26 Dec 2014

kun fayakun

[ 26 DISEMBER 2014 ]
[ JUMAAT ]

Alhamdulillah syukur pada yang maha Esa maha kuasa maha kaya maha agung pemilik seluruh alam semesta ini .

Jumaat terakhir sebelum 2014 melabuhkan tirainya .

2014 mencatat sejarah tragedi banjir besar melanda malaysia . pantai timur aku mengesahkan lumpuh ! aku isytiharkan darurat . tapi siapa aku ? siapa kita ? hanya rakyat marhaen  biasa yang selalu ditindas tertindas .

cukup ! aku penat untuk berbicara soal politik . bukan masanya sekarang untuk kita berpolitik mempolitikkan tentang keadaan banjir yang Allah titipkan sedikit rahmat kasih sayangNya buat kita hamba yang berdosa .

ya memang aku tak rasai ! memang !!! tapi adik-adik aku , sebahagian besar keluarga aku merupakan mangsa banjir di kelantan . Perlis , kedah , johor , perak , seremban , selangor , kl sudah mula dinaiki air , belum termasuk lagi negeri-negeri yang baru sahaja dikhabarkan paras air sungai semakin meningkat . tak termasuk lagi negeri-negeri yang aku langsung tidak tahu apa perkembangannya . negeri-negeri di Pantai Timur hampir keseluruhan daerah tenggelam . Kelantan , Terengganu , Pahang .

Bachok merupakan satu-satunya benteng terakhir negeri Kelantan . sekarang aku sendiri tidak tahu sejauh mana selamatkah daerah itu . semoga Allah lindungi .

balik dari program tahsin bacaan alQuran tadi masing-masing menghadap telefon . scroll newsfeed fb . scroll twitter andai ada berita-berita terbaru yang SAHIH untuk kami para perantauan ini . hati mana tidak sebak , jiwa mana tidak runtun , family di Malaysia tidak dapat dihubungi . lost contac berhari-hari .

dalam asyik memandang screen fon , bacaan ayat suci alQuran ketika solat jumaat kedengaran sayup dari masjid jamiah , ayat : " KUN FAYAKUN " jelas kedengaran di cuping telinga aku . deep ! seolah-olah Allah menegur aku . sabar dan yakin hanya pada Allah . dengan kuasaNya hujan akan berhenti , dengan kuasaNya air akan surut , aku lupa bahawa air itu juga merupakan makhluk tuhan . aku lupa ! Allah musta3an wahai hamba Allah yang beriman .

family aku di kuala krai langsung aku tidak tahu bagaimana keadaan mereka . family-family aku yang berada di tanah merah juga sudah terputus hubungan . bukan aku sorang , semua housemate aku mostly penduduk tanah merah . daerah mana yang tidak dinaiki air aku tak pasti . semoga kampung edah selamat . kami hanya mampu kirimkan doa . hanya mampu berdoa . doa senjata mukmin .

bohong aku tak sebak bila pandang sorang-sorang kawan aku . semua berlagak cool . konon kuat . hakikatnya ? Allah saja tahu .

aku tak dapat berita terbaru dari adik aku yang berada di rantau panjang . resah gelisah itu tuhan saja tahu . jiwa seakan melayang tidak bersama jasad . apatah lagi minda yang merewang sampai ke malaysia sudah . last contac dengan adik aku yang ada di rantau panjang *25/12/2014 , 1732 waktu jordan . last dapat wasap from abang min aku 0825 juga waktu jordan *26/12/2014 .

sekarang semua sepi tanpa berita . fon sentiasa ditangan , genggam padu ! noti wasap masuk cepat-cepat buka . aku penat . penat bermain dengan perasaan sendiri .

dapat videocall through tango dengan ummiabah and adik lelaki from jeddah . syukur sangat ! aku tahu abah sebak , aku tahu abah menangis .
" Yang , along dapat contac dengan adik-adik ? " . aku nampak air mata jernih abah mengalir di pipi . Ya Allah sebak . aku tahan air mata . senyuman seikhlas mungkin aku ukirkan buat abah tercinta .
" Alhamdulillah along dapat contac dengan abang min , abang hakim diorang ada dengan angah achik kakak and alhamdulillah air kat tempat tu tak naik " .
bisa aja bohong kan ? sedangkan aku sendiri tidak pasti aku sendiri tidak tahu .

Allahuakbar . aku cuba untuk kuat aku cuba untuk senyum . aku anak sulung , kekuatan ummiabah ialah aku . andai aku lemah andai aku rebah ummiabah tak kuat . aku yakin Allah menguji hambaNya kerana Dia maha mengetahui segala sesuatu yang tersirat mahupun yang tersurat . Allah bantulah hambaMu .

ummi tahan sebak sepanjang bercakap dengan aku .
" ummi mesti rindu along kan ? "
" mana ada mak tak rindu anak , long " .
aku senyum . sikit-sikit cakap rindu , sikit-sikit cakap sayang . itulah aku ! ummiabah adik-adik , cinta hati aku .
" ummi tak payah la balik lagi dok je mekah , banjir tak boleh balik " .
" ummi kat jeddah dah ni sayang , insyaAllah Allah kan ada , kita balik sampai klia dulu tengok keadaan macam mana . adik-adik ada kat sana " .

Ummiabah ! ibuayah mana tak risau mengenangkan anak-anak yang jauh dimata . terperangkap dengan banjir .

18 minit lebih bervideo call dengan ummiabah adik , abah suruh aku berehat . kononnya aku dulu yang nak off fon at the end aku biar je ianya still on . dengar perbualan ummiabah and para jemaah buat aku lemah . semua fikirkan cara untuk pulang ke tanah air masing-masing setelah selesai menunaikan umrah . ada yang aku dengar rumah belum dinaiki air tapi jalan untuk ke rumah sudah dipenuhi air , aku tak sanggup untuk dengar yang selanjutnya . memandangkan aku tahu ummiabah perlu jimatkan bateri fon aku tekan je end dial . kholas !

aku tahu aku tak kuat , aku cari secebis kekuatan . tuhan , bantulah hamba-hambaMU . menangislah dalam sujud , menangislah dalam doa , sesungguhnya Allah bersama hambaNya yang sentiasa mengingatiNya .

amie , asma' , edah , yana . . . maafkan aku tak mampu untuk kuatkan korang . aku sendiri lemah . aku sendiri rebah pada hakikatnya . amie , you are the stronger one . If amie nangis , along nangis . if amie rebah along lagi rebah . dalam rumah ni amie and edah paling kuat . orang yang paling susah untuk menangis . asma' and yana more stronger then me .

ingatkan aku saat aku lupa bahawa aku punya tuhan untuk bergantung berharap !

1441 .
26122014 .
irbid .

No comments: