8 Jan 2015

Kembara Mengenal Tuhan

Unplanned Trip ! 

31 Disember 2014 .
Rabu . 

Bismillahirrahmanirrahim . 
Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang , 

Tepat jam 4 petang , pakcik call bagitau dia dah ada kat bawah . 
Aku , amie and edah bergegas turun .

pergi paradise beli bekalan air mineral .
finally dapat juga keluar dari Irbid . otak aku dah sembab asyik hidu udara yang sama . 
perlukan terapi dunia luar seketika . 

new year kali ni kita rasa angin mantiqah lain . 2014 new year hanya di syari3 jamiah . 
cukup untuk aku menoleh . perit yang dirasa biar terkubur begitu saja . 

mengharap kali ini langkah kian teratur . 

perjalanan dari irbid ke mafraq mengambil masa satu jam dek kerana kesibukan jalan raya . manusia berpusu-pusu ke luar dari bandar . pulang ke kampung mungkin , 

setiba di mafraq maghrib ! seusai solat jamak untuk meneruskan perjalanan dari mafraq ke mu'tah . 

tahun tiga di jordan , akhirnya kami bertiga menjejakkan kaki ke mu'tah . tapi sekadar hanya untuk merehatkan penat badan . 


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

HAPPY NEW YEAR ! 
1 January 2015 .
Thursday .

Pagi tahun baru , semalam tiada parti , tiada stay up semata-mata nak tunggu detik jam 12 . moga makin bertambah tahun makin bertambah umur , harapannya agar aku makin matang dalam meniti sebuah perjalanan kehidupan . 

6 pagi kami semua berangkat dari mu'tah menuju ke petra . aku sendiri tidak pasti berapa lama perjalanan kami . 


waiting for sunrise at Petra , tapi dalam kereta pon jadi lah :) 

10 pagi sampai petra benda pertama yang dicari , breakfast . semua orang memang dah lapaq sangat . perlukan energy untuk daki petra ! pusing dua tiga kali lastly jumpa kedai roti . biasalah orang arab mana ada nasi pagi ! makan dalam kereta je , jimat masa :)

sampai petra ,


aku actually bukan nak sangat pon daki petra . tetambah time tu perut buat hal . sakit sangat . kaki pulak ada tanda tak mampu nak stand lama . terfikir jugak macam mana nak bagitau diorang aku taknak masuk . 

alhamdulillah Allah maha penyayang . ditakdirkan kak hana dan kak mun tak bawa student kad , tak dapat keizinan untuk masuk ke dalam . aku berikan student kad aku pada kak mun and student kad amie pada kak hana . dua ticket burn macam tu je . its ok next time boleh datang lagi :) 

sebelum keluar dari petra , wajiblah bergambar dulu even tak panjat pun , kikiki .

                                            

aku , amie , edah and pakcik keluar dari petra . pakcik nak bawak kiteorang pergi tempat dia xcdent dulu .

keluar dari Petra , kiteorang singgah dulu kat taman permainan . 



hehs , layan kanak-kanak under age . lupa pulak dah angka 21 untuk tahun ni . Allah , lalai sungguh manusia ni . tak habiskan banyak masa so kiteorang berempat teruskan perjalanan .

searching*

usai tadabbur keindahan alam bumi Tuhan , masa seakan cemburu . detik waktu yang pantas berlalu . jam 12 diorang yang masuk panjat petra dah keluar . separuh jalan memang cepat la . 

ok then our journey begin from petra to wadi rum . sejarah about wadi rum ? aku sendiri tak pasti . apa yang pakcik ceritakan , wadi rum merupakan sebahagian tanah arab saudi satu ketika dulu . british menakluki wadi rum dengan memberikan pelbagai kemudahan . berlakunya peperangan antara saudi dengan jordan kerana ketidakpuasan hati raja saudi dek kemajuan yang diterima oleh wadi rum . wadi rum merupakan satu dataran seolah lautan . tiada tumbuhan kecuali pokok renek seakan rumpai laut . pasir yang terdapat di wadi rum merupakan pasir yang terhalus kerana pasir itu terbentuk dari debu yang berterbangan . 

alhamdulillah kami sampai solat jamak kat wadi rum then boleh tengok sunset . memang favourite part in my life . view from tempat kiteorang panjat tu subhanallah sangat cantik . memang sifat semulajadi aku . suka sangat dengan pemandangan alam yang terbentang indah . nikmat kesihatan mata yang Allah anugerahkan . 

p/s : mohon google sendiri sejarah wadi rum untuk kesahihannya .  


*wadi rum

bertolak dari wadi rum to aqabah . aqabah merupakan satu-satunya tempat yang punya laut di jordan ni . laut aqabah bertentangan dengan israel . tumpuan daya tarikan jordan . aqabah sinonim juga dengan laut merah . tahap kemasinan air laut aqabah ni teramatlah berbeza dengan tahap kemasinan laut pantai bachok ! kikiki . #homesick . bagi aku rugi sangat siapa yang dah selalu pergi aqabah tapi tak nak ambil peluang untuk mandi . rasalah paling kurang pon sekali . 

sampai aqabah dah malam . masing masing dah kelaparan . penat di petra dan wadi rum belum hilang . cari hotel pun satu hal . at the end dapat hotel mas paradise . serious best selesa even mahal . berbaloi sangat . yang tak syoknya jauh dari balad aqabah . aku ni jenis yang suka merayau tanpa arah . dapat tengok dunia luar tu dah cukup nikmat buat aku . 

check in hotel then keluar cari makanan and cari ikan , sotong untuk bbq esoknya . mana cukup ayam je . sampai kat kedai makan agak sedikit kecewa bila menu makanan tidak menepati cita rasa . tapi mengenangkan hari susah lewat malam aku makan apa yang ada . bila perut kenyang balik hotel then tdo . esok masa untuk berBBQ then bertolak ke laut mati . 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JUMAAT PERTAMA NEW YEAR !

2 January 2015 .
Friday .

Bangun pagi lagi terus bersiap untuk ke pantai . memang dalam mind aku nak mandi , tak kiralah yang lain taknak mandi pon ! nikmat dapat rasa air laut tu . maybe factor aku membesar dekat pantai ? 

sampai ja pantai terus cari tempat untuk berlabuh . aku memang dah get ready dengan tracksuits . senang terus terjun laut ! jumpa tempat yang kononnya terlindung dari angin actually but at last ayam ikan sotong berperisa tambahan pasir . aku memang suka bahagian nak membakar ni . suhu sejuk mencucuk tulang so dekat dengan api lega sikit . 




sambil aku bakar ayam ikan sotong sambil tu juga aku makan . nak tunggu siap semua ? bukan setakat sejuk , silap hari bulan aku dapat telan asap je . so tektik aku tu memang dah cun lah , syok weh makan pepanas ! bila dah tinggal dua tiga ekor lagi ikan , aku terus tinggalkan amie sengsorang . memang terjun laut lah aku :) kikiki

oh ya satu lagi tarikan dekat aqabah ni ada glass boat. hahaha . serious dulu aku ingat glass boat dia tu hum faham sendirilahkan macam mana rupa glass boat sebenarnya . tapi harapan macam sedikit kecewa bila aku tahu glass boat dia sangatlah comelnya !


so beb , sejuk tak air dia ? sejuk tu time first jejakkan kaki dalam air . tapi serious mind set tu penting . tak sejuk pun sebenarnya air dia even aku menggigil pon . hahaha @.@ . aku mandi sekejap se sebab aku tahu aku memang lama gila take time bila tukar baju . weh biasalah perempuan . 

dari aqabah - dead sea ! 

dalam kereta semua orang tidur je , penat . 

sampai laut mati lewat . dah nak maghrib . so takda sape yang turun mandi . aku macam biasa , setiap tempat aku memang akan ambil manfaat . orang tak sentuh air aku siap masuk rendam kaki lagi . 

azan maghrib semua naik . 

balik bertolak dari laut mati - mafraq . 

mafraq - irbid . 

end of the journey untuk hari jumaat . 

#KembaraMengenalTuhan .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 January 2015 .
Saturday . 

 harini Ashabul Kahfi .  ceritanya ? ada dalam al-Quran . surah Al-Kahfi . 



masalah betul bila adawiah baharin nampak bunga ! tapi sayang tak boleh masuk dekat nak ambil gambar bunga . so sad :( . dari jauh pon kira ok lah kan ? 



finally balik irbid . ~ sebak betul . hiba terasa . serious tak puas lagi nak pusing jordan . banyak tempat lagi tak pergi . 

thanks korang untuk semua kenangan terindah yang terukir untuk awal tahun baru ni . 


~ THE END ~ 


 harini baru rasa nak publish . 

1720 
irbid 
08012015





No comments: