30 Jan 2015

pari pari

lidah aku kelu .
hati membungkam .
tak siapa tahu .
kecewanya aku .

ingin aku lari .
terbang merentasi alam .
tapi sayang .
tiada sayapnya .

pari pari .
datanglah kesini .
bawa aku terbang .
merentasi benua .
rawat duka dijiwa .

1259
30012015
irbid jordan

29 Jan 2015

lagi

lagi
lagi
dan lagi
kau bunuh jiwa dan perasaan
kau buat aku kehampaan
dibadai kekecewaan
meratapi kedukaan

ah apa gunanya lagi
menunggu sesuatu yang tak pasti
terlerai sudah sebuah janji
redha ketentuan Ilahi

jangan di uturkan kata
andai belum bersedia
kelak merana
setan tertawa bahagia .

0545
29012015
irbid jordan

27 Jan 2015

derita

pergilah wahai derita .
pergilah wahai mimpi .
aku penat bermimpi di siang hari .
aku penat bermimpi pada sesuatu yang tak pasti .

cukup kau menjelma .
dalam lena atau realiti .
aku takut andai murka Tuhan yang aku terima .
aku takut andai Tuhan tak merestui .

aku kuburkan rasa hati .
hanya kerana kau aku benci .
biarkan dengan rasa ini .
agar Tuhan meredhai .

0251
27012015
irbid jordan



cukup

kau toreh hati aku .
luka teramat dalam .
belum sakit hilang .
luka kembali bertandang .

genggam erat tangan .
jangan kau lepaskan . 
namun akhirnya .
kau biarkan aku kecundang . 
bersama sebuah harapan . 
yang kau sendiri ciptakan . 

cukuplah dirobek hati ini . 
lemah tak berdaya lagi . 
ingin ku usir rasa benci . 
agar hidup bukan bersama mimpi . 

0247
27012015
irbid jordan


24 Jan 2015

rugi

jiwa kacau .
benci betul aku pada manusia .
yang kononnya sempurna .
hah .
kau lupa .
bahawa manusia takkan pernah sempurna .
pura pura pada diri .
kau yang rugi .
sedang aku hanya ketawa sendiri .

0012
24012015
irbid jordan

22 Jan 2015

Tuhan

Tuhan .
tunjukkan aku jalan pulang .
aku lemas pada dunia yang terbentang .
aku penat untuk berkejaran .

Tuhan .
ajarin aku tentang kebahagian .
ajarin aku tentang ketabahan .
aku lelah pada kepura puraan .

Tuhan .
berikan aku kekuatan .
berikan aku senyuman .
aku tak mampu lagi bertahan .

Tuhan .
anugerahkan aku sang suria .
agar aku mampu tertawa bahagia .
pergilah wahai sang derita .

1531
22012015
irbid jordan .

pilu

masih jiwa ini pilu .
air mata mengalir laju .
membasahi pipi nan gebu .
mungkinkah bisa ku tahan sendu ?

pada hati yang kian rapuh .
ku panjatkan doa agar makin ampuh .
terus gagah untuk menongkah .
pada hari kian mengah .

0113
22012015
irbid jordan

21 Jan 2015

benci

apa ada pada rasa ?
aku benci saat aku punya rasa .
benci pada rasa bahagia .
benci pada rasa sengsara .
benci pada rasa derita .
benci pada rasa tak punya apa apa .

sungguh aku benci .
sukarnya untuk mengikiskan sebuah rasa .
sukarnya untuk mengikiskan rasa kecewa .
sukarnya untuk mengikiskan derita di jiwa .

sakit .
sakit untuk punya apa apa rasa .
biar kecewa .
aku pendamkan saja .
bersama deraian air mata .

2141
21012015
irbid jordan

gugur

air mata gugur tak tertahan .
jiwa perit luka teramat dalam .
hati meronta mohon kekuatan .
letih menangisi sebuah kehidupan .

hidup seakan terus terumbang .
mencari secebis kekuatan .
sukarnya untuk temui jawapan .
bantulah aku wahai Tuhan .

1955
20012015
irbid jordan

12 Jan 2015

diri

aku cuba untuk tarbiyah diri . sering kali gagal . serious bukan aku tak cuba . sungguh bukan aku tidak langsung untuk meninggalkan taman jahiliyah .

tapi aku manusia biasa . punya khilaf . perlukan masa untuk step one by one . panjat tangga bukan sesenang pakai lif !

bukan .

payah . jerit perit . semua tu bukan kau rasa . kau ialah kau . aku ialah aku . dan selamanya kau takkan jadi aku , aku takkan jadi kau .

kau berbicara seolah kau tuhan untuk menghukum manusia . come one sayang . kau juga manusia . dan kau perlu ingat , tak semua manusia sama . tuhan ciptakan banyak perbezaan antara kita . jangan kau terus menghukum . jangan kau terus menilai .

dunai yang terbentang di hadapan bukan milik kau . pinjaman semata .

andai aku tidak sempurna dari sudut akhlaknya , tegurlah . andai aku lemas dalam lautan cinta pada manusia , bantulah . andai aku tenggelam dalam dunia khayalan , sedarkan .

kerana aku cuma manusia . sungguh aku tak kan mampu jadi sempurna . penat . serious penat bermain dengan dunia . kau ingat aku tak lelah kejar pradigma dunia yang aku sendiri tidak pasti kapan bila akan terus begini .

herdik aku ? terpulanglah . kerana aku akan terus begini . cuba melawan nafsu rajin yang mula menjinak dalam diri .

2201
11012015
irbid jordan

11 Jan 2015

cinta

cerita dia aku nak membebel soal cinta .

cinta pada sang manusia atau cinta pada murabbi ? yakni cinta pada Tuhanmu .

aku bukan sempurna . tidak juga wanita muslimah bertudung labuh berjubah apatah lagi berpurdah .

hati aku . jiwa aku . naluri aku . sebagai manusia . sungguh aku terkesan .

jika bagi lelaki wanita ini merupakan fitnah buat mereka maka bagi aku lelaki ialah fitnah terbesar bagi kaum wanita .

kenapa kenapa dan kenapa ?

lumrah perasaan .

lelaki dan perempuan saling melengkapi antra satu sama lain .

saling memerlukan .

kenapa cinta bukan isu lain ?

chliche sangat isu ni . beb , buka mata . saban hari apa yang manusia perlukan ialah cinta . boleh mati tanpa rasa cinta .

eh sungguh la ni . aku tak tipu . walaupun aku bukan suka sangat untuk menulis soal cinta . tapi bagi aku isu ni seolah menarik minat aku untuk menulis saat ini . entah kenapa . baru sebentar tadi berbicara sama amie bahawa bukan minat aku untuk menulis soal cinta .

sungguh . Tuhan itu yang maha kuasa . memegang hati hambaNYA .

berbicara soal cinta itu rutin harian aku . well , seperti yang aku nyatakan tadi manusia boleh mati tanpa cinta . cinta sesama manusia atau cinta yang Esa ?

tak perlu tanya orang lain , reflect pada diri sendiri dulu . btw , aku menulis kerana itu memang hobi aku . bukan untuk menuding jari pada manusia lain . apatah lagi untuk peduli soal manusia sekeliling .

cinta bagi aku sesuatu yang unik . love is something beautiful like rose and tulip - adawiahbaharin - .

setiap manusia ada kata tersendiri . ada gaya tersendiri dan ada maksud tersendiri untuk perkataan cinta dan love .

serious cinta pada yang Esa umpama makanan rohani yang mampu membahagiakan diri . cinta buat manusia merupakan satu pentas untuk menguji tahap keberanian diri .

maksudnya ? arghh seringkali manusia mempersoalkan . aku sendiri lelah untuk memberi tindak balas .

fikir ikut logik akal . kalau kau cinta pada manusia , kau mampu untuk confess pada dia ? thats y aku cakap cinta itu pentas untuk uji tahap mana keberanian diri . then kenapa cibfa pada Tuhan umpama makanan rohani ? kerana jika mencintai DIA yang maha Agung maha kuasa , maka hari hari kita sentiasa dalam redhaNya walaupaun kita tak mampu untuk move on .

eh ? kenapa tak mampu untuk move on pulak walhal hidup dalam redha Tuhan . sayang , kau cuba fahami konsep sebuah kehidupan . cuba selami erti perjalanan menuju Tuhan . moga kau kan ketemui jawapan .

0225
11012015
irbid

tujuan

bila kita punya hadaf yang besar , langkah kita akan seiring dengan hadaf .

apa itu hadaf ?

tujuan / objektif / matlamat .

apa tujuan kita hidup ?

- mencari jejak redha Tuhan .

* hadaf utama dalam kehidupan seorang mukmin ialah mencari cinta sang pencipta . bukan sekadar cinta manusia .

bila cinta pada Tuhan kau dambakan nescaya cinta buat manusia akan hadir atas rasa cinta kerana yang Esa .  

bila disoal tentang apa hadaf kita ? sudah tentu banyak .

banyak soal dunia yang aku kejar .

berjaya dunia akhirat itu yang pertama .

cita-cita menggunung tinggi . terkadang tak betah andai tidak mampu untuk menggapai .

hanya doa saban waktu dititipkan pada Tuhan agar ditunjukkan jalan yang terbentang . walau berliku itu lumrah untuk sebuah kehidupan .

1835
10012015
irbid

10 Jan 2015

winter sonata


09 JANUARY 2015
FRIDAY

lets say Alhamdulillah kerana masih lagi rasa nikmat Tuhan untuk hari ini .

~ cerita tentang kami bersalji dengan hanya berbaju kurung .

tak pelik pun kan sebabnya budak dekat europe dah biasa pergi kelas wearing baju kurung . cuma dekat jordan ni mungkin orang anggap satu benda yang ganjil mungkin ?

soalan famous yang terpaksa kami tadah telinga harini ;

- tak sejuk ke ?
- tak basah ke kain tu ?
- kenapa tak pakai seluar ?

actually sebenarnya aku bukan nak sangat main salji . sejuk . seriously sejuk ! beku . sakit . no wonderlah ramai yang dekat syria palestin sana mati kesejukan . so nak merungut lagi dengan apa yang telah di anugerahkan Tuhan buat kita ? moga kita jadi manusia yang tahu erti syukur .

main point kami photoshoot . hahaha dah dapat housemate satu akal senang kerja .


ha , this one see budak gedik . bukan aku bajet-bajet ayu ok . time ni memang angin and snow tengah turun sikit . tak selebat russia .

behind the scene nak dapatkan sekeping gambar ring dekat ranting kayu !


gigihnya adawiah baharin ! haha , alangkah bagusnya kalau study segigih ni . krikkrik *


walaupun tak secantik photographer bertauliah and legend tapi serious bagi aku setiap gambar tu ada value tersendiri . thanks kecheqqq for the nice shoot . lebiu *

and this one family potret .


thanks fiqaaa sanggup ikut karenah kami .


selfie berjemaah . serious muka macam tak ikhlas langsung nak senyum !


terima kasih untuk hari ini . maaf atas segala kekasaran kesilapan terlanjuran kata bila berbicara . 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

jawapan untuk setiap persoalan tadi : 

- tak sejuk pun bila kita punya mindset kata tak sejuk . plus bila kita punya satu hadaf yang besar , kita punya langkah seiring dengan hadaf kita . tak nak kesejukan pakailah inner tebal atas bawah . 

- kain basah kena salji itu normal . dan takkan kami tak tahu apa risiko yang bakal kami hadapi bila berbaju kurung . sudah tentu kami fikir pro dan kontranya ! 

- beb ! bila kami berseluar semua orang pandang aneh . sekali sekala nak sopan tak boleh ke ? 

benda yang aku paling sakit hati bila orang tak tahu pon keadaan kami semua memandai je komen . wehhh , bukan bukak windbreaker semata-mata hanya untuk sekeping gambar ! aku dari first sampai tempat tu terus bukak windbreaker tinggal kot putih . budak lima orang tu tinggal baju kurung je . 

dah lumrah manusia ~ 
bak kata fiqa moto 2015 : tak yah peduli dekat orang lain . 


0102
irbid
10012015




9 Jan 2015

mengerti

bicara soal manusia .
menjerat berjuta rasa .
kecewa atau bahagia ?
biar takdir Tuhan penentu segala .

kecewa lumrah jiwa manusia .
rapuh tanpa sinar suria .
menangisi tentang dunia .
yang tiada penghujungnya .

aku berlari pada dunia yang sepi .
air mata menemani .
oh dunia tinggallah aku begini .
menjarakan rasa sangsi dalam diri .

mungkinkah tangisan menjadi melodi ,
pada manusia yang tidak pernah mengerti ?

bahasa hati siapa peduli ?
melainkan hanya Tuhan yang memahami .

rabiatuladawiahbaharin .
2346 .
08012015 .
irbid .
bawah comferter .
bilik amie edah .

8 Jan 2015

Kembara Mengenal Tuhan

Unplanned Trip ! 

31 Disember 2014 .
Rabu . 

Bismillahirrahmanirrahim . 
Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang , 

Tepat jam 4 petang , pakcik call bagitau dia dah ada kat bawah . 
Aku , amie and edah bergegas turun .

pergi paradise beli bekalan air mineral .
finally dapat juga keluar dari Irbid . otak aku dah sembab asyik hidu udara yang sama . 
perlukan terapi dunia luar seketika . 

new year kali ni kita rasa angin mantiqah lain . 2014 new year hanya di syari3 jamiah . 
cukup untuk aku menoleh . perit yang dirasa biar terkubur begitu saja . 

mengharap kali ini langkah kian teratur . 

perjalanan dari irbid ke mafraq mengambil masa satu jam dek kerana kesibukan jalan raya . manusia berpusu-pusu ke luar dari bandar . pulang ke kampung mungkin , 

setiba di mafraq maghrib ! seusai solat jamak untuk meneruskan perjalanan dari mafraq ke mu'tah . 

tahun tiga di jordan , akhirnya kami bertiga menjejakkan kaki ke mu'tah . tapi sekadar hanya untuk merehatkan penat badan . 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HAPPY NEW YEAR ! 
1 January 2015 .
Thursday .

Pagi tahun baru , semalam tiada parti , tiada stay up semata-mata nak tunggu detik jam 12 . moga makin bertambah tahun makin bertambah umur , harapannya agar aku makin matang dalam meniti sebuah perjalanan kehidupan . 

6 pagi kami semua berangkat dari mu'tah menuju ke petra . aku sendiri tidak pasti berapa lama perjalanan kami . 


waiting for sunrise at Petra , tapi dalam kereta pon jadi lah :) 

10 pagi sampai petra benda pertama yang dicari , breakfast . semua orang memang dah lapaq sangat . perlukan energy untuk daki petra ! pusing dua tiga kali lastly jumpa kedai roti . biasalah orang arab mana ada nasi pagi ! makan dalam kereta je , jimat masa :)

sampai petra ,


aku actually bukan nak sangat pon daki petra . tetambah time tu perut buat hal . sakit sangat . kaki pulak ada tanda tak mampu nak stand lama . terfikir jugak macam mana nak bagitau diorang aku taknak masuk . 

alhamdulillah Allah maha penyayang . ditakdirkan kak hana dan kak mun tak bawa student kad , tak dapat keizinan untuk masuk ke dalam . aku berikan student kad aku pada kak mun and student kad amie pada kak hana . dua ticket burn macam tu je . its ok next time boleh datang lagi :) 

sebelum keluar dari petra , wajiblah bergambar dulu even tak panjat pun , kikiki .

                                            

aku , amie , edah and pakcik keluar dari petra . pakcik nak bawak kiteorang pergi tempat dia xcdent dulu .

keluar dari Petra , kiteorang singgah dulu kat taman permainan . 



hehs , layan kanak-kanak under age . lupa pulak dah angka 21 untuk tahun ni . Allah , lalai sungguh manusia ni . tak habiskan banyak masa so kiteorang berempat teruskan perjalanan .

searching*

usai tadabbur keindahan alam bumi Tuhan , masa seakan cemburu . detik waktu yang pantas berlalu . jam 12 diorang yang masuk panjat petra dah keluar . separuh jalan memang cepat la . 

ok then our journey begin from petra to wadi rum . sejarah about wadi rum ? aku sendiri tak pasti . apa yang pakcik ceritakan , wadi rum merupakan sebahagian tanah arab saudi satu ketika dulu . british menakluki wadi rum dengan memberikan pelbagai kemudahan . berlakunya peperangan antara saudi dengan jordan kerana ketidakpuasan hati raja saudi dek kemajuan yang diterima oleh wadi rum . wadi rum merupakan satu dataran seolah lautan . tiada tumbuhan kecuali pokok renek seakan rumpai laut . pasir yang terdapat di wadi rum merupakan pasir yang terhalus kerana pasir itu terbentuk dari debu yang berterbangan . 

alhamdulillah kami sampai solat jamak kat wadi rum then boleh tengok sunset . memang favourite part in my life . view from tempat kiteorang panjat tu subhanallah sangat cantik . memang sifat semulajadi aku . suka sangat dengan pemandangan alam yang terbentang indah . nikmat kesihatan mata yang Allah anugerahkan . 

p/s : mohon google sendiri sejarah wadi rum untuk kesahihannya .  


*wadi rum

bertolak dari wadi rum to aqabah . aqabah merupakan satu-satunya tempat yang punya laut di jordan ni . laut aqabah bertentangan dengan israel . tumpuan daya tarikan jordan . aqabah sinonim juga dengan laut merah . tahap kemasinan air laut aqabah ni teramatlah berbeza dengan tahap kemasinan laut pantai bachok ! kikiki . #homesick . bagi aku rugi sangat siapa yang dah selalu pergi aqabah tapi tak nak ambil peluang untuk mandi . rasalah paling kurang pon sekali . 

sampai aqabah dah malam . masing masing dah kelaparan . penat di petra dan wadi rum belum hilang . cari hotel pun satu hal . at the end dapat hotel mas paradise . serious best selesa even mahal . berbaloi sangat . yang tak syoknya jauh dari balad aqabah . aku ni jenis yang suka merayau tanpa arah . dapat tengok dunia luar tu dah cukup nikmat buat aku . 

check in hotel then keluar cari makanan and cari ikan , sotong untuk bbq esoknya . mana cukup ayam je . sampai kat kedai makan agak sedikit kecewa bila menu makanan tidak menepati cita rasa . tapi mengenangkan hari susah lewat malam aku makan apa yang ada . bila perut kenyang balik hotel then tdo . esok masa untuk berBBQ then bertolak ke laut mati . 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JUMAAT PERTAMA NEW YEAR !

2 January 2015 .
Friday .

Bangun pagi lagi terus bersiap untuk ke pantai . memang dalam mind aku nak mandi , tak kiralah yang lain taknak mandi pon ! nikmat dapat rasa air laut tu . maybe factor aku membesar dekat pantai ? 

sampai ja pantai terus cari tempat untuk berlabuh . aku memang dah get ready dengan tracksuits . senang terus terjun laut ! jumpa tempat yang kononnya terlindung dari angin actually but at last ayam ikan sotong berperisa tambahan pasir . aku memang suka bahagian nak membakar ni . suhu sejuk mencucuk tulang so dekat dengan api lega sikit . 




sambil aku bakar ayam ikan sotong sambil tu juga aku makan . nak tunggu siap semua ? bukan setakat sejuk , silap hari bulan aku dapat telan asap je . so tektik aku tu memang dah cun lah , syok weh makan pepanas ! bila dah tinggal dua tiga ekor lagi ikan , aku terus tinggalkan amie sengsorang . memang terjun laut lah aku :) kikiki

oh ya satu lagi tarikan dekat aqabah ni ada glass boat. hahaha . serious dulu aku ingat glass boat dia tu hum faham sendirilahkan macam mana rupa glass boat sebenarnya . tapi harapan macam sedikit kecewa bila aku tahu glass boat dia sangatlah comelnya !


so beb , sejuk tak air dia ? sejuk tu time first jejakkan kaki dalam air . tapi serious mind set tu penting . tak sejuk pun sebenarnya air dia even aku menggigil pon . hahaha @.@ . aku mandi sekejap se sebab aku tahu aku memang lama gila take time bila tukar baju . weh biasalah perempuan . 

dari aqabah - dead sea ! 

dalam kereta semua orang tidur je , penat . 

sampai laut mati lewat . dah nak maghrib . so takda sape yang turun mandi . aku macam biasa , setiap tempat aku memang akan ambil manfaat . orang tak sentuh air aku siap masuk rendam kaki lagi . 

azan maghrib semua naik . 

balik bertolak dari laut mati - mafraq . 

mafraq - irbid . 

end of the journey untuk hari jumaat . 

#KembaraMengenalTuhan .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 January 2015 .
Saturday . 

 harini Ashabul Kahfi .  ceritanya ? ada dalam al-Quran . surah Al-Kahfi . 



masalah betul bila adawiah baharin nampak bunga ! tapi sayang tak boleh masuk dekat nak ambil gambar bunga . so sad :( . dari jauh pon kira ok lah kan ? 



finally balik irbid . ~ sebak betul . hiba terasa . serious tak puas lagi nak pusing jordan . banyak tempat lagi tak pergi . 

thanks korang untuk semua kenangan terindah yang terukir untuk awal tahun baru ni . 


~ THE END ~ 


 harini baru rasa nak publish . 

1720 
irbid 
08012015