26 Mar 2020

hidup ini pilihan

Hidup ini pilihan.

Untuk teruskan rasa bahagia atau teruskan dengan linangan air mata.

Hidup ini juga pilihan.

Untuk terus melangkah atau meratap penuh kecewa.

Hidup ini adalah pilihan.

Untuk kau tepiskan  segala kecewa dan melangkah saja meninggalkan segala rasa yang sesakkan jiwa.

Hidup ini pilihan,

Jadi untuk apa kau biarkan air mata berjuraian mengalir hanya kerana sebuah rasa kecewa?

Tutuplah hati yang kecewa itu, kerana hanya Tuhan yang Esa bisa merawat segala duka.


RMO covid-19
0413
26/03/2020

No comments: