19 Jun 2014

Persediaan menghadapi ramadhan :

 [ PERSIAPAN MENGHADAPI BULAN RAMADHAN ]

- Lakukan warm-up dengan berpuasa setiap Isnin  - Khamis .

-Luangkan sedikit masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja di sekitar anda dan berbincanglah tentang Ramadan yang bakal tiba, harapan, persiapan dan sebagainya

-Mulakan amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.

- Luangkan masa mendengar bacaan al-Quran.

-Mulakan membaca al-Quran setiap hari dan tambah jumlah ayat yang dibaca berbanding sebelum ini.

-Latih diri tidur awal, seolah-olah anda sedang berada bulan Ramadan. Bukan itu sahaja, ikhtiarkan bangun awal seolah-olah anda perlu bersahur. Kemudian hiasilah tabiat bangun awal dengan solat sunat dan bacaan al-Quran.

-Tambahkan ilmu yang anda sangat perlukan semasa Ramadan. Jangan sekali-kali menyangka bahawa anda tahu segala-galanya tentang bulan yang dinanti-nanti hamba Allah yang soleh ini. Hasil bacaan juga boleh meningkatkan ghairah anda menyambut Ramadan dan beribadah semahunya.

-Sentiasa dalam keadaan berwuduk.

-Introspeksi diri anda setiap hari sebelum tidur. Mintalah keampunan Allah atas setiap dosa yang dilakukan dan Allah beri kekuatan untuk kekalkan kebaikan yang telah dilakukan.
-
-Bantulah orang lain yang memerlukan dengan ilmu, kudrat dan kebolehan yang ada.

-Dekati orang-orang yang berilmu, orang-orang soleh dan sebagainya supaya anda dapat belajar lebih daripada mereka.

-Berilah peluang kepada diri anda bersendirian supaya dapat meluangkan masa mengingati Allah dengan berzikir.

-Luangkan masa solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha dan Qiamullail.

- Bagi mereka yang mampu mengerjakan umrah dalam Ramadan amatlah digalakkan kerana berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w., umrah yang dikerjakan dalam bulan Ramadan sama seperti mengerjakan haji.

No comments: