19 Jan 2014

kerana aku manusia ...

bismillahirrahmanirrahim .

19/01/2014 . sunday .

aku  masih belum dapat melelapkan mata . arghhh banyak  perkara mengganggu minda aku . aku hairan dan tertanya tanya , kenapa aku pelik dari manusia lain ?

maksudnya . aku tak sebaik mereka !

aku hanya berpura pura baik di hadapan manusia , aku mahu nampak sempurna pada pandangan mata manusia . aku lupa bahawa tuhan itu maha mengetahui .

ye , aku akui setiap manusia ada kebaikan dan keburukan tersendiri . tapi ternyata aku sememangnya manusia yang paling hina .

aku leka ! terlalu leka dengan nikmat dunia . sampai melewatkan solat . aku terlalu mengejar dunia sedangkan aku tahu kematian itu sesaat saja menghampiri aku .

aku sentiasa fikirkan tentang azab seksa akhirat tapi aku lebih cintakan dunia . Allah . . manusia apakah aku ???

aku menilai manusia dari luarannya , sedangkan dalamnya lebih murni dari aku .

aku , mengherdik manusia yang tidak sempurna pada pandangan aku sedangkan aku sendiri jauh tidak sempruna .

aku  menghukum manusia kerana secebis kesalahannya , terlupa pula pada Allah itu maha pengampun . sedangkan aku sebenanrnya tidak layak untuk diberi nikmat Ilahi ini .

sering jua aku tertanya pada diri sendiri , sampai bilakah aku harus begini ?

hanya sesaat menyesali kemudian aku leka lagi ...

0310 . irbid , jordan .







No comments: