17 May 2014

syukurilah apa yang ada

bismillah ~ syukur dengan nikmat ilahi dengan nafas yang diberikan untuk hari ini .

semalam gathering dengan budak kelantan yang ada kat irbid ni . hoho . agaklah first tu annoying sangat sebab terpaksa dengar talk yang panjang berjela . lapaq oii ~

haha bila dah sampai dekat puskom aku edah and amak memang malas nak masuk . orang ramai . jadi tumpuan mata-mata manusia memang segan . plus perut berkeroncong bergendang ketapi bagai ah . aku and edah buat keputusan untuk ke kedai beli something yang boleh buat alas perut . memang lapar sangat !

dari puskom ke kedai runcit paradise yang dekat aqsa 2 . tada roti yang aku suka then jalan pulak ke simsimah . haha tempat penemuan cinta hati oh simsimah tu  * lalalala .

lepas beli air and roti aku dengan edah terkedek-kedek berjalan balik ke puskom . sampai puskom makanan belum lagi terhidang . ahh muka memang kecewa tahap dewa . penat . banyak benda lagi nak kene study . * panahan study last minute !

setengah jam menunggu . akhirnya masa yang aku memang tunggu tiba jugak . aku ke dapur untuk membantu apa yang patut . *tunjuk rajin ja sebenarnya . hoho .

bila dah sampai makanan memang aku serbu lah tak ingat dunia . ayam bakar beb ! ada pencicah pulak tu . tapi sayang , makan dengan mee goreng . muak sangat . seharian perut tak terisi makanan berat , dari breakfast sampai makan malam pun still makan benda berkanji . orang yang gastrick tahap critical macam aku ni memang naya lah . sampai sekarang effectnya ni !

moral from aku punya story satu ja :

- SYUKURILAH APA YANG ADA .
- jangan pernah merungut dengan rezeki tuhan .

sekurang-kurangnya aku still dapat makan . kenyang pulak tu . ada lagi insan yang lebih bernasib malang . tak makan berhari-hari . kelaparan . langsung tiada bekalan makanan . pelarian syria palestin tu macam mana ? dah makan ke mereka hari ini ? seluruh umat manusia kat dunia ni . tak semua dapat makan dengan sempurna . ada yang mati kelaparan . Allah ... betapa manusia takkan pernah kenal erti kesyukuran . malah alpa dengan nikmatMu ya tuhan  .

 bergambar kenangan bersama ahli bkan KMKJ . 

tahniah dan takziah atas perlantikan sesi 2014/2015 . semoga YDPAH kita mampu menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya . Ameen ! tahniah juga buat kak malin dan kak safuhah atas jawatan sebagai biro ekonomi dan perwakilan mantiqah . moga KMKJ makin mantap dari pelbagai aspek . 

No comments: