12 Jun 2014

lawan nafsu .

aku rasa teruk sangatlah diri aku since balik  . rasa tada makanan rohani je ~ haish parah macam ni . sekejap rasa nak nangis , kejap sensitif sangat ! hum PMS ke ? lol * sekarang ni kerja aku asyik tidur and makan je . nafsu makan langsung tak control . langsung tidak !!! makan ikut terlintas dalam mind . ni semakin membimbangkan . haha . nafsu manusia ni sebenrnya merupakan musuh paling ketat dalm diri manusia tu sendiri tau tak ?

 "Sabda Rasulullah SAW : Musuhmu yang paling ganas ialah nafsumu sendiri yang berada antara dua sisimu." (riwayat Al-Baihaqi)

nafsu pulak ada banyak peringkat weh * baca jelah kalau nak tau > : <

1. Nafsu Ammarah bi al-Su'
Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, kalah pada hawa nafsu serta tidak langsung berusaha melawannya.

2. Nafsu Lawwamah
Nafsu yang menyedarkan manusia daripada perbuatan jahat yang telah dilakukan serta menyesali kebaikan yang tidak dillakukan. Kadangkala manusia melakukan maksiat akibat lalai dan menurut hawa nafsu, kemudian bertaubat.

3. Nafsu Mutma'innah
Nafsunya terkawal sehingga mampu mengarahkan dirinya melakukan ketaatan, meninggalkan kemungkaran, mengajak ke arah perkara yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran. Inilah nafsu yang sentiasa mengilhamkan manusia supaya melakukan kebaikan.

haish macam-macam kan ? so kene lah berubah step by step nak control nafsu tu . MUJAHADAH !!!! walaupun ia pahit perit sukar susah and so on but its better to us right for grab the jannah ?

okey , kita dah tahu kan berapa peringkat nafsu yang ada . sekarang masanya pula untuk kita bermujahadah menentang nafsu kita !

Cara Melawan Hawa Nafsu :

1. Takut kepada azab Allah .

Apabila anda ingin melakukan maksiat , ingatlah azab neraka yang sangat
panas . Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya .
Bagaimana pula dengan neraka ! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada
maksiat , ingatlah azab neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan
hawa nafsu anda dengan izin Allah .

2. Mengingati mati .

Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati . Jika anda mati dalam keadaan
melakukan maksiat , adakah anda akan masuk syurga ? Ingatlah mati selalu .

3. Memohon hidayah daripada Allah .

4. Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat , cepat-cepat beristighfar.

5. Cari kawan-kawan yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda .

6. Cintakan majlis ilmu dan kuliah agama di masjid .

7. Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan2 .

8. Sabar dalam melawan hawa nafsu .

Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sa'datain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.

1. Mengetahui kesan2 buruk maksiat.

2. Malu kepada Allah.

3. Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan
keberkatan.                                                            

4. Takut kepada Allah dan azab neraka.

5. Cinta Allah.

harapnya lepas ni aku boleh kurangkan nafsu makan aku , nafsu shooping aku . amalan yang paling aku suka , membazirkan duit ! ahhh tidakkkk . outcome ? income ? apakh ?

No comments: