13 Sept 2014

hati itu milik DIA .

" Qurratu A'yun ! " - jerit Puan Laila kepada pelajarnya yang asyik termenung ketika sesi pembelajaran seraya membaling marker pen tepat mengenai kepala A'yun .

A'yun yang tersedar dari lamunan hanya memandang kosong sambil tersenyum manis pada Puan Laila . Dia tunduk mengambil marker pen lalu dihulurkan kepada Puan Laila yang sedang mara menuju ke arahnya . Rambutnya dibetulkan sambil menggosok-gosok kepala yang sakit dek kerana peluru berpandu itu .

Kelas hari ini setengah jam lewat berakhir . Dengan langkah yang malas A'yun menapak ke kafeteria . Perut yang dari tadi berkeroncong minta untuk diisi . Gastrik mula menyerang membuatkan A'yun mula rasa tidak senang . Bau makanan di kafeteria itu membuatkan tekaknya terasa loya . Mual . Perlahan A'yun menukar arah untuk ke tandas . Bimbang tidak dapat menahan gelodak di perut .

Dek kerana tidak dapat menahan lebih lama Qurratu A'yun mula memanjangkah langkah . Selamat tiba di tandas A'yun memuntahkan segala yang ada . Habis nasi goreng tomyam masakan mummy ketika sarapan pagi tadi dikeluarkan . Kini perutnya betul-betul kosong tanpa makanan . Badan A'yun mulai lemah . Menggigil .

A'yun menyapu sedikit minyak cap kapak pada dada dan kepala sambil memohon pada yang Esa moga dihilangkan segala rasa kurang selesa itu . Sebelum menapak keluar tandas , A'yun membasahkan sedikit rambutnya agar tidak kelihatan kering . Cermin mata tebal kesayangannya dibetulkan supaya terletak elok pada hidung yang tak seberapa mancung itu . Sedikit pelembap bibir dioles untuk menutupi kesan pucat pada wajah . Qurratu A'yun memandang cermin , lama . Segala kenangan yang pahit untuk diingati kembali lagi . Tidak mengerti kenapa setelah lima tahun berlalu hari ini jiwanya lara mengingati kenangan itu .

Deringan telefon mematikan lamunan A'yun . Lantas dia mencapai Iphone di dalam tas tangan .

" Yun ! Kau ada kat mana ? Satu jam aku tunggu kau kat PJ ni usah cakap badan kau , spect tebal kau tu pun aku tak nampak . Janji lepas kelas nak datang terus . Macam orang bodoh aku tunggu kau .   " . Tanpa salam kedengaran keras suara Arham Muhaimin .

A'yun merengus kasar . Pantang orang memarahinya tanpa mendengar penjelasan dari dia terlebih dahulu .

" Aku on the way ke PJ ni . If rasa nak tunggu , kau tunggu je lah . Tapi kalau dah penat , tak payah tunggu " . Balas A'yun malas .

" Urm , aku tunggu kau . " Arham menutur lembut . Dia kenal A'yun macam mana .

A'yun membetulkan rambut dan cekaknya . Perasaan malas menguasai diri . Jarak antara Cyberjaya dengan masjid Putrajaya bukanlah dekat . Kaki A'yun diayun laju agar cepat sampai ke kereta . Namun langkahnya pincang tatkala mata bertentang mata yang redup dan dalam itu . A'yun kaku seketika .

Jeritan telefon di tangan di abaikan . Tertera nama Arham . A'yun menggengam Iphonenya lalu berlari anak menuju ke kereta . Kunci kereta di keluarkan .Tangan A'yun baru sahaja  membuka pintu kereta , muncul seseorang dari belakang menutupnya kembali .  A'yun mengurut dada lantas beristigfar .

 A'yun memusingkan badan menghadap lelaki itu . Memandang kosong . Lelaki yang membuatkan minda A'yun mula melayarkan kenangan lalu .   Senyuman semanis mungkin cuba digariskan buat insan yang berdiri di hadapannya , Zafran Rifqi ! Belum sempat Zafran berbicara , kaki A'yun terlebih dahulu pantas menendang tepat ke arah lutut Zafran . Jeritan Zafran yang mengaduh kesakitan mengundang tawa A'yun .

Dia memboloskan diri ke dalam BMWX7 dan memecut laju . Tangisan serta esakan kecil mula kedengaran . Bagai semalam segala kenangan bermain di kotak ingatan .

Deringan telefon dari Arham dibiarkan sepi tanpa jawapan . Hati berbelah bagi sama ada tegar atau tidak dia membiarkan Arham menunggu tapi akhirnya dia mungkiri janji . Akhirnya dia membuat pusingan U dan menghala ke Putrajaya . Pedal minyak ditekan habis . Stereng kereta digenggam padu .

A'yun selamat sampai dan memarking keretanya bersebelahan kereta Arham . Telefon bimbit dicapai lantas nombor Arham ditaip .

" Assalamualaikum Arham , aku dah ada depan masjid Putrajaya ni sebelah kereta kau . "

" Waalaikummusalam Yun , sekejap eh aku turun ke sana " . Arham menarik nafas lega . Syukur Qurratu A'yun sampai tepat pada masanya . Tidak sia-sia dia menunggu hampir dua jam di masjid Putrajaya ni . Arham mempercepatkan langkah . Rasa teruja dan tidak sabar untuk berjumpa satu-satunya kawan perempuan yang dia ada .

Arham tersenyum memandang kereta A'yun terparking bersebelahan keretanya . Cermin kereta A'yun diketuk . Qurrratu A'yun mematikan enjin kereta dan mencapai selendang . Begitulah Qurratu A'yun . Dia tahu menghormati rumah Allah . Dia tahu solat itu wajib tapi sering kecundang bersama hasutan syaitan . Dia masih mencari arah tuju sebuah kehidupan .

" Lamanya kau Yun . Aku dah mati kutu tunggu kat sini . Perut dah berbunyi dari tadi . Kau dah solat ke belum ni ? " . Sapa Arham setelah wajah A'yun ada di depannya . Entah kenapa dua minggu bercuti di Dublin hanya wajah itu yang dirindu .

" Sejak bila kau bela kutu pulak weh ? Aku punya kelas habis lambat tadi . Entah pape doktor tu membebel kat depan aku tak faham . Lama tak jumpa kau . Dua minggu kat Dublin tak rindu aku ke ? Hahaha . Kenapa tak pergi makan terus je kalau dah lapar . Kang tak pepasal kau dapat gastrik sebab tunggu aku . Aku bukan ambil bidang medic pun nak tolong rawatkan sakit kau tu . Dahla jom pergi makan . Nak makan apa , kat mana ? " . Itulah Qurratu A'yun Arham . Dia senang dengan A'yun . Mudah badmood . Mudah mesra . Yang paling penting sangat caring .

" Sebab rindu kau lah aku tak lama stay Dublin . Jom makan kat rumah aku , mama yang masak favourite food kau . katanya dah lama tak jumpa anak perempuan kesayangan dia ni " .

" Wah serious mama masak Kari Sotong ? Dah meleleh air liur aku ni . Jom weh aku lapar gila ni ."

" Okey jom . kau follow aku eh ? "

Masing-masing kembali ke kereta dan menyusur perlahan keluar masjid . Arham tahu A'yun belum sempurna solatnya . Satu hari nanti dia akan pastika A'yun sempurna menjalankan kewajipun pada yang Esa . Kewajipun yang satu itu . Solat lima waktu ! Sengaja Arham jadikan masjid medium utama untuk berjumpa A'yun . Dia tahu pasti lama kelamaan A'yun akan kembali kepada fitrahNya .

Tepat jam 6.30 petang mereka tiba di banglo milik keluarga Arham . Pintu pagar automatik terbuka .

"  Ohoi kereta idaman aku ada kat sini . Tapi kereta siapa ya ? Siapa pula yang ada kat rumah si Arham ni  ". Bebel A'yun sendirian . Selendang dilepaskan lantas tangan laju mencapai sikat rambut dan menyisir rambutnya . Rambut yang semakin panjang mengurai itu dibiarkan lepas tanpa mengikatnya . Cukup sekadar meletakkan cekak rambut untuk mengawal rambut dari jatuh mengenai muka .  Perlahan dia turun dari kereta bila Arham mula menjerit dan melambai .

" Kejap weh , kau masuk dulu kejap lagi aku gerak " .

A'yun berlari mengejar langkah Arham yang sudah jauh sepuluh langkah meninggalkan A'yun . Termengah A'yun  . Maklumlah badan yang sedikit berisi membuatkan dia penat untuk berlari . Sampai sahaja di muka pintu A'yun memberi salam dan menanggalkan sneakers conversenya .

"Mama ! A'yun rindu mama . Mama sihat ? " . Belum sempat Puan Atila menyapa anak angkat kesayangannya , A'yun terlebih dahulu menyapa . Puan Atila senang dengan anak kawan dia yang satu ini . Walaupun perwatakan A'yun sedikit kasar namun Puan Atila tahu ada kelembutan yang terselindung di sebalik kekasaran itu . Membesar bersama dua orang abang mungkin mempengaruhi perlakuan A'yun .

" Mama sihat sayang . Lambatnya sampai . Dari tadi lagi Arham bagi tau nak bawa Yun datang makan kat sini  . Mailah kita ke dapur . Dok tercegat kat muka pintu ni bukan ada makanan pun " .

Puan Atila bercerita keseronokan mereka sekeluarga semasa berada di bumi Dublin itu . Menurut cerita Puan Atila anak sulung kesayangannya ada di sana dan baru saja pulang ke si sini setelah sepuluh tahun menghabiskan masa di bumi asing . Belajar dan bekerja disana . Suara riuh dari dapur kedengaran . Semakin dekat menghampiri kawasan dapur , hati A'yun mula gementar . Suara itu ! Argh , mungkin perasaannya saja .

A'yun mula menapak perlahan . Kakinya berat untuk mengatur langkah . Suara itu semakin hampir pada gegendang telinganya .

" Yun ! Apa yang kau tercegat kat situ ? Cepatlah meh sebelah aku .  Favourite food kau  mama masak harini . " Gesa Arham apabila tiba-tiba langkah A'yun mati disitu .

" Yelah Yun , mama masak banyak ni kari sotong . Boleh Yun makan sampai kenyang . Tak larat nak drive tidur aja kat sini . Mama dah telefon mummy bagitau Yun ada kat sini . Takut pula mummy daddy risau . Mama nak kenalkan anak lelaki mama yang sorang lagi ni ".

Cepat sahaja A'yun mengambil tempat disebelah Arham . Dia menggigil memandang hamba tuhan yang berdepan dengannya .

Amrin Arsyad terpegun . Lima tahun berlalu . Lima tahun itu juga dia cuba melupakan segala apa yang telah terjadi . Tidak dia duga Yun yang dimaksudkan oleh adiknya ialah Qurratu A'yun ! Qurratu A'yun semakin cantik pada pandangan matanya . Bukan lagi seorang gadis comel . Walapun masih kelihatan berisi tapi lain tu tetap ada .

"Amrin Arsyad ! Apa yang kamu tenung anak dara orang sampai macam tu ? " . Tegur Tuan Amri dengan suara yang keras .

" Maafla Yun , Arsyad ni memang macam ni perangai dia . Pantang nampak manusia yang berlainan jantina . Mula mata tu tak diam . Kejap lagi sementara nak tunggu solat Maghrib boleh lah bersembang santai . Sekarang jom makan " . Tuan Amri menadah tangan seraya mengaminkan doa makan .

Puan Atila memimpin tangan A'yun ke taman mini di luar rumah . A'yun leka melihat ikan yang berenang bebas di dalm kolam .

" A'yun . Mailah dok sebelah mama ni . Dah lama mama tak peluk A'yun . Kenapa tadi ceria tetiba bertukar muram je ? ".

" Ouh bukan apa mama . Yun rasa tak sihat dari tadi lagi . Sakit kepala and gastrik macam biasa " .

" Yun tidur sini jelah . Baju kan ada je kat bilik Yun tu . Lagipun esok cuti . Boleh kita pergi berkelah . Mama dah inform semua dekat mummy . Kita jumpa dekat pantai morib pagi esok .Qaisir Aqlan , Qaisir Afzan pun ada diorang bawak Ruqaiyyah and Asyhrani ! " . Kata mama teruja .

 Sudah lama dia menantikan saat untuk semua anaknya berkumpul . Dia punya kawan yang masih setia bersama saat susah payah bangkit jatuh .  Mummy A'yun ! Kawan baiknya bukan saja untuk dunia tapi akhirat . Cuma dia ralat kerana ketika mereka berada di Switzerland dahulu langsung terputus terus persahabatan yang terbina . Sehinggalah suatu hari mereka di pertemukan di Switzerland ketika Qurratu A'yun sekeluarga bercuti disana sepuluh tahun yang lalu . Sejak itu mereka tidak terputus hubungan lagi .

" Mama , Qurratu A'yun papa panggil naik untuk solat maghrib and isyak " . Arsyad memandang A'yun lama .

Dia mahu melihat reaksi A'yun . Tapi gagal . A'yun diam tidak berkutik menunjukkan sebarang respon . Hanya apabila mama manarik tangannya untuk berdiri A'yun bangkit dari tempat duduknya .

Seusai solat ,

" Ma , Yun ingat nak balik lah . Takut mummy sunyi pulak takda orang nak sembang dengan dia " .

" Alah Yun , daddy and keluarga abang-abang Yun kan ada . Bagi diorang pulak bermanja dengan mummy . If Yun kat rumah asyik Yun je yang dok berkepit bawah ketiak mummy " .

Hanya senyum nipis yang tidak ikhlas saja dilemparkan .Mati akal A'yun memikirkan helah untuk dia pulang malam itu . Dia buntu . Bukan tidak biasa bermalam di rumah Puan Atila . Rumah itu merupakan rumahnya juga . Sejak sepuluh tahun lalu dia menganggap keluarga Arham adalah keluarganya . Empat tahun dia berada di Canada ketika menyambung degree di sana , hubungan dengan Puan Atila tidak pernah putus . Malah ketika A'yun grad keluarga dia dan keluarga Arham ke sana . Tapi A'yun ralat kerana dia tidak pernah ambil tahu tentang siapa abang Arham . Dia mengeluh perlahan . Akhirnya dia terpaksa bersetuju untuk bermalam disitu memandangkan papa dan Arham juga tidak membenarkan dia pulang .

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pantai Morib ! Entah bila kali terakhir dia menjejakkan kaki di pantai . Dia sendiri lupa . Kesibukan menyambung Master membuatkan dia lupa untuk mentadabbur alam yang indah ciptaan tuhan . Termenung sendirian di pasiran pantai melihat matahari mula menaik .

Arham memandang A'yun dari kejauhan . Pelik ! Arham tahu A'yun punya masalah . Qurratu A'yun tidak pernah pandai untuk menyembunyikan perasaanya . Marah , sedih , gembira semua dipamerkan . Cuma ada ketika dia seolah-olah berada dalam dunia dia sendiri . Hanya diam membisu . Pasti ada yang tidak kena . Arham harus tahu apa yang menggangu jiwa A'yun .

Di bawah pokok yang redup kelihatan keluarga mereka berborak penuh mesra . Abang-abang A'yun bersama keluarga masing-maisng sudah lama bergolek di atas pasir pantai . Arham hanya memerhatikan gelagat Abang Aqlan dan Abang Afham bermain dengan anak masing masing bersama isteri tercinta membina istana pasir . Jiwa lelakinya tersentuh .

Arham teringatkan Arsyad .  Arsyad ! Mata Arham melialu mencari kelibat Arsyad . Amrin Arsyad berada tidak jauh dari A'yun . Arham perhatikan tingkah laku Arsyad . Arsyad hanya memerhati . Hati Arham berdebar . Jantungnya berdetak laju . Mengepam darah ke seluruh tubuh . Arham lelaki . Dia tahu untuk mentafsir pandangan lelaki . Perlahan Arham bangkit dari duduknya berjalan perlahan menghampiri A'yun . Belum sempat dia menyanggah A'yun , dia terlebih dahulu dikejutkan dengan suara lantang A'yun .

" Arham ! Kau ingat aku tak tau ke kau berjalan ke arah aku ? Hahaha . So , please take a seat beside me . Kita tengok matahari naik . Dah lama aku tak dok macam ni ".

" Kau ni Yun , kalau aku ada heartattack dah lama jalan weh . Next time cuba sopan sikit .Kau tu P.E.R.E.M.P.U.A.N " .

" Yelah next time aku buat lagi . Kalau kau ada heartattack lagi aku suka " .

" Kau ada masalah ke Yun ? Dari semalam aku tengok moody je . Period pain ke ? Hahaha " .

" Ish mana ada period pain ! Aku solat berjemaah dengan family kau dari semalam sampai subuh tadi lagi la mangkuk " .

Dengan selamba badaknya A'yun menolak kepala Arham .

" Haram wei . Dosa ! Jangan sentuh lelaki bukan muhrim ".

Terang Arham . Moga kau mengerti Qurratu A'yun ! Suasana sepi seketika . Arham bersuara untuk memecahkan kesunyian pagi indah itu .

" Yun , aku tanya ni kau jawab jujur ya ? But if you lying to me , Allah tahu  . DIA maha mengetahui setiap apa yang terdetik di hati kita . Sama ada ikhlas atau tidak . Tak perlu lafazkan kita ikhlas melakukan sesuatu kerana hanya DIA yang layak menentukannya " .

Lebar Arham bermuqaddimah . Sukarnya untuk dia menuturkan kata . Takut andai tersinggung hati serta perasaan A'yun . Sengaja ditekankan tentang keihlasan serta ketuhanan . Semoga ia meresap ke dalam jiwa qalbu A'yun .

" Hum , kau nak tanya apa Arham ? InsyaAllah if aku rasa aku perlu jawab dan mampu untuk jawab , aku akan jawab . Tapi if aku tak mampu untuk jawab dan tiada jawapan untuk persoalan kau tu , aku minta maaf . Mungkin aku perlukan ruang untuk berikan kau jawapan " .

Sebagai mana lebarnya muqaddimah Arham begitu juga panjangnya huraian dari A'yun .

" Kau pernah jatuh cinta ? Maksud aku , kau pernah couple ? "

Sentap dengan pertanyaan Arham yang pelik pada pendengaran  A'yun . A'yun senyum menayangkan barisan giginya yang tak seberapa nak putih itu kemudian menggeleng .

" Aku serious ni Yun . Takkan kau tak pernah suka sesiapa atau takkan tak pernah couple dengan sesiapa sepanjang empat tahun kat bumi Canada tu ? Mustahil ! Aku tak percaya "

" Arham , cuba kau buka mata kau . Pandang aku dari atas sampai bawah . Kau ingat dengan cara aku , perlakuan aku , akhlak aku , ada ke manusai yang berlaianan jantina akan pandang aku ? Aku hanya budak gemuk yang tak cukup ketinggian . Budak yang tak reti nak berfashion . Hanya tahu pakai jeans and tshirt then sometime kemeja . Berkasut sport . Aku tak pandai bergaya . Nak pakai skirt , dress bagai ? Time raya je lah jawabnya "

Arham diam membisu . Hilang kata .

Hari itu berlalu begitu saja . A'yun lebih banyak menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik untuk mengelak dari bertembung Arham dan Arsyad . Dia penat untuk memandang Arsyad . Memori lama akan terlayar kembali di ingatan . Hati pedih . Walang .

" A'yun , kenapa terperap dalam bilik je ni ? Mummy and mama ajak family kita berkumpul untuk kenal antara satu sama lain dengan lebih lagi . Arsyad tu baru balik Malaysia . Dia .. "

" Mummy , A'yun rasa nak sambung Phd terus lah lepas habis Master ni . Master pun dah tinggal final je ni . Nak pergi middle east boleh ? Jordan maybe ? "

" Lah , belum habis Master lagi dah fikir Phd ? A'yun , kamu bukan budak lagi . Mummy teringin nak timang cucu dari anak perempuan mummy . Arsyad tu .. "

" A'yun tak sihat sikit mummy . Maybe on the way nak period kut . A'yun nak rest kejap . Esok dah balik rumah kan ? "

" Ouh A'yun rehat lah . Mummy nak turun ke bawah join diorang semua . Nanti mummy bagitau yang A'yun tak sihat . Ya sayang esok kita balik . Rindu rumah or rindu buah hati kat sana ? "

A'yun diam . Menarik selimut .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Deringan telefon membingitkan telinga . Nombor yang tak dikenali . A'yun pantang private number masuk ke telefonnya . Deringan yang kesebelas barulah A'yun mengangkatnya .

" Assalamualaikum , saya tengah sibuk sekarang . Ada urusan penting ke ? "

Sepi tanpa jawapan . A'yun cemuh . Penat untuk bermain teka teki .

" Qurratu A'yun . I nak minta maaf dengan apa yang dah terjadi lima tahun lepas . I ... "

Tut tut ... Panggilan ditamatkan . A'yun menahan nafas . Benci , meluat semua bercampur bagaikan tidak kena . Kecamuk .

Amrin Arsyad ! Manusia yang pernah dia cintai . Namun perasaan itu hanya terkubur bersama memori lalu . Lelaki itu menyedarkan Qurratu A'yun tentang siapa dirinya .Seorang gadis biasa menagih cinta sang putera raja yang kacak lagi bergaya .

Sejak pulang dari pantai morib , A'yun tidak lagi menjejakkan kaki ke rumah mama . Kereta yang ditinggalkan haritu Abang Afzan yang ambil . Sebulan masa berlalu tetapi hubungannya dengan Arham semakin erat . A'yun mula tidak selesa dengan sikap Arham yang banyak berubah . Bukan dia tidak faham bahkan dia terlebih mengerti akan bahasa tubuh Arham Muhaimin .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"  Nur Qhalisha Qurratu A'yun ! " . Jerit Zafran lantang memanggil A'yun . Langkah A'yun perlahan . Lambat lambat dia berpusing . Mustahil untuk dia tidak kenal akan suara itu . Satu-satunya lelaki yang tahu nama penuhnya selain keluarga dia dan Arham . Mama sendiri tak tahu nama penuh Qurratu A'yun sebenarnya Nur Qhalisha Qurratu A'yun .

Kening dijongketkan sambil menguak rambut ke belakang . A'yun tidak gemar mengikat rambutnya . Dia lebih selesa melepaskan rambutnya begitu . Terasa segar bernafas .

" Kau nak apa ? Tak puas lagi nak gelakkan aku ? Atau kau nak mainkan lagi watak lima tahun dulu ? "
Sembur A'yun puas . Hatinya sakit . Jiwa pedih .

" Haritu I kejar You cuma nak bagitau Amrin Arsyad dah balik Malaysia . Sebenarnya banyak benda I nak terangkan pada You . Jom lepak cafe kejap ? " Tutur Zafran lembut .

" Aku nak balik . Ada kerja yang tak setel lagi . Dah takda apa yang perlu kau terangkan pada aku . Aku blah dulu . "

Langkah A'yun lemah . Kakinya seolah tidak dapat merasa bumi yang dipijak . Air mata mula bergenang dan mengalir laju di pipi gebu mulus itu .

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Yun . apa yang kau fikir ni ? Selalu je kita lepak kau termenung , berangan je memanjang . Aku rasa macam aku bawak teddybear je " . Arham menegur A'yun lembut .

" Aku takda pape la Arham . Cuma biasalah tengah fikir  nak sambung Phd kat mana nanti . Arham , jom teman aku habiskan Phd kat middle east nak tak ? "

" Wah susah ada kawan yang gila belajar macam kau ni . Tak fikir masa depan ke Yun ? "

" Aku tengah fikir masa depan aku lah weh . Aku ajak kau sesama sambung Phd dengan aku . Nak tak ? Master dah nak habis ni . Tengah fainal . Lepas grad nanti aku nak sambung Phd terus " .

" Middle east tu kat mana kau nak sambung ? Bidang apa ? Kau ni tak pernah tetap . Degree in Architecture  , Master in Business then Phd nak sambung apa ? "

" Not sure yet , tapi aku ingat nak sambung Islamic Banking .. "

" Middle east tu Uni kat Egypt ke kau nak ambik Islamic Banking ? "

" Aku buat research kat Jordan ada Islamic Banking " .

" Dalam banayak-banyak negara Europ lain kenapa mesti middle east yang kau pilih , Yun ? Ada something special you leave it there ? "

Tebak Arham . Bukan Arham tidak tahu A'yun pernah ke negara padang pasir itu .

" Arham , aku tak tahu kenapa . Tapi jiwa aku meronta untuk melangkah lagi di bumi padang pasir tu " .

" Apa saja pilihan kau , aku terima je . Aku pun dah setengah tahun membazir masa tak buat pape . Kerja pasrt time photographer pun apa lah sangat yang aku dapat . So alang alang kau ajak aku sambung study sesama kau , aku follow je . Dah bincang dengan mummy daddy ? "

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Mummy and daddy ikut je apa yang A'yun rasa terbaik untuk diri sendiri . Bagi pihak kami takda halangan . Tapi kalau boleh , daddy nak sangat menantu lelaki . A'yun pun bukan muda lagi untuk terus membujang . Dah tiba masanya untuk A'yun bina keluarga sendiri . Abang-abang A'yun kahwin time belajar takda masalah pun . Now masing-masing dah boleh handle company kita dengan baik , punya keluarga yang harmoni ... "

" Daddy , A'yun tak rasa nak kahwin awal . Kahwin ni banyak tanggungjawabnya daddy .. "

Tan Sri Qaidir memandang lama satu-satunya anak perempuan yang tuhan anugerahkan buat dia sekeluarga . Tapi sayang , dia tidak berjaya mendidik A'yun menjadi seorang anak yang solehah . Dia terlalu sibuk mengejar harta dunia ketika A'yun sedang membesar menjadi seorang gadis yang perlukan perhatian serta belaian kasih sayang ibu ayah .

Perlahan nafas berat dilepaskan Tan Sri Qaidir .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari yang dinantikan Nur Qhalisha Qurratu A'yun akhirnya tiba jua . Pantas sungguh masa berlalu . Dia kini berada di dewan yang penuh gilang gemilang menggenggam Master kesayangannya .

" Tahniah Yun ! Aku bangga dengan kau . Muda muda lagi dah dapat Master . Bila nak kahwin Yun ? Sebelum sambung Phd kahwin la dulu " .

" Kau jangan buat lawak kat sinilah Arham , aku bukannya ada kawan lelaki lain pun selain kau . Mana sempat nak bercinta bagai ni " . A'yun berjeda . Dia rimas bila semua orang sekelilingnya mula membangkitkan soal kahwin .

" Ehem , apa yang korang berdua sembang sampai Abang kat belakang ni korang tak perasan ? " Sapa Arsyad mengejutkan A'yun dan Arham .

" Arsyad ! Terperanjat aku . Hum takdelah aku suruh si Yun ni kahwin sebelum sambung Phd tapi katanya takda calon pulak . Aku nak offer diri aku takut dia terajang sampai ke laut " .

Arham ketawa galak bila wajah A'yun merona merah . Dia tahu A'yun malu dan menahan rasa .

" Abang kan ada ? Boleh jadi calon suami Qurratu A'yun . Kan ? "

" Syad kau jangan nak memain sangatlah . Aku kenal kau macam mana . Dah pergi main jauh-jauh aku nak sembang dengan A'yun aku nih " . Marah Arham tidak senang dengan kata-kata Arsyad tadi .

" Aku datang sini sebab mummy daddy A'yun panggil . Katanya korang ni teman terlalu mesra tak elok orang pandang ".

A'yun memandang Arsyad dengan ekor mata . Lemah jantungnya . Kata-kata Arsyad bagaikan sinis pada pendengaran A'yun . Dia tidak mengerti akan maksud sebenar Amrin Arsyad .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suasana bising membuatkan A'yun tidak selesa . Pertemuan tidak dijangka akhirnya mengundang berjuta rasa . Qurratu A'yun hanya memandang Zafran Rifqi yang kaku berdepan dengannya . Lima belas minit berlalu tiada sepatah kata yang keluar dari mulut A'yun . Dia memilih untuk menjadi pendengar yang setia setelah berkali Zafran merayu kepadanya .

Kata-kata Zafran dibiarkan berterbangan hilang bersama angin malam . Tidak dia duga kedatangannya ke dataran putrajaya malam mingu itu bersendirian tanpa ditemani Arham menjadi malam yang sebu buat hatinya sendiri .

" Qhalisha , I harap You tak marahkan Amrin atas apa yang terjadi . Dia menyesal lepas apa yang dia buat pada You . Amrin tak sangka yang You betul-betul serious ..."

Zafran buntu bila A'yun masih lagi membisu . Segala kata maaf yang dipinta langsung tidak bersambut oleh A'yun . Dia jemu untuk memujuk wanita yang berada di hadapannya . Sungguh penyesalan itu tiada guna . Apatah lagi bila melibatkan soal hati dan perasaan hamba tuhan yang bernama Nur Qhalisha Qurratu A'yun .

" Zaf , aku rasa tak perlu kau bazirkan masa terangkan pada aku tentang apa yang berlaku . Aku dah lama lupakan Zafran Rifqi dan Amrin Arsyad dalam hidup aku . Since kejadian tu aku dah anggap both of you dah lama mati . Dan tentang maaf tu , aku manusia biasa . Sukar untuk aku lupakan manusia seperti korang berdua yang dah jatuhkan maruah aku . Mampu untuk korang  putarkan balik masa dan bersihkan nama baik aku ? " .

Berat mulut A'yun untuk menyusun bait kata itu . Laras suaranya tiada atonansi yang berbeza . Hanya mendatar saja .

" You janganlah hukum kami sampai macam ni Qhalisha . I pun manusia yang tak terlepas dari melakukan kesilapan . Sama ada besar atau kecik kesilapan yang dilakukan , hanya Tuhan sekalian alam yang layak menghukum manusia . Bukan kita yang hanya hambaNya " .

" Aku muak untuk dengar kata maaf dari kau . Kalau betul Amrin rasa bersalah kenapa bukan dia sendiri yang minta maaf dengan aku ? Kenapa harus melalui kau , Zaf ? "

" I yang sukakan You Qhalisha . Tapi , You hanya pandang Amrin . Apa istimewa Amrin pada mata You ? "

" Boleh aku blah sekarang ? Puas dah aku tengok drama korang berdua . Sungguh aku tak sangka korang manusia paling jijik yang pernah aku jumpa ! " . Jerit A'yun lantang tanpa pedulikan mata mata yang mula memandang ke arah mereka . A'yun bingkas bangun menapak menuju ke kereta . Dibiarkan Zafran termanggu sendirian disitu .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Urusan untuk menyambung Phd ke Jordan dalam bidang Islamic Banking berjalan lancar . Sebulan saja lagi untuk dia berada di bumi Malysia . A'yun dan Arham sama-sama mengikuti kelas persediaan bahasa arab . Negara timur tengah itu bahasa pengantarnya bukan bahasa inggeris tetapi bahasa arab . Qurratu A'yun dapat rasakan kelaianan pada dirinya . Setelah tamat kelas pasti Arham akan mengajaknya menunaikan solat berjemaah di masjid Putrajaya . Walaupun A'yun agak malas dan rimas pada mulanya , namun lama kelamaan hatinya mula rasa damai .

A'yun merasakan dia semakin hampir dengan penciptanya . Dia mula kenal dan sedar akan jalan mana yang harus dia lalui demi mencari redha Ilahi . Qurratu A'yun termenung sendiri . Perlahan dia mara ke arah Arham yang sedang menuju kearahnya .

" Yun , sorry terpaksa tunggu aku lama . Imam tu tadi ada bagi tazkirah ringkas sikit so aku dengar je lah sekejap ".

" No hallah bro , sikit pun aku tak marah . Jomlah balik , takut mummy risau pulak dah lewat ni " .

" Kau tak lapar ke weh ? Aku call mummy jap minta izin nak bawa kau makan dulu baru hantar kau balik " .

" Aku kenyang dah habiskan roti ni . Kau hantar aku balik je lah . Penat sangat harini " .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Qurratu A'yun mengetuk bilik mummy perlahan . Pintu bilik dibuka dari dalam ..

" A'yun kenapa ni sayang ? Ada masalah ke ? Meh masuk " .

A'yun diam membatu . Sepi seketika . Rasa payah untuk dia menyampaikan hasrat dijiwanya . A'yun malu . Segan pada mummy dan daddynya .

" Sayang daddy ni kenapa ? Ada masalah ke ? Bergaduh dengan Arham ? "

Bertubi tubi soalan yang diutarkan oleh Tan Sri Qaidir .

" Mummy , daddy .. A'yun harap mummy and daddy tak gelakkan A'yun eh bila A'yun bagi tau something ni ? "

Teragak agak A'yun membuka mulut berbicara . Mummy dan daddynya hanya mengangguk mengiakan dan memberikn laluan kepada A'yun untuk terus berbicara .

" Boleh esok A'yun pinjam tudung mummy ? "

Tan Sri Qaidir dan Puan Sri A'iesyah menarik nafas syukur . Puan Sri A'iesyah mengangguk dan memeluk A'yun kemas .

" Alhamdulillah sayang . Esok kita pergi shopping tudung dan baju kurung atau dress ya ? Pilih je yang mana A'yun suka . Mummy dan daddy takda masalah " .

" Baju kurung and dress A'yun dah banyak yang mummy bagi A'yun tak pakai lagi . Ingat nak cari tudung yang sesuai pakai dengan semua baju A'yun dah ada tu je . Asyik pakai selendang putih tu je tak syok lah " .

" Mana-mana je sayang . Daddy tak kesah . A'yun habis kelas awal kan esok ? Mummy and daddy pergi ambik je then kita pergi shopping ya ? " . Tan Sri Qaidir terlebih dahulu membuat perancangannya . Dalam diam dia merangka untuk makan malam di rumah Tuan Amri .

" Thanks mummy daddy . A'yun masuk tidur dulu ye ? " . A'yun tunduk menyalami mummy dan daddynya kemudian melangkah keluar menuju ke bilik tidurnya .

*
" A'iesyah , abang rasa lega sangat penantian kita dah lama berakhir . Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan permintaan kita . Maafkan abang tak berjaya mendidik A'yun sebaik mungkin " .

" Abang , A'iesyah yang patut minta maaf dengan abang . Sepatutnya A'iesyah berhenti kerja dan jaga A'yun dulu . Kalau A'iesyah yang didik dan jaga A'yun dengan baik , tentu dah lama anak kita tu bertudung kan bang ? "

" Biarlah benda yang lepas kita jangan kenang lagi . Hidup ni kita teruskan dengan apa yang bakal terjadi pada hari yang akan datang . A'iesyah , abang rasa Arham yang banyak membimbing A'yun kita menjadi wanita solehah . Esok insyaAllah lepas kita shopping barang-barang A'yun kita makan malam di rumah Tuan Amri . Awak takda masalah kan ? "

Puan Sri A'iesyah mengngguk laju dan tersenyum mesra sambil memaut lengan suami kesayangannya .

" Rasa macam nak kahwinkan terus je si Arham dengan A'yun tu . Tapi ye lah Atila tu nak A'yun jadi menantu sulung dia bang . Macam mana ni ? Takkan kita nak halang perasaan budak-budak tu kot ? "

" Biar masa yang menentukan . Andai ada jodoh mereka , tak kemana " .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi lagi A'yun bersiap . Dibeleknya diri dia di hadapan cermin . Baju kurung ungu lembut dipadankan dengan tudung bawal yang seakan tona sama dengan warna baju . A'yun tidak pernah pakai makeup . Baginya make up itu hanya melecehkan . Seperti biasa A'yun hanya mengoleskan sedikit pelembap bibir agar dia tidak kelihatan terlalu pucat .

Penuh riang A'yun menuruni tangga menuju ke dapur . Bau harum bihun goreng menusuk hidung . Mummy takkan masak mee goreng sebagai sarapan kerana A'yun punya gastrik tahap kritikal . Tidak boleh makan mee goreng sebelum perut diisi dengan makanan lain .

" Morning mummy ! Bestnya bau bihun goreng "

" Cantiknya anak kesayangan mummy ni . Manis je . Kang pengsan Arham tengok " .

" Mak aih cantiknya adik ipar kak Wardah . Makin berseri-seri . Macam seri pengantin je ni ?"

" Ish mana ada lah kak Wardah . A'yun muda lagi . Kak Bahiyyah mana ? "

A'yun mengubah topik . Dia segan diusk begitu . Hatinya belum bergetar punya rasa untuk Arham . Biar waktu yang menentukan .

Tan Sri Qaidir memanggil semua anak menantu serta cucunya bersarapan . Wardah dan Bahiyyah merupakan menantu keluarganya manakala Ruqayyah dan  Asyrani cucu mereka . Qaisir Aqlan saja yang belum turun bersarapan . Masih di atas tidak selesa perut .

Pagi itu dapur mereka riuah dengan usikan untuk A'yun . Selesai bersarapan daddy dan abang Afzan terlebih dahulu meminta untuk ke pejabat . Jam berganjak menunjukkan 8.20 pagi .

A'yun tunduk mencapai sarung kaki . Dengan lafaz bismillah dia mula melangkah keluar . Menyarung wedges putih dua inci . Telefon menjerit meminta A'yun untuk menjawabnya . Tertera nama Arham pada skrin Iphonenya .

" Assalamualaikum Arham , ada pa ni ? Aku dah siap tunggu kau ni . "

" Waalaikumussalam Yun . Aku nak minta maaf , aku tak attend kelas hari ni . Sakit perut gastrik " .

" Kau tak makan ke semalam ? Ish budak ni buat aku risau je . Hurm takpelah lepas kelas nanti aku pergi rumah kau " . Laju A'yun membuat janji tanpa berfikir panjang terlebih dahulu .

Talian dimatikan . A'yun menapak semula ke dalam rumah untuk mengambil kunci kereta . Sampai di tangga abang Aqlan memandang A'yun pelik .

" SubhanaAllah , adik abang ke ni ? Cantiknya . Kan manis kalau dari dulu lagi A'yun bertudung menutup aurat . Ni kenapa masuk rumah balik ? Arham tak datang ambil ke ? "

" Arham sakit perut gastrik katanya . So A'yun ingat nak pergi sendiri jelah kelas , ni naik pun nak ambil kunci kereta " .

" Jom lah abang hantarkan , lagipun nak ke tapak pembinaan dekat Alamanda ni " .

" Okey jomlah malas jugak nak drive . Lagipun lepas kelas nanti nak keluar dengan mummy daddy " .

" Nak beli barang hantaran ke ? "

Gurau Aqlan . A'yun memang rapat dengan kedua-dua abangnya . Jarak umur antara mereka bertiga tidaklah jauh . Afzan 29 tahun Aqlan 28 tahun dan A'yun 23 tahun . Afzan dan Aqlan kahwin pada tahun yang sama ketika Afzan berumur 25 manakala Aqlan 24 tahun .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah penat meronda dan membeli tudung yang menarik minat A'yun , Tan Sri Qaidir memandu laju menuju ke rumah Tuan Amri .

" A'yun nak tengok Arham kan sayang ? Papa bagitau daddy ajak makan kat malam kat rumah diorang hari ni " .

" Ouh A'yun okey je sebab memang dah janji tadi nak datang jenguk Arham ".

Tan Sri Qaidir membelok memasuki rumah banglo tiga tingkat itu yang sudah tersedia terbuka pintu pagarnya . Mereka beriringan memasuki kawasan rumah dan disambut mesra oleh Tuan Amri dan Puan Atila .

Tuan Amri dan Puan Atila mengajak A'yun dan keluarganya duduk berehat minum petang terlebih dahulu . Lepas solat maghrib dan isyak berjemaah nanti baru makan malam .

Mata A'yun galak melilau mencari kelibat Arham . Risau . Tidak A'yun tahu kenapa hatinya mula tersentuh dengan layanan Arham .

" A'yun cari Arham ke ? Kejap mama panggil dia turun " .

Puan Atila meminta izin untuk naik ke atas mengejutkan Arham . Sepuluh mnit kemudian mereka berdua turun ke bawah . Tergaris senyuman manis di bibir A'yun melihat Arham . Hati dia mula sangsi dengan perasaan sendiri .

Arham kaget . Langkah kaki bagai dipaku . Arham kelu tanpa lafaz kata . Nur Qhalisha Qurratu A'yun berlainan watak hari ini . Tiada lagi rambut ikal yang panjang dibiarkan lepas mengurai . Tiada lagi seluar jeans lusuh dan tshirt yang tersarung di badan A'yun . Hari ini hanya baju kurung dan tuudng bawal yang dikenakan A'yun . Simple tapi mampu menggetarkan naluri lelakinya .

" Yun , comel sangat kau harini . Bertuah siapa yang dapat isteri secomel Qurratu A'yun ni . Aku jeles nanti ".

A'yun hanya tersenyum . Malas untuk dia bertekak dengan Arham . Nampak pucat dan tidak bermaya si Arham yang mengambil tempat duduk disebelah mama .

Tan Sri Qaidir tahu maksud tersirat akan kata-kata Arham . Dia lelaki . Pandangan Arham terhadap A'yun menceritakan segala isi hati Arham .

Suasana yang riuh antara dua buah keluarga itu bercerita tentang pelbagai perkara dikejutkan dengan salam dari luar . Jam menunjukkan 7.00 petang . Arsyad pulang dalam keadaan penat lantas menyalami mama papanya dan Tan Sri Qaidir . Seketika A'yun bagaikan terbang rohnya entah kemana tanpa jasad .

Solat maghrib berjemaah diimamkan oleh Amrin Arsyad memandangkan Arham Muhaimin tidak sihat  . A'yun memandang Arsyad sinis . Mampukah si kaki club itu menjadi imam ?



P/S : inyaAllah bersambung nanti . Doakan moga dapat menamatkan mini novel ni dengan cepat ya ? 

No comments: