5 Jul 2014

maqlubah


maqlubah dajaj * 

ni menu berbuka semalam 04072014 . aku dapat berita toksu zul sakit pon semalam . ya Allah semoga KAU berikan kesihatan yang baik untuk toksu zul . AMIN ~ 

aku sebagai seorang cucu pon tak sempat lagi nak balik perlis lawat tok su yang kene serangan jantung and sekarang berada di wad icu hospital tuanku fauziah kangar . rancangnya lusa maybe aku balik . bergantung kepada situasi family aku yang kat kelantan pula . ummiabah sibuk , siapa yang nak hantar aku p stesen bas . humm * 

okey tak mau touching-touching dah nanti air mata mengalir laju lagi . saja nak share resepi maqlubah dajaj ( maqlubah ayam ) yang paling senang and simple . aku bawa balik sekilo kot rempah maqlubah ni . favourite food kat irbid . actually maqlubah ni best makan dengan daging kambing . tapi aku guna ayam je . dah ada ayam je as daging yang dalam peti ais . 

RESEPI MAQLUBAH : 

- nasi beras basmati ( aku guna beras thailand je . jadi jugak ) 
* rempah maqlubah ! 
- ayam / daging / kambing .
- kentang .
- bunga kubis .
- terung . 
- tomato * 
- timun batang * 
- daun pudina *
- garam 

# rebuskan ayam / daging / kambing dengan rempah maqlubah tu sehingga daging empuk .
# perasakan dengan garam .
# goreng kentang / bunga kubis / terung sekejap . 
# susunkan semua ayam / daging / kambing , kentang , bunga kubis dan terung di dasar periuk.
# masukkan beras dan air rebusan tadi . then letak la kat periuk elektrik tu :P .

untuk tomato , timun batang dan daun pudina tu buat sebagai salatah . potong kecil-kecil . * nak tambahkan cili padi dan bawang merah pon takpe :) 

enjoy your meal . aku lebih suka masak sendiri dari beli makanan kedai ^_^ 

menteri besar perlis melwat toksu zul . 

alhamdulillah syukur sangat nampak toksu dah makin sihat . semoga cepat sembuh toksu zul . kami cucu-cucu dan anak-anak toksu zul sentiasa doakan kesihatan toksu zul . terima kasih YAB Menteri Besar Perlis , kerana sudi melawat toksu kami .

love from kelantan :) we love you . tunggu cucu yang ni balik ye >:< 

No comments: