8 Jan 2016

apa kau bagi itu yang kau dapat .

Aku ni takda lah baik mana pun jauh lagilah nak sopan macam wanita melayu akhir zaman . eh ? entah lupa ayat tu .

tapi aku takda lah jahat sangat . aku nak kau tahu satu benda je , dunia ni bulat tahu ? sfera . B.U.L.A.T  ! faham tak sifat objek bulat ni apa ? dia berpusing dan bergolek kan ? bukan sekadar bulat macam aku je . 

bila objek tu bulat dan berpusing serta bergolek dan bergerak , kau kene faham konsep tak selamanya kau akan kat atas . ada ketika kau kat bawah . jangan sampai time kau kat bawah tu baru terkial kial nak cari nafas baru . tercungap cungap tak cukup nyawa . 

simple rule of life , " what you give,you will get back " . 

tapi sayang , dah buat baik sehabis baik , dah semaximum dah usaha apa yang terdaya oleh kudrat untuk buat baik tapi still ada juga manusia yang balas dengan tuba . bukan setakat tuba , selori najis dia bagi . saat tu yakinlah bahawa selagi ikhlas dan yakin apa yang tertulis pada takdir itu , maka harusnya kuat . abaikan manusia sebegitu kerana terkadang manusia ni tidak kenal erti budi . itu normal bukan kisah abnormal . 

buatlah baik selagi nyawa Allah kurniakan. kumpul sebanyak mana pahala yang mampu . yang penting jangan peduli mulut lancang serta longkang manusia . dan jangan pernah ambil tahu hidup diorang . yang penting  lalui hari hari dengan senyuman dan tayang serta canang satu dunia bahawa kau sentiasa bahagia . 

ingat dan terap dalam minda , apa yang kau bagi itu yang kau akan dapat . tak semestinya buat baik dengan A , A akan balas kau madu jugak . tak tak tak ! mungkin si B yang akan bagi kau madu . settle . 

No comments: