9 Sept 2014

trip gua musang kelantan .

bismillahhirrahmanirrahim ~

fuhfuh . cuci sikit habuk habuk bersarang ni . muehehehe . sibuk sangat sampai tak sempat nak jenguk diary kesayangan .

asyik ke utara - timur - utara je . selatan - barat bila ? tunggu ada rezeki .

balik dari penang rest kat rumah sehari , kak malin and kak tiqah ajak aku join trip diorang ke gua musang . aku penat belum hilang lagi tapi bila kak malin bagitau naik train terus aku setuju ! wehhaaa . aku tak pernah naik train sepanjang 19 tahun ni . and on that day 6 september 2014 tu pertama kali dalam sejarah hidup aku , aku naik train . alah even dalam negeri yang sama dari wakaf bharu to gua musang tu pun dah kira syok sangat . yelah tak pernah merasakan ?

so bila sampai kat stesen keratapi wakaf bharu tu aku punya excited tu melampau . heheh ? siap snap picture landasan dia lagi . hahaha seriously jakun .


wakaf bharu .

harga tiket train sesangat murah ! RM 7.20 sahaja . kalau rasa nak cari ketenangan boleh lah pergi lagi next time . 

train sampai tepat 1429 ! hes . paling aku tak sangka , cepatnya dia stop then dah nak gerak . fuhh nasib cepat masuk dalam train tu . kalau lewat ? nampak gaya memang kene tunggu pukul 4 pagi esoknya lah untuk ke gua musang ! alhamdulillah semua berjalan lancar . 

dalam train situasi yang pelik bila aku yang jakun ni tertanya tanya kenapa ramai lagi passenger yang takda seat . bukan sepatutnya train kene sediakan seat yang cukup untuk semua diorang punya passenger ke ? banyak pula tanda tanya dalma otak aku , so bila aku perhatikan rupanya yang takda seat tu rumah diorang dekat dekat je . so zaman sekarang ni masih ramai orang awam gunakan train sebagai pengangkutan utama .


in the train ~ 

perjalanan dari wakaf bharu to gua musang take 5 hours ! lamanya .. so aku spend time satu jam untuk tidur . selebihnya tadabbur keindahan alam ciptaan tuhan . aku suka pandang semua keindahan tuhan cipta ! alam . langit dan bumi . tumbuhan yang menghijau . awan yang bergerak laju . langit yang membiru . laut yang berombak . damai terasa di jiwa . 

bila train masuk terowong , aku ,  kak tiqah and kak malin siap buat video bagai ! hahaha . buat kenangan abadi . boleh upload youtube nih ~ 

1/2 hour before sampai stesen keretapi gua musang gerabak yang tadi bising dipenuhi penumpang makin berkurang . dalam gerabak kami hanya kami bertiga . kalau buat horror movie pun layan time tu ! dua lagi gerabak still ada penumpang . fuhh selamat . 

sampai gua musang 1920 ! maghrib . suasana sunyi . warna langit bertukar gelap . 


1922 06092014 * gua musang .





alhamdulillah kami selamat tiba . tak sampai lima minit menunggu , kak safuhah datang jemput kami . perjalanan yang memenatkan . kami bertiga perlukan rehat bagi meregangkan seluruh otot badan .
5 minit kemudian kami sampai di teratak keluarga kak safuhah . yes ! finally aku dah nampak katil . 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

lepas dah siap take shower semua , kami dihidangkan dengan makan malam . alamak ! nasi di malam hari . aishhh . lepas ni penat nak tidur makanan tak sempat nak hadam . 

lepas makan bersembang dengan family kak safuhah then main dengan anak saudara dia tu semua kami minta izin untuk masuk rehat . tidur kene cukup esok masa untuk mendaki gua musang . 

07092014 

selepas dihidangkan nasi lemak sebagai sarapan , kami berehat seketika kemudian workout sebelum pendakian . kali ini kami berempat menaiki kereta proton saga kak safuhah . then singgah ambil malik di rumah dia sebelum ke gua . 

sesampai di gua , budak budak jakun dari kota bharu yang tak pernah naik gua ni bergambar sakan dulu . 


kak safuhah / kak malin / kak tiqah / aku * 

lepas dah get ready and baca doa bagai nak start our journey , kak tiqah minta izin untuk cari kasut dulu . dia pakai sandle je . kang tak mampu bertahan hingga sampai puncak tu serious naya ! so kami berlima jalan kaki godek godek pergi kedai kasut . nasib baik kedai kasut dekat je . hahaha . so lepas kak tiqah dah dapatkan sepasang kasut yang sesuai untuk dia . kami berlima mulakan aktiviti lasak kami . 


again ! bergambar dulu . 

okey ni last gambar kat bawah . dengan lafaz bismillah . kami berlima mulakan perjalanan . 


malik ~ 

first time kenal malik ni aku macam was-was je nak baik dengan dia . hahaha , lembut dia lagi dari aku . tapi sebagai lelaki ofcourse berani dia lebih dari aku . kan ? mula tu gaya bahasa masih lagi mampu selaras dengan umur but finally i cant stand it anymore . dah aku kau is better ! 


kak malin ! 

nampak timbunan dahan pkok tu ? hah ! first halangan kami ialah meredah yang ini . seriously aku punya kaki ketar weh . lepas dahan pokok ni ada satu batu yang besar dan perlukan ketahanan fizikal yang kuat untuk melepasi batu tu . bertahan pada dahan pokok serta tali yang ada . aku take time untuk naik . aku rasa aku tak mampu ! time tu memang aku mengalah . aku takut kaki tergelincir . kaki aku tak kuat untuk aku stand dan bertahan dengan badan aku yang berat . but finally aku berjaya juga melepasi halangan tu hasil dari dorongan mereka berempat ! aku menggunakan lutut sebagai medium utama . kenapa bukan kaki ? hanya mereka yang kenal aku saja tahu kenapa *


first point . 

lepas dah berjaya naik . kene masuk dalam gua pula ! alahai sempit sangat laluannya . serious mengundang kerisauan di hati aku . nak panjat ke tempat tu batu licin ! kene hati hati . 


sempit ! 


alhamdulillah . sebesar besar aku muat juga masuk melepasi pintu gua . sesak nafas rasanya . 



muka bahagia selamat memasuki gua . aku ingat dah sampai tapi rupanya ni baru masuk gua . perlu berjalan ke dalam gua dan kemudian panjat keluar gua untuk sampai ke puncak ! dalam gua kami berlima merasa air yang menitis dari dinding atas gua . sejuk dan segar ! bersih sangat air . lepaskan lelah dan berehat seketika . setelah 3 minit berehat kami memanjat keluar gua . jalan yang licin dan lembap memerlukan kami lebih berhati hati ! 

setelah berkaja keluar dari gua , aku yang tak pernah sampai ke situ memang ingat kami dah berjaya sampai ke puncak , tapi belum rupanya ! terpaksa panjat lagi ...



rock climbing maybe ? 

melompat kegirangan kami semua bila nampak tali untuk panjat ke atas . tapi malangnya tali tu hanya separuh . seterusnya kene usaha panjat sendiri . lepas berjaya panjat , again aku ingat dah sampai puncak but totally im wrong ! 15 minit lagi untuk sampai puncak . meredah duri dan akar kayu dahan ranting pokok tanah yang licin batu yang licin . then finally ! nampak cahaya . sampai ke puncak dengan selamat . berehat menghilangkan penat dan lelah . melihat keindahan alam . tak sangka kami berlima berjaya mendaki . orang lain bawa bekalan makanan kami hanya bawa air mineral dan eclipse ! setelah penat hilang , kami berlima turun memandangkan waktu sudah berganjak tengah hari . kami memulakan pendakian pada pukul 1120 dan selamat tiba di puncak pada pukul 1240 . 






selfie berlima ? dah upload kat instagram . heuheu ~ do follow my ig : adawiahbaharin . * radawiahbaharin untuk gegerls only ~ ( ayat gedik minta penyepak

1308 minit kami bergerak perlahan turun . dalam minda terbayang abc , air kelapa muda and banyak lagi air ! perjalanan turun tak sesukar perjalanan naik tadi . walaupun banyak kali aku tergelincir tapi masih lagi dalam keadaan yang selamat . alhamdulillah ,  yang paling penting letakkan sepenuhnya kebergantungan serta tawakkal kita kepada Allah . DIA pelindung . aku meninggalkan kenangan manis pada seluar kesayangan aku . terkoyak terkena duri ketika turun dari bukit . tempat terkoyak sangatlah strategiknya ! syukur ada cardigan malik untuk aku lindungi tempat yang terkoyak tu . terima kasih malik . maaf sebab kotorkan cardigan kesayangan kau ~ hehes . malik tu dah berpunya . fiance dia student UK ! cepat kawin malik aku tak sabar nak makan nasi minyak and konvoi ke gua musang ! kami selamat tiba di kaki bukit tepat jam 1420 . 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

balik rumah terus rehat sebelum mandi solatdan lena ! bangun dari tidur terus makan nasi . rehat kejap lepas isyak keluar berlima lagi ! buat kali terakhir sebelum esok aku , kak tiqah dan kak malin bergerak pulang ke rumah masing-maisng ~ 

ronda kawasan bandar gua musang . 






 last night at gua musang . entah bila lagi boleh sampai sini . yang pasti banyak pengalaman serta pengajaran yang aku dapat . terima kasih kak safuhah and malik bawa kami bertiga mendaki gua . pengalaman baru setelah 3 tahun aku tinggalkan dunia aktiviti lasak ni ! terima kasih bagi kami satu kenangan yang amat berharga . 



No comments: