26 Mar 2020

All about depression

Harini dikejutkan dengan berita artis korea kesayangan dan pujaan ramai bunuh diri . Honestly Jonghyun antara artis kegilaan aku zaman obses dengan kpop . Mungkin sekarang sebab dah tua jarang jarang layan kpop . Agak suprise bila timeline penuh dengan berita suicide because of depression Jonghyun .

Gais jangan cerita atau acah acah faham orang depression ni macam kau stress just for a while . Kau tahu meroyan tu apa ? Pernah dengar perkataan meroyan ? Meroyan ni dalam bahasa perubatan Postpartum Depression . Normal terjadi pada perempuan lepas bersalin . Why ? Sebab terlampau stress sampai ia tahap depression bukan stress biasa . Kenapa ramaii ibu bunuh anak ? Ibu cekik anak ? And so on bla blaaa . Ibu bunuh diri sebab tekanan jiwa . Itu depression aka meroyan .

Orang yang depression ni benda kecil pun dia akan rasa bebankan jiwa dan pemikiran dia . Sampai ada suara bisikan yang mengganggu kewarasan dia berfikir . No , bukan gila . Beza orang gila dan depression people ni banyak ! Gila , kau tak fikir apa apa . Nothing on your mind . *betulkan kalau aku silap fakta* Tapi depression people ni , mind diaaa berselirat pemikiran dia serabut . Even sekecil kecil benda benda tu rasa besar bagi dia . So please dont judge people . Kita tak tahu apa dia rasa kita bukan kat tempat dia . Manusia , takkan pernah faham sampai benda tu jadi kat dia . Ayat ni aku semat dalam otak ! Ayat ummiabah bagi kat aku ; Manusia akan kata apa saja bila benda tak berlaku kat diri sendiri tapi manusia akan buat apaa saja kalau benda jadi kat diri sendiri .

Is it right ? 

hidup ini pilihan

Hidup ini pilihan.

Untuk teruskan rasa bahagia atau teruskan dengan linangan air mata.

Hidup ini juga pilihan.

Untuk terus melangkah atau meratap penuh kecewa.

Hidup ini adalah pilihan.

Untuk kau tepiskan  segala kecewa dan melangkah saja meninggalkan segala rasa yang sesakkan jiwa.

Hidup ini pilihan,

Jadi untuk apa kau biarkan air mata berjuraian mengalir hanya kerana sebuah rasa kecewa?

Tutuplah hati yang kecewa itu, kerana hanya Tuhan yang Esa bisa merawat segala duka.


RMO covid-19
0413
26/03/2020