26 Apr 2015

.

bila malam mula lah aku meroyan .
semua masalah berasak nak muncul dalam ingatan .
mata terkebil kebil pandang siling putih .
minda celaru .
tak tahu apa nak jadi dengan diri sendiri .
esok exam dan aku langsung tak buka buku .
buat akal sendiri nak takjil exam . belum bersedia lagi . harapnya doctor terima alasan aku nanti . makin dewasa makin malas aku nak peduli dengan diri sendiri . makin lama makin aku tak faham apa fungsi diri . arghh jiwa aku celaru lagi . kenapa hidup tak selalu indah ? lagi aku persoalkan takdir tuhan tentang perjalanan hidup aku ? merungut ? bangkit adawiah . kau punya ummiabah yang sayang kau lebih dari segala harta dunia ni . kau lemah kerana manusia atau diri sendiri ? ingat balik apa hadaf kau kat bumi tuhan .

saat kau sakit tuhan anugerahkan kau kekuatan agar kau tak lemah . tuhan gugurkan dosa dosa kecil kau . sakit itu ujian . bukan bebanan . kau harus terima itu takdir tuhan . dan yakinlah perjalanan hidup kau lebih indah dengan iman .

26042015
0207
irbid jordan