24 Jan 2014

petra ,jordan !

bismillah .

22012014 ( wednesday )

alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk memanjat PETRA ! siapa sangka dengan kaki yang sakit aku mampu daki petra hingga ke puncak .

tipu kalau aku cakap ta penat , bohong kalau kata tak rasa macam nak pitam pun . seribu satu juta rasa semasa pendakian petra dan menuruni gunung petra .

berapa banyak perhentian yang aku singgah .Allah ! aku mencari kekuatan dengan mengingati sirah dan perjuangan Rasulullah . bagaimana baginda mengembara mendaki gunung ganang merentasi padang pasir demi menegakkan agama Allah .

masa yang diperlukan untuk sampai ke puncak petra ialah 5 jam since pukul 10 am - 2 pm .syukur sangat aku tidak pitam sewaktu mendaki atau menuruni bukit .alhamdulillah .

travell kali ini agak mencabar kekuatan fizikal dan mental aku . momments ke petra ini tak mungkin aku lupakan . akan sentiasa terpahat dalam ingatan . tidak pernah terlintas di benak fikiran aku bahawa aku akan menjejakkan kaki ke petra . Allah menggerakkan hati aku dan menghantar aku ke bumi jordan ini agar aku mendapat ibrah di sebalik sejarah petra itu sendiri .

betapa hebat dan agungnya kekuasaan Allah .subhanallah . petra yang dahulunya pernah hilang pada pandangan dunia selama 500 tahun selepas perang dunia kedua akhirnya ditemui . malah kini petra merupakan salah satu daripada 7 tempat ajaib dunia .

kehebatan kekuasaan Allah dapat aku lihat sepanjang perjalanan mendaki petra . gunung ganangnya . kecantikan alam ciptaan tuhan . subhanallah. betapa indahnya ciptaan tuhan sekalian alam pemilik langit dan bumi .

kebahagian aku and yang lain jelas terzahir bila dapat menawan puncak petra . bergambar sebagai kenangan . agar menjadi pedoman buat anak cucu nanti . amin amin amin .

moga pengembaraan aku kali ini bukanlah sesuatu yang sia-sia . moga Allah redha setiap langkah aku .

ya Allah matikanlah aku dalam husnol khatimah . cita-citaku syahid demi memperjuangkan dan mempertahankan agamaMu ya rab ! amin amin amin .


the best momments ever ! 



No comments: