16 Feb 2016

aku


Rindu . 
Serious sakit rupanya bila tanggung rindu . Aku ni memang kritikal rindu kat asma' dah bila sampai dalam mimpi jumpa asma' dah cukup buat aku bahagia.  
.....................

someone pernah cakap aku tak pernah sayang orang sepenuh hati . 

Silap ... 
Kerana, 
Aku pernah sayang orang sepenuh hati .
sampai terkadang aku tertanya tanya , adakah kerana itu Tuhan pisahkan kami ? 

Aku meletakkan kasih pada manusia itu melebihi kasih pada Tuhan aku sendiri. Maka Tuhan jauhkan aku dari dia ~ 

Mungkin itu yang terbaik agar aku dan dia lebih tenang untuk jalani kehidupan sendiri sendiri. Walau perit pada permulaannya namun aku tahu Tuhan akan menggantikan yang lebih baik.

Jalan cerita hidup manusia ada pada suratan takdir Tuhan . Dan manusia itu sendiri berperanan untuk melakarkan kisah hidupnya .  kau pilih untuk derita atau teruskan untuk bahagia . 

Dulu aku yang mengambil keputusan untuk menghilang dan sekarang aku  menyesal tak berkesudahan ? 

Aku rindu . Tapi kebatasan ego aku melebihi sakit merindu itu . 

Entah . Sampai punya waktu dan ketika aku rasakan semua manusia kejam . Kerana hanya manusia yang mampu membunuh jiwa dan perasaan manusia lain .  Hanya manusia . 

Sejak aku hilang orang yang aku sayang sepenuh hati , dari situ aku mula belajar untuk tidak menyayangi manusia lain sepenuh hati . Dan dari situ juga aku mula belajar untuk tidak menerima ramai kehadiran manusia dalam hidup aku . 

Cukup dengan apa yang ada . Aku akan hargai apa yang Tuhan sudah hadirkan ini . Walau aku tahu , Dia juga yang akan mengambil mereka dari aku . Berpisah pada sempadan antara dunia atau berpisah sempadan antara benua . 

Dan aku sentiasa ingatkan pada diri, jangan pernah sayang manusia melebihi sayang pada Ilahi . Aku sudah serik untuk  punya rasa sakit itu lagi .

Lepas ni no more kenal manusia lain . Aku penat ~ 

2358
15/02/2016




No comments: