26 Jun 2014

ramadhan menghampiri .


salam ramadhan al-mubarak  ~ firstly ucapkan alhamdulillah . ramadhan kian hampir . apakah kita bersedia ? khamis minggu ini merupakan khamis terakhir untuk bulan sya'aban . mungkinkah kita bertemu lagi untuk bulan sya'aban tahun depan ? moga Allah panjangkan usia kita hambanNya yang hina ini untuk terus bertaubat memohon keampunan serta rahmat kasih sayang dari tuhan !

mash berbaki , khamis jumaat dan sabtu . 3 hari lagi sebelum kita bertemu ramadhan pada hari ahad nanti . sempatkah kita ? atau sebaliknya ? sama-sama kita doakan agar Allah panjangkan usia kita untuk bertemu dengan bulan yang penuh kemuliaan ini . amin amin amin ya Rab !

bulan ramadhan , bulan yang dinantikan oleh seluruh umat islam di dunia . kenapa ? kerana bulan ramadhan bulan mulia , bulan yang penuh dengan keampunan . jadi sebagai hamba Allah yang hina , perbanyakkanlah sujud meminta keampunan dariNya . sesungguhnya Allah itu Tuhan yang maha pengasih lagi maha pengampun * 

bulan ramadhan juga bulan yang penuh dengan rahmat . tak terhitungnya rahmat yang Allah kurniakan buat kita hambaNya sekalian alam ~ Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekalian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

#Ditutup Pintu Neraka Pada bulan Ramadhan, pintu neraka ditutup maka kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh . Seksaan kubur ke atas orang Islam dihentikan pada bulan Ramadan. Selain itu orang Islam yang meninggal dunia pada bulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir.

#Dibuka Semua 8 Pintu Syurga.Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat yang diturunkan oleh Allah s.w.t pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini bahkan golongan miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

#Allah Perhiaskan Syurga . Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. 

*Doa Yang Patut Dibaca Selalu, Khususnya Pada Bulan Ramadhan Ramadhan dan pengampunan dosa tidak dapat dipisahkan. Malah, apabila ditanya oleh Aishah R.A tentang apakah yang harus dibaca olehnya sekiranya bertemu dengan Lailatul-Qadr, Nabi S.A.W mengajarkan doa khusus berikut untuk memohon keampunan, iaitu:

اللهمّ, انّك عفوّ, تحبّ العفو, فعف عنّي 
“Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku…”

jadilah hambaNYa yang taat dan patuh perintahNya serta tinggalkan segala apa yang dilarangNya . hidup kita bukan selamanya di dunia yang penuh tipu daya ni , tapi akhirat kelak tempat kekal abadi kita . ingatlah kerana syurga tujuan kita . ayuhlah sama-sama menjadi mukmin yang sejati yang mengejar redha Ilhai bukan hanya mengejar duniawi . * muehehe maaf la TERcopy tagline PR PERMAI pulak ~ heuheu . selamat menyambut puasa and jangan skip terawih yaa ! 

No comments: