19 Jun 2014

kerana kita hamba tuhan

" apa yang kau rasa bila kau ta solat ? bahagia hidup begitu ? "

sepi .

hanya deruan ombak yang kedengaran . rambut yang mengurai menyentuh lembut pipinya dikuak .

kaku . soalan itu dibiarkan tanpa jawapan .

" kau tak takut azab tuhan ? "

hanya keluhan berat yang dilepaskan .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" jom balik Riana . ta guna kau kat sini . jangan pernah kau sesali dengan apa yang dah terjadi . itu semua takdir tuhan . tak siapa yang mampu menghalangnya ! " jerit Nadia .

Riana masih membatu disitu . kenangan dua tahun lalu masih segar di kotak ingatan . masih terngiang di telinganya suara itu . suara yang membuatkan dia rindu saban hari . air mata jernih mengalir membasahi pipi di biarkan . perit . sakit . bila ditinggalkan . hanya kenangan yang masih utuh dalam lipatan memori . Riana , seorang gadis yang mengabaikan seruan ilahi . solat lima waktu tidak dihiraukan . puasa tak pernah ditunaikan .  merenung dosa semalam bagaikan buih dilautan . tidak terhitung banyaknya . bahkan mungkin lebih banyak dari buih itu ?

perlahan Riana menghayun langkah . berat kakinya untuk tinggalkan pantai itu . setiap hari selepas kelas seringkali dia kesitu . masih menunggu dan menanti walaupun tahu ianya sesuatu yang tak pasti *

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

" Riana , jom solat berjemaah . aku tak pernah nampak kau solat dengan kitaorang . malas nak berjemaah eh ? kau tahu tak , solat berjemaah ni banyak pahala dia tau ? " .

Argh . suara itu ! masih lagi kedengaran di cuping telinganya .

azan subuh kedengaran . lantas dia bangkit dari pembaringan dan mencapai tualanya menuju ke bilik mandi . usai saja menyegarkan badan , kedengaran pintu biliknya diketuk .

" Riana , dah siap ? jom solat kat bawah . "

Riana hanya mengangguk sambil memakai telekung . dia menuruni anak tangga dengan berhati-hati khuatir mengganggu kawan-kawan yang sedang solat . Riana kaget apabila sampai anak tangga terakhir solat belum dimulakan dan semua mata memandang kearahnya . senyuman yang dilemparkan kelat . Nadia memberikan isyarat agar semua diam untuk memulakan solat berjemaah .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

dalam kelas Riana memeberikan tumpuan sepenuhnya . semester ini merupakan semester terakhir baginya . dia mesti melakukan yang terbaik untuk membuktikan buat mama dan papa dia boleh berjaya seperti abang dan kakaknya juga . selesai kelas physioteraphy Riana mengutip semua bukunya untuk pulang ke rumah . dengan perlahan langkahnya diatur . mindanya kosong . jiwa dia rapuh . sekali lagi air mata Riana berguguran seperti daun maple gugur jatuh mencium bumi . dalam sendu , Riana rasakan ada tangan yang mengusap belakangnya . Riana hanya membiarkan . dia selesa begitu .

" Riana , menangislah . luahkan apa yang terpenjara dijiwa kau . lepaskan semua yang terbuku dihati " .

Riana kenal akan suara itu . lantas dia menoleh sambil mengesat air matanya . sukar untuk dia percaya dengan apa yang dilihat  berada di depan matanya saat ini .

" Aku takkan tinggalkan kau terkontang kanting lagi mencari arah tujuan hidup kau Riana . kau sahabat aku dunia dan akhirat . alhmdulillah aku nampak banyak perubahan pada diri kau sejak aku tiada . kau mula solat ,  mula berpuasa dan kau berjaya menutup aurat kau dengan baik . aku kagum dengan penghijrahan kau Riana " .

Riana masih kaget . suara itu ! suara yag dirindui saban hari . sekarang betul-betul berada dihadapannya . Riana menangis sambil memeluk insan yang dirinduinya .

"  Qani'ah , kemana kau pergi selama ni ?aku fikir kau dah tiggalkan aku untuk selamanya . jangan pernah kau jauh dari aku lagi Qani'ah . aku perlukan kau untuk membimbing aku menjadi muslimah solehah yang diredhaiNya " - Riana

" InsyaAllah aku takkan tinggalkan kau selama mana jasad aku tidak terpisah dari rohnya . kau kena faham Riana , kita bakal doktor yang merawat pesakit . macam mana kita nak merawat pesakit jika jiwa dan hati kita yang sakit ? kita hanya hamba tuhan . menumpang di bumi tuhan . semua apa yang ada pada kita hanya pinjaman dari tuhan semata-mata . kembalilah kepada fitrah tuhan , Riana . jiwa yang sakit tidak mampu untuk merawat hati yang parah . " - Qani'ah .

rabiatuladawiahbaharin
1900 
19062014
kelantan .


No comments: