11 Jul 2014

BOIKOT ?

dah lama aku dengar isu boikot ni . dah lali ! boikot bermusim kan umat islam ni ? yaa mungkin ada yang sepenuhnya memboikot barangan dan product yang di keluarkan oleh musuh-musuh islam . tapi berapa peratus ? hanya 1% daripada 100% yang memboikot sepenuhnya . 98% peratus lagi ? hanya boikot sesetengah product dan boikot bermusim . boikot bermusim ni bila mana gaza diserang , maka kempen boikot dilancarkan . kemudian apabila keaadaan di gaza kembali pulih , ramai yang serbu ke mcd , dan sekutunya . tak usah cakap ! manusia ni pantang ada makanan percuma , kat situlah sanggup beratur panjang . sedar atau tidak itulah merupakan antara satu cara kita menyokong musuh-musuh islam . mengiyakan apa yang mereka lakukan terhadap saudara seagama dengan kita di gaza sana .

harini dunia leka dengan fifa world cup . kita bersuka ria bersorak riang meraikan kemenangan team favourite masing-masing . kononnya sedih bila pemain kesayangan tercinta cedera dan dikeluarkan dari fifa kali ini . meratapi kekalahan brazil yang diserang bertubi-tubi oleh pihak lawan . sedarkah kita saat itu juga musuh-musuh islam melancarkan serangan bertubi-tubi kepada umat islam di gaza ? tahukah kita umat islam di gaza sedang berperang bertempur dengan musuh-musuh islam hanya bersenjatakan batu bata dan bukannya M16 tergalas di bahu mahupun paling tidak bretta untuk menembak pihak musuh untuk membela diri . betapa hebatnya umat islam di gaza . mereka syahid ! pasti syurga buat mereka . alhamdulillah . sedangkan kita ? masih mampu bersenang lenang dan berbahagia . malah membantu tentera-tentara kafir dari segi bantuan ketenteraan . melalui apa ? membeli barangan dan product mereka . Allah ! sadisnya jadi manusia yang sanggup membunuh darah daging sendiri . . tanpa kita sedar , melalui pembelian barangan mereka , mereka mempunyai sumber untuk menghasilkan senjata menyerang umat islam . setiap peraliran wang kita akan dipersoalkan di akhirat kelak .

di bulan ramadhan yang penuh mulia ni . ayuhlah kita sama-sama mendoakan keselamatan umat islam di seluruh dunia . berdoalah kerana doa senjata mukmin ~ isilah masa dengan membaca doa qunut nazilah .



No comments: