rasa gastrik tu nak muncul atau memang dah teruk sangat . tapi time tu telan 24 biji pun takda effect . melainkan aku berzikir je sambil menangis bayangkan ummiabah ada dengan aku sampai tertidur . hahaha sooo child !   

doktor pesan kalau nak avoid gastrik ni satu hal je ;
- makan selalu dalam kuantiti yang sedikit jangan biarkan perut kosong . oh man ! aku paling malas nak makan banyak kali . hahahha . selalu hadap sekali terus banyak . okay itu faktor kenapa aku tak kurus sampai sekarang . 

ada yang tanya aku apa aku buat bila dah gastrik sampai teruk macam tu . kalau kat malaysia pergi hospital terus . kalau kat sini . tahan sendiri sampai tertidur . 

then ni yang aku buat : 

- aku tak tahu lah benda ni betul tak tapi kalau aku sakit sangat memang aku akan duduk dengan posisi sujud . 

- bila tidur jangan tidur tanpa bantal .

- selawat dan zikir je bebanyak sambil belai kat tempat sakit sampai tertidur .

- kalau sampai kaki cramps aku tidur je meringkuk sapu minyak angin . kengkadang aku ada mood tak boleh bau minyak cap limau ke minyak cap yuyie ke , aku sapu losyen . hahaha . 

orang yang ada gastrik tolong lah : 

- stop minuman berkafein dan bergas . aku kalau minum jugak , kalau tak gastrik kena migraine . hahaha ~

- makanan yang unsur pedas tu kalau boleh tak payah sentuh langsung . hahaha yang ni aku bohong . even teruk macam mana pun sampai sekarang aku still makan pedas . 

- makanan berminyak avoid la walaupun favourite . serious nanti minyak tu melekat kat dinding usus 😝 . 

- jangan minum green tea and lemon ais time perut kosong . aku ni obses sangat nak kurus , aku redah je . terlupa pula gastrik ! 

- minum susu setiap hari . hahaha yang ni memang nasib baik favourite aku . btw kredit to mat kim sebab dia the first person yang bagi aku minum susu dutch lady low fat . time tu tak sedap sebab takda rasa . then bila ummi suruh minum aku dengan redha je boleh dah nak belajar minum . sampai sekarang susu tu the half part of my favourite . heuheu . 

- paling penting haruslahh jaga makan dan breakfast tu wajib . kalau puasa sahur tu wajib juga makan even sikit . kalau tak seharian la lembik sebab gastrik . 

- berbuka dengan air suam panas dan susu tu lagi bagus . herher . 

Harapnya gastrik kurang dan beransur pulih . otak ligat ni fikir nak p kelas atau skip je ? hahahaha tadi dah p kelas doctor ada kerja pulak . gigih kut dengan kaki tak seberapa nak stand plus terasa diri di awangan pun pergi kelas . sebab nak tasmik ~ ni tak larat la pulak . kaki cramps ~ 

5 Mar 2016

worst *

The worst feeling ever . 

Awkward ? Serious awkward . Aku lupa tersangat lupa dan mungkin dalam minda aku sememangnya langsung tiada ? Again again and again terserempak kat agm this time . last year pun terserempak kat agm . tu pun awkward . empat tahun berlalu . hmmmm ~ 
memang peliklah kan , orang yang kau pernah rapat teramat sangat but at the end jadi orang yang asing dalam hidup kau . orang yang pernah kau kongsi kebhagiaan dan kesedihan end up jadi someone yang kau dah tak kenal anymore . sekurang kurangnya aku ada keychain tu sebagai tanda aku pernah kenal kau . dan aku harap kau simpan leklok keychain keychain dulu . hahahhaa * lulsss jiwangnyaa 🙈 

3 Mar 2016

gurindam

duhai sayang
dengarkan 
dengarkanlah gurindam hati 
kau yang aku sayang 
tak mungkin punya pengganti 
walau kau pergi 
tak kan ada yang mampu menandingi


duhai sayang
dengarkan 
dengarkanlah nyanyian hati 
kau yang aku rindu
kapan lagi kita akan bertemu 
aku sudah penat menahan sendu
derita menrinduimu 

duhai sayang
dengarkan
dengarkanlah bicara hati 
hadirlah seketika walau cuma dalam mimpi
hadirlah sekejap cuma hanya untuk aku tatapi 

muncullah di alam mimpi 
kerna aku tahu kita tak mungkin bertamu dialam realiti
hati ini masih menangisi pemergianmu walau sudah berabad kau pergi 

1002 
Irbid Jordan 
02/03/2016 

26 Feb 2016

memories ?

semalam mimpi ngeri. dua malam lepas mimpi ngeri jugak . semenjak dua tiga minggu ni asyik mimpi yang sama je menghantui.

salah aku ke ? aku sendiri pun tak ingat apa yang jadi beberapa tahun lepas . for sure kalau nak scroll conversation memang takda . the last conversation malam tu jugak aku delete . nama aku still ingat tapi that face , humm entah . how can adawiah semudah itu melupakan ? rasanya aku tak pernah bagi harapan . so please jangan hantui hidup aku . memang selamanya adawiah tetap adawiah . fikir diri sendiri first baru fikir orang lain . end up bila jadi macam ni baru tahu langit tu tinggi atau rendah,right ? aku hargai semua yang sekeliling aku . tapi bila fikir balik, rasanya apa yang aku buat beberapa tahun lepas memang sangat tak patut . menyesal ke ? sometime serious dan jujur timbul je perasaan menyesal . thats time , aku belum matang . sangat tak matang .  kengkadang aku takut, takut andainya aku melepaskan sesuatu yang bernilai dalam hidup aku . moga moga lepas ni kau dah tak muncul lagi dalam mimpi aku . aku still ingat kau nak sambung belajar kat indon , serious aku ingat . aku still ingat kau struggle untuk dapatkan tajaan . yup , end up kau sambung kat lain dengan tajaan tu . 

mungkin Tuhan nak jaga kau . jaga hati kau . moga jadi alhafiz yang menjaga AlQuran dan jaga hafazan . 

dan terima kasih untuk hadiah beberapa  tahun lepas . ummi guna even bukan aku guna . kau terlalu baik dan aku tak layak untuk manusia sebaik kau .  

24 Feb 2016

good bye

0138 

settle down my works ~ feeling so dizzy and i just feel like want to sleep . 

0140 

ting ! 

- dah check in 

*err . pricelesss speechless . and everything less . again i got this feeling . feeling alone . feeling lonely . you just leave me here . alone . i can't breath properly . its suckkk . itss hurt . 

why you leave me hereee ??? 
whyyyy ??? 
i just need you . 

its okay for mee spending my life without  you ? 
oh nooo . 

how can i face the world without you give me some spirit and the only one who always texting me and accompany me all the time ? 

no more morning and night wishes right ? 

urghh . 

take good care .
please , always keep me in your mind and your heart even you find someone better than me . 

24/02/2016 
 

16 Feb 2016

aku


Rindu . 
Serious sakit rupanya bila tanggung rindu . Aku ni memang kritikal rindu kat asma' dah bila sampai dalam mimpi jumpa asma' dah cukup buat aku bahagia.  
.....................

someone pernah cakap aku tak pernah sayang orang sepenuh hati . 

Silap ... 
Kerana, 
Aku pernah sayang orang sepenuh hati .
sampai terkadang aku tertanya tanya , adakah kerana itu Tuhan pisahkan kami ? 

Aku meletakkan kasih pada manusia itu melebihi kasih pada Tuhan aku sendiri. Maka Tuhan jauhkan aku dari dia ~ 

Mungkin itu yang terbaik agar aku dan dia lebih tenang untuk jalani kehidupan sendiri sendiri. Walau perit pada permulaannya namun aku tahu Tuhan akan menggantikan yang lebih baik.

Jalan cerita hidup manusia ada pada suratan takdir Tuhan . Dan manusia itu sendiri berperanan untuk melakarkan kisah hidupnya .  kau pilih untuk derita atau teruskan untuk bahagia . 

Dulu aku yang mengambil keputusan untuk menghilang dan sekarang aku  menyesal tak berkesudahan ? 

Aku rindu . Tapi kebatasan ego aku melebihi sakit merindu itu . 

Entah . Sampai punya waktu dan ketika aku rasakan semua manusia kejam . Kerana hanya manusia yang mampu membunuh jiwa dan perasaan manusia lain .  Hanya manusia . 

Sejak aku hilang orang yang aku sayang sepenuh hati , dari situ aku mula belajar untuk tidak menyayangi manusia lain sepenuh hati . Dan dari situ juga aku mula belajar untuk tidak menerima ramai kehadiran manusia dalam hidup aku . 

Cukup dengan apa yang ada . Aku akan hargai apa yang Tuhan sudah hadirkan ini . Walau aku tahu , Dia juga yang akan mengambil mereka dari aku . Berpisah pada sempadan antara dunia atau berpisah sempadan antara benua . 

Dan aku sentiasa ingatkan pada diri, jangan pernah sayang manusia melebihi sayang pada Ilahi . Aku sudah serik untuk  punya rasa sakit itu lagi .

Lepas ni no more kenal manusia lain . Aku penat ~ 

2358
15/02/2016




14 Feb 2016

sempurna

manusia sukakan kesempurnaan . 
manusia cintakan kesempurnaan .
manusia dambakan kesempurnaan . 
manusia menilai kesempurnaan .
manusia mencari kesempurnaan . 

yaa , kesempurnaan . 

walau pada zahir menafikan namun pada hakikatnya manusia terlalu mengharapkan kesempurnaan dan menginginkan kesempurnaan . 

kesempurnaan . yang mungkin akan hilang hanya kerana satu kekurangan . 

untuk manusia yang terlalu sempurna selayaknya mendapatkan yang lebih mulia . bukan aku yang terlalu banyak celanya . 


0148
14/02/2016
sunday 
irbid.


22 Jan 2016

😭

kau , aku serta seisi dunia . 
pasti pergi . 
pergi . 
menghadap ilahi . 

mungkin harini kau . 
mungkin esok aku . 
dan begitulah aturannya . 

yang tak siapa tahu . 
antara kita siapa yang bakal pergi dulu . 

andai aku yang terdahulu , 
maafkan hari hari yang aku lalui bersamamu itu andainya mengguris hati , menyentap jiwa , menoreh luka , menanam derita dan mungkin juga secebis rasa sengsara , merobek seluruh tawa . 

andai kau yang terdahulu , 
hanya doa yang aku mampu kirimkan . 
bersama secoret kebahagiaan yang mungkin itu saja tinggal untuk aku kenang . 


Alfatihah , 

bidadari&husna 
mmp94
berehatlah bidadari , kau lebih tenang disana . 




8 Jan 2016

apa kau bagi itu yang kau dapat .

Aku ni takda lah baik mana pun jauh lagilah nak sopan macam wanita melayu akhir zaman . eh ? entah lupa ayat tu .

tapi aku takda lah jahat sangat . aku nak kau tahu satu benda je , dunia ni bulat tahu ? sfera . B.U.L.A.T  ! faham tak sifat objek bulat ni apa ? dia berpusing dan bergolek kan ? bukan sekadar bulat macam aku je . 

bila objek tu bulat dan berpusing serta bergolek dan bergerak , kau kene faham konsep tak selamanya kau akan kat atas . ada ketika kau kat bawah . jangan sampai time kau kat bawah tu baru terkial kial nak cari nafas baru . tercungap cungap tak cukup nyawa . 

simple rule of life , " what you give,you will get back " . 

tapi sayang , dah buat baik sehabis baik , dah semaximum dah usaha apa yang terdaya oleh kudrat untuk buat baik tapi still ada juga manusia yang balas dengan tuba . bukan setakat tuba , selori najis dia bagi . saat tu yakinlah bahawa selagi ikhlas dan yakin apa yang tertulis pada takdir itu , maka harusnya kuat . abaikan manusia sebegitu kerana terkadang manusia ni tidak kenal erti budi . itu normal bukan kisah abnormal . 

buatlah baik selagi nyawa Allah kurniakan. kumpul sebanyak mana pahala yang mampu . yang penting jangan peduli mulut lancang serta longkang manusia . dan jangan pernah ambil tahu hidup diorang . yang penting  lalui hari hari dengan senyuman dan tayang serta canang satu dunia bahawa kau sentiasa bahagia . 

ingat dan terap dalam minda , apa yang kau bagi itu yang kau akan dapat . tak semestinya buat baik dengan A , A akan balas kau madu jugak . tak tak tak ! mungkin si B yang akan bagi kau madu . settle .