21 Jun 2022

Kuat

Kuatlah kerna kamu mampu 🫢🏻

Senyumlah kerna kamu kuat πŸ’ͺ🏻 

Walau seisi dunia memandang kesalahan mu,yakinlah Tuhan tidak begitu 

Yakin juga kerna hidup mu punya Tuhan untuk kau bersandar segala harapan ❤️

20 Jun 2022

Asal bukan kerana Manusia

 Menangislah seberapa banyak kau mahu

Menangislah seberapa lama kau mahu

Menangislah sampai air mata tidak lagi mengalir di pipimu

- asal bukan kerana Manusia


Menangislah kerana Tuhan kau yang Esa, Kerna hanya Dia yang menyembuhkan segala derita dan luka ❤️

❤️

Untuk hal hal yang telah telat kau lalui

Rembeskan saja air mata mu itu 

Nesacaya kau mampu bangkit 

Terus tersenyum seperti dulu 

Usah kau menahan setiap gelodak pada jiwa 

Kerna ia hanya menyesakkan raga

Bangkit lah lebarkan sayapmu 

Kau harus tahu dirimu begitu berharga 

Pada mata yang tahu menilai ❤️

19 Jun 2022

Hidup bukan untuk Manusia

 Hidup ini terlalu singkat untuk berduka pada hal-hal yang tidak perlu.

Hidup ini terlalu sekejap untuk kau meratap segala rasa kecewa.

Hidup ini terlalu sedikit untuk kau menyeka air matamu,

Hidup ini terlalu sebentar untuk kau merasa sakitnya. 


Berhentilah hidup jika hanya kerana manusia,

Yang kau punya dan jumpa hanya rasa kecewa,

Tetapkanlah hidupmu hanya kerana DIA yang satu,

Nescaya hidupmu bahagia dengan restu. 


19 Jun 2022
1453