17 Aug 2014

jiwa yang tenang

cuba tengok hati kita macam mana . okey tak ? ada rasa dendam , benci , menyampah , meluat , tak puas hati , dengki dengan orang lain tak ?

kalau ada boleh cecepat reset hati agar kembali normal . hati manusia ni something yang rumit . susah sangat nak jaga . istighfar dan zikir tu penenang hati dan jiwa .

-dah lama tak bersweet macam ni . awak imtihan saya bacakan doa dan iringi awak dengan bacakan yasin dan surah surah lain . agar awak tenang tanpa gelisah dipermudahkan segala urusan time jawab exam . saya harap awak berjaya dalam citacita serta kerjaya dunia awak dan dapat ganjaran di akhirat nanti .

bila keluar status macam tu ada yang akan cakap bajet suwit la semua tu . korang tahu ke dekat siapa dia tujukan ? mungkin adik dia atau abang atau kakak atau saudara mara dia yang lain dan tak lupa jugak dekat kawan dia mungkin !

manusia tuhan kurniakan bersama jasad yang cukup sempurna bersama sekeping hati berserta akal yang sihat lagi waras . hati . jangan mudah prasangka buruk dengan orang lain . lama lama jiwa yang merana diri sendiri yang rugi . so lets move on . no more nak dengki nak sakit hati dengan sesuatu yang tak berbaloi . semua benda cuba fikirkan postve dia tu . bersangka baik is the best thing in our life !

nak lagi dapat hati yang bersih dan jiwa yang tenang ? baca alquran ! damai dapat dirasai dengan mengingati tuhan . trust me .

aku penat . lelah . cukup lemah untuk menolak segala tohmahan dan lontaran kejian hinaan dari manusia lain . ya aku tak sempurna malah takkan pernah sempurna . punya banyak kelemahan banyak kekurangan . tegurlah bila aku lalai . tegurlah bila aku hanyut .

dan aku sudah biasa untuk menangis serta ketawa sendiri . aku tak perlukan insan lain untuk sama sama ketwa dengan aku , sama sama menangis dengan aku . aku punya family yang sayangkan aku . aku punya tuhan yang selalu ada untuk aku .

setiap hari aku bangkit dari tidur . tiada apa yang aku harapkan melainkan redha tuhan sepanjang aku hidup . melainkan kasih sayang serta rahmat tuhan buat semua manusia yang aku sayangi yang aku kasihi . buat semua umat manusia yang tuhan ciptakan . aku selalu mengharapkan aku mampu jadi yang terbaik . walaupun aku tak baik . tapi aku cuba setiap hati untuk sentiasa baiki diri agar menjadi baik .

nilailah aku pada luaran . nilailah pada pandangan mata kamu . kerana apa yang lebih aku harapkan ialah pandangan tuhan terhadap aku .

No comments: