6 Feb 2015

cinta yang utama

Manusia lain andai mata terasa tidak mahu terpejam pasti akan menutur bicara sama Tuhan . Menghadap yang maha Esa meminta diampunkan segala khilaf dan dosa . Tapi sebahagian manusia , yang cuma insan biasa malah penuh berlumuran noda dosa hanya mampu membuka note untuk meluahkan segala rasa . Mencurahkan apa yang bermain di kotak minda . Apakah tak punya Tuhan untuk meminta ? Kau dan aku tahu kita punya Tuhan yang satu . Punya tempat untuk mengadu iaitu padaNya pemilik alam semesta . Namun saat ini setan hanya mampu bisikkan pada telinga kiri sang manusia untuk terus lalai mencintai dunia . Aku . Sering saja tenggelam pada dunia yang mengkhayalkan . Selalu tenggelam dalam emosi bagai gila . Lantas aku cuba pejamkan mata . Tarik nafas . Dalam . Entah apa aku fikirkan . Bayangan mimpi semalam seakan menjadi sebati dalam ingatan . Bukan aku tidak cuba mengusir ia agar berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan . Tapi seolahnya mahu saja menjadi igauan buat aku pada saat ini .
Jerit kata hati ,  benci . Lidah mampu menutur kata cacian . Akal mungkin bisa menipu diri sendiri . Tapi tidak pada naluri . Natijahnya aku yang kebingungan . Aku yang terjerat dalam mainan rasa yang aku sendiri ciptakan . Cukuplah . Jangan lagi tersadung dek sebuah permainan yang kau tahu kalah itu mati . Bisa aja kau kentalkan emosi bukan ? Mencipta alasan dengan kebencian . Kedunguan apakah ini yang kau cuba putar belitkan ? Ah manusia . Sifat pembohong itu seakan darah daging . Tak mungkin berpisah apatah lagi terpisah . Setera sedekad . Andai ia berlalu mampukah aku masih teguh berdiri ? Menghayati sisa kehidupan . Seakan mati tanpa rasa . Kecewa . Kebergantungan pada sebuah cinta kepada hamba Tuhan mengundang derita pada jiwa . Kau tak percaya ? Rentetan cerita sebuah cinta . Ditinggalkan . Dikecewakan . Apa sebenarnya definisi cinta itu pada manusia ? Bagi aku cinta itu suci . Cinta itu sempurna . Cinta itu telus . Cinta itu mulia . Cinta itu murni . Bagaimana untuk kau temui cinta sejati ? Tak usah kau mencari pada dunia yang tak pasti , kerna cinta sejati itu hakiki . Dekat dengan diri kau sendiri . Iaitu Tuhan . Pencipta alam . Kau cintailah Tuhan sepenuh hati , nescaya kau akan temui cinta sejati dalam diri .
Kelemasan dalam dimensi cinta pada sang manusia . Itu mampu buat kau alpa pada yang Esa . Kau sedang menuju murkaNya . Tegakah kau hidup berpaksikan cinta pada manusia durjana ? Sedang cinta pada sang pencipta kau patut lebih utama . Demi kesejahteraan hidup di alam sana . Manusia itu sifatnya pelupa malah sering leka . Tertipu pada helah dunia . Rakus mengejar kemewahan pada tempat sementara sedang diri terumbang ambing mencari cinta hakiki . Teruskankah melangkah mencari sesuatu yang kau sendiri tidak pasti . Sedang aku menunggu saat kau rebah menyembah bumi . Mungkin saat itu baru kau sedari , betapa cinta hakiki itu hanya buat pemilik dunia bukan pada sang manusia . Bangkitlah . Akan aku hulurkan tangan buat kau sambut dengan senyuman . Tunjukkan pada dunia bahawa kau manusia punya cita . Bukan lemah tanpa cinta . Walau aku yakin manusia takkan mampu hidup tanpa cinta . Mahu cinta pada manusia banjingan atau cinta pada sang pencipta manusia itu .
Andai kau manusia katakan mampu hidup tanpa cinta . Coba kau tunjukkan aku jalan yang bagaimana . Buktikan pada dunia kau mampu berjaya tanpa cinta . Jangan kau berlagak bodoh sombong bermegah diri . Andai kau tak punya cinta dari Tuhan , tidak mungkin kau menjadi insan . Andai kau tidak punya rasa cinta buat sang manusia , tidak mungkin hidup kau bahgia . Dan , andai kau tidak punya cinta pada DIA yang maha kuasa sudah pasti hidup kau tidak kan sejahtera . Sengsara buat kau andai hidup tanpa cinta . Cinta itu fitrah Tuhan cipta buat hambaNya . Bukan sekadar mainan rasa pada hati sanubari kau yang jijik hitam lagi kotor bersulam dosa . Lekaslah bangkit dari lena yang kau filemkan padanya mimpi . Mungkin juga kau berfantasi di siang hari bersama angan yang tak pasti ? Berhenti menaruh harapan . Sudahlah kau mencipta alasan . Kata janji sumpah sehidup semati bagaikan pedang memancung kepala pada zaman Nabi . Sakitnya bukan kepalang . Azabnya kau tanggung luka teramat dalam .
Toreh nadi di tangan . Tak sama pedihnya luka di dalam . Namun kau tahu atau tidak akan bencinya Tuhan pada sang manusia yang sering putus harapan ? Mengorak langkah lebih terkehadapan semoga kau pasti janji itu milik Tuhan . Berlarilah kau dalam mencari redha Tuhan agar hidup lebih tenteram . Bukan lagi gusar pada bayang hitam . Takut pada bayang sendirikah ? Atau takut andai malaikat datang menjemput kau pulang ? Di saat kau belum bersedia dengan pelbagai bekalan . Lewat ini kau hanya bermain pada sandiwara dunia yang penuh pancaroba tanpa kau ambil peduli akan kehidupan yang lebih nyata . Bukan mudah berpijak pada bumi yang kau sendiri tidak pasti bagaimana pengakhiran kau nanti . Menghitung dosa seharian bagaikan tak tertanggung dek bebanan . Mampukah kaki memijak syurga Tuhan ? Dosa yang kau sendiri cipta . Tak usah kau gusar . Yakin saja akan perjanjian dengan Tuhan bahawa DIA maha pengampun . Hiduplah berpandukan kitab sunnah titipan Tuhan buat nabi MUHAMMAD SAW nescaya hidup kau lebih tenang .
* '' Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun , akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri '' [Surah Yunus : 44]
Keyakinan . Iya , keyakinan itu yang mampu membuahkan harapan yang jitu . Harapan yang padu . Bagaimana untuk kau memupuk keyakinan dalam diri akan hakikat keimanan ? Juga sebuah hakikat kepercayaan kepada Tuhan ? Selamilah tempat murni Tuhan ciptakan . Iaitu lubuk hati kau yang paling dalam . Tidak dapat tidak naluri kau yakin akan kewujudan Tuhan . Yakni keyakinan kau untuk bergantung serta berharap  . bukankah begitu wahai sayang ? Cukuplah kau diperdaya oleh muslihat dunia yang nista . Pupukkanlan cinta buat sang pencipta . Semaikanlah rasa kasih kau buat dia yang maha kuasa . Kau takkan rugi didunia . Kau takkan rugi di akhirat sana . Bahkan kau bakal beroleh kebahgian yang hakiki . Sebenar benarnya hakiki .
1142
06022015
irbid jordan

4 Feb 2015

sumpah

kau janji sumpah setia .
sehidup semati kononnya .
kata mahu beriringan bersama .
tapi teganya kau terlebih dahulu mengorak langkah .
meninggalkan aku rebah .

bodohnya aku rasakan .
kau manusia bajingan .
tak usah melafaz sumpah .
nanti termakan dek sumpah .

kata janji tak mampu dikota .
itulah manusia yang sering lupa .
kosa kata menjadi taburan bunga .
kau sengaja menduga jernihnya air mata .

sengaja kau biarkan aku keseorangan .
tanpa punya tangan kau hulurkan .
bukan aku mengharap .
apatah lagi untuk berharap .

tapi sudah .
cukuplah kau dera jiwa .
tak tertanggungnya derita .
moga kau bahagia .

2156
03022015
irbid jordan

3 Feb 2015

surat buat Tuhan .

Alhamdulillah
terima kasih Tuhan .
Kau hadiahkan aku kegembiraan .
Kau berikan aku mentari saat aku kesejukkan .
Kau hadirkan bulan saat aku kegelapan .
Kau kurniakan hidayah saat aku kelemasan .
Kau tunjukkan aku jalan saat aku kesesatan .
Kau anugerahkan aku kejayaan saat aku rasa kecundang .

kini aku lebih yakin untuk meletak harapan pada MU ya Tuhan .
pemilik seluruh alam .
kerana aku pasti Kau selalu ada untuk suluhkan jalan pulang .
saat aku dibadai kekecewaan .

apa lagi yang aku inginkan dari MU Tuhan ?
sedang aku manusia leka dalam dunia hina .
Kau masih berikan aku sinar tawa bahagia .
saat aku alpa dengan hiburan dunia .
Kau masih berikan aku sebuah kekuatan .
untuk aku terus meniti hari mendatang .

terima kasih Tuhan .
kerana hanya Kau yang selalu ada .
saat aku jatuh bangun kecewa .
putus asa .
terasa asing di tanah gersang bumi berpijak tidak lagi di alam nyata .
aku malu pada MU wahai yang ESA .
sedang aku hanya tahu meminta .
tidak tahu untuk memberi .

moga Kau tetapkan hati ini .
moga Kau jaga hati ini .
dari kecewa pada MU .
dari jauh dengan MU .
tetapkanlah hati yang penuh noda ini .
biarlah cinta aku hanya paksikan redha MU .

1158
03022015
irbid jordan .

2 Feb 2015

setia

Aku pinta pada Tuhan
agar dijaga hati yang satu 
tidak lagi berbolak balik
hanya setia padaMU 

2057
02 / 06 / 2015
irbid jordan 


1 Feb 2015

biarlah

aku cuba pujuk hati .
rupanya bukan mudah .
sekali lagi aku rebah .
mengharap pada yang tak pasti .

sakitnya bukan kau rasa .
kecewanya bukan kau temui .
tapi aku .
meratapi kedukaan diri .

ingin aku usir kecewa ini .
tapi bagaimana ?
sedang jiwa alpa .
lemah tak berdaya .

jeritan hati .
takkan sesiapa dengari . 
meroyan seorang diri .
biarlah aku terus begini .

0015
01022015
irbid jordan